Isi Kandungan
ToggleSedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Selamat Mencuba!
Kredit: Murni Rahmat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hameediyah Bukit Bintang Sajikan Nasi Kandar Terbaik, Sama Rasa Macam Di Penang!
Kunjungan ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak menikmati menu nasi kandar kuah banjir di restoran Hameediyah yang cukup popular di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu. Nampaknya, anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menikmati menu kegemaran anda apabila ia membuka cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lari dari konsep klasik, kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.
Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga mengetengahkan elemen berbeza. Menurut pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pelancong asing. Muhammad Riyaaz merupakan Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini. Ini sekaligus merupakan pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.
Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.
Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.
Konsep Bistro Diterima Pelanggan
Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.
Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2. Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.
Ketika kunjungan penulis ke sini baru-baru ini, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana Hameediyah Bukit Bintang meletakkan koleksi barangan asal ketika jenama ini mula berniaga. Selain itu, dinding-dinding juga dihias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.
Selain itu, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.
Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai. Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pes Pistachio 1kg RM355, RnD Homemade Sendiri Rasa Sebiji Macam Beli, Jimat Banyak!
Isi Kandungan
TogglePistachio antara jenis kekacang yang sangat berkhasiat, sedap namun agak mahal harganya. Jika ingin membuat kek atau pencuci mulut menggunakan pes atau sos pistachio memang memerlukan kos yang tinggi. Sebaiknya buat sendiri pes dan sos ini sendiri di rumah. Memang lebih menjimatkan.
Usahawan dalam bidang bakeri, Azlina Ina ini cukup bermurah hati berkongsi ilmu dan resipi homemade pes pistachio yang dibuat sendiri. Rasanya pula memang seperti beli di kedai.
Semalam ramai sangat-sangat mengadu nak buat kek viral pistachio tapi paste susah dapat mak pun merata cari susah dapat stok.
So mak buat keputusan RnD sendiri paste dia sebab kalau dapat pun mahalnya meninggal weh 1kg je RM300++. Mak cuba RnD paste sendiri sekurang-kurangnya buat sendiri 1kg jimat RM200.
Bila mak pos resepi semua tak dapat buat sebab kos mahal sangat-sangat lagi-lagi paste pistachio nya nak dapat pun bukan main susah.
1kg harga dia rm300++ jual sikit pun 30g RM25 tapi jarang ada repack kecik so terpaksa beli banyak dan kos tentu-tentu overload.Maka mak berdoa pada Allah mudahkan urusan otak mak RnD.
Alhamdulillah revise 3 kali je terus jadi paste homemade sendiri supaya yang berniaga jimat banyak yang nak buat makan-makan jimat kos. Insha Allah Bismillah.
Resepi Homemade Pistachio Paste & Sos Pistachio
(Kalau nak buat sikit bahagi dua ya)
Bahan-Bahan:
1kg kacang Pistachio
4 cawan minyak jagung (apa-apa cawan tak kisah)
6 sudu besar emolco pistachio (emolco ni wajib tapi lebih murah dan mudah jumpa di bakeri)
Cara Membuat:
1. Bakar kacang pistachio (tak perlu garing) dan kisar halus pakai chopper atau grinder.Lagi halus lagi pekat paste kalau untuk topping halus better dia melekat pada topping.
2. Siap blend tuang dalam bekas.
3. Tambah minyak jagung dan kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan emolco pistachio sedikit demi sedikit.
*Tujuan letak emolco ni supaya bau pistachio kuat dan wangi tapi kalau tak ada emolco tetap jadi cuma bau pistachio kurang sedikit. Tapi still boleh kalau setakat untuk topping.
Kalau macam mak campur dalam cheese wajib ade kalau tak nanti tak ada bau tenggelam dengan bau dan rasa cheese).
5. Kacau lagi dan terhasil lah paste nya mudah yakmat cuma paling penting RnD sukatan dia sahaja.
Info Ekstra:
Kalau nak jadikan dia sos aiskrim atau sebagainya, double boil 1 kg white chocolate Beryls. Campurkan pasted tadi dalam coklat dan sedia untuk dihidang.
Kalau untuk campuran cheese tak perlu white chocolate sebab memang tak nak manis. Sos nak manis
Tak perlu beli produk mak cuma doakan kesihatan dan rezeki mak lebih murah aminnnn. Mak sayang semua orang.
Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba.
Mesti Baca:Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Baca Lagi Di Sini:Jemu ‘Repeat’ Pasta Sama, Buat PESTO PASTA Sedap Rasa ‘Creamy & Cheesy’ Anak-Anak Semua Suka!
Mingguan Wanita: Mudah rupanya nak buat pes Pistachio sendiri di rumah. Memang lebih jimatkan kos, berbanding beli di kedai bakeri. Terima kasih berkongsi resipi ini.
Sumber:Azlina Ina Fans
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi DANGAI 4 Bahan, Pertama Kali Buat Ingatkan Susah Rupanya Mudah Sangat!
Isi Kandungan
ToggleBagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umira Nor Azazudin.
Dangai. First time buat. Selama ni ingatkan susah, rupanya mudah sangat. Ini pon sebab pak hencik request. Kalau tak, memang tak buat la. Dia asal utara. Kalau kat selatan ni memang jarang sangat ada kuih ni.
Ada yang minat ke kuih ni?
Resepi Dangai
Bahan-Bahan:
1 biji kelapa putih
1 cawan tepung pulut
⅔ cawan gula
secubit garam
Cara Membuat :
1. Gaul sebati semua bahan. Memang kering tau. Takde campur air setitik pon.
2. Tuang dalam loyang 8×8.
3. Ratakan. Jangan tekan-tekan. Biar loose gitu.
4. Tabur gula sikit atas tu. Dah siap bakar nanti, cantik dangai uolls. Ada bling-bling gitu.
5. Bakar 30 minit, suhu 180°.
Sekian, jemput makan.
Baca Lagi Di Sini :
BAHULU CERMAI Gebu 4 Bahan, Bakar Dalam Oven Elok Tak Melekat!
KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!
Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Kuih Seri Muka Pandan Yang Sering Mendapat Tempahan
Mingguan Wanita : Boleh cuba buat sendiri kuih Dangai, kuih lama & tradisional ni. Mudah rupanya nak buat sendiri guna 4 bahan je.
Sumber: Umira Nor Azazudin
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI