
Isi Kandungan
ToggleAir Fryer memang memudahkan kerja-kerja memasak. Selain fungsinya menggoreng tanpa minyak, mak-mak boleh mempelbagaikan kegunaan air fryer ni dengan membuat kuih muih juga seperti muffin. Caranya cukup mudah, cepat malah sedap!
Boleh cuba resipi muffin jagung menggunakan Air fryer seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Ruhaya ini.
Bahan A:
1/2 cawan jagung krim
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan B:(Ayak dua kali)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat:
1.Masuk bahan A ke dalam bahan B yang sudah diayak.
2.Kacau sebati, masuk acuan dan bakar pada suhu 150 selama 25minit.
Resepi ni cukup untuk 4 bekas macam pic saya tu je…kalau nak banyak buat double.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba.
MW:Mak-mak boleh buat resipi muffin mudah ni. Rasanya sedap, makan panas-panas untuk minum petang, anak-anak pun mesti suka!.
Sumber:Siti Ruhaya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lala Kam Heong Ala ‘Chinese Restaurant’ Ikut Resipi Ini Gerenti Sedap

Lala Kam Heong Ala ‘Chinese Restaurant’ Ikut Resipi Ini Gerenti Sedap
Menu Lala Kam Heong selalu menjadi pilihan ramai apabila menjamu selera bersama keluarga di restoran Cina Muslim. Makan bersama nasi panas memang sedap. Paling best kalau dapat makan lala yang masih segar.
Sebenarnya boleh sahaja kita masak sendiri. Hendak menyediakannya tidaklah mengambil masa yang lama. Kalau hari ini teringin hendak makan Lala Kam Heong, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ini.
RESIPI LALA KAM HEONG
BAHAN-BAHAN UTAMA:
1/2 kg lala
BAHAN TUMISAN:
1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
3 @ 4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
2 inci halia dimayang halus
6 biji cili padi (potong halus) boleh juga guna cili kering
2 tangkai daun kari
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
5 sudu besar minyak
BAHAN-BAHAN UNTUK PES:
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap (boleh guna kicap Mudim)
BAHAN UNTUK HIASAN:
Daun sup/daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sebanyak lima sudu besar.
2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.
3. Masukkan pes kari yang digaul bersam sos tiram dan kicap. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tak kering.
4. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa kalian.
5. Masukkan lala gaul sebati sehingga lala masak.

6. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.
7. Siap, taburkan daun bawang dan tutup api.
Sumber kredit: Liza Idris
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Beli Mahal, Buat Sendiri ‘Parsley Flakes’ Guna Air Fryer, JIMAT!

Daun parsley memang banyak digunakan dalam masakan terutamanya jenis masakan barat sebagai penambah aroma. Kalau beli di pasaraya, daun parsley kering lebih mahal berbanding yang ‘fresh’. Hakikatnya kita nak guna sikit je.
Sebenarnya bagi mak-mak yang ada airfryer, boleh buat sendiri ‘dried Parsley Flakes’ ini di rumah. Cukup mudah, murah dan dapat banyak. Memang jimat dan berbaloi.
Baca cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Fatimah ini.
“Kita nak beli dried Parsley Flakes tadi RM9.50. Nak guna suka-suka buat tabur-tabur, maka kita tawakal beli yang fresh. Sebungkus RM 1.40 kat Tesco. Kita basuh, tos air sampai kering then masuk dalam AF.Kena hempap, if not dia terbang-terbang sebab ringan. So suhu 160 masa @15minit. Garing.. gesek daun dengan jari saja.”
“Macam saya buat tabur pada tartar sauce ke, spaghetti ke, lasagna, Korean garlic bread. Dia buat tabur-tabur je, sebab tu kalau nak makan tak banyak pakai. Unless kerap ke buat jual baru pakai banyak.”
Siap! Selamat Mencuba.
Baca lagi di sini:
‘Korean Garlic Cheese Bread’ MUDAH, Guna Roti Burger Bakar Dalam Air Fryer
Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

Homemade Chili Flakes, Bau Wangi Kurang Biji, Puas Hati Buat Sendiri!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ini, mak-mak bolehlah cuba buat sendiri parsley flakes ini di rumah. Lebih murah, jimat dan berbaloi.
Sumber: Sharifah Fatimah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Tanam JAGUNG Elok Cantik, Isi Penuh!

Isi Kandungan
ToggleJagung kaya dengan serat dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Jika suka makan jagung dan bercucuk tanam, boleh cuba tanam pokok jagung sendiri di rumah. Namun nak tanam jagung elok pun ada ilmunya. Barulah jagung yang ditanam elok membesar, cantik dan isi pun penuh tak rongak. Paling penting kena buat pendebungaan sendiri dan letak baja.
Nak faham lebih lanjut, boleh ikut cara mudah tip tanam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Aisyah Ahmad ini.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung Elok, Isi Penuh
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Boleh beli benih jagung di sini : https://invol.co/cl5lnh2
Tiga Perkara Penting ketika menanam jagung:
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Pendebungaan Manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Info Ekstra!
- Pada yang tertanya macam saya.. rujuk rajah ni. Bunga jantan (male) atas sekali dan bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
- Kena tunggu bunga jantan matang dia akan kembang dan ada debu bila kita langgar pokok. Masa tu ambil satu ranting dan pusing-pusingkan atas bulu bunga betina.
Farah Aisyah Ahmad,
Rezeki Jumaat,
5 tongkol jagung 1 ketiak jagung (baby corn)
Baca Lagi Di Sini :
Resipi Air Jagung Leleh, Guna Lima Bahan Saja. Segelas Tak Cukup Nie!
Apam Balik Tebal Ke Nipis, Letak Jagung Sampai Meleleh Pun Boleh!
Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur
Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!
Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah, Rasa Macam Dari ‘Cameron’ Walhal Benih Kedai Eco

Mingguan Wanita : Baru tahu, begini rupanya cara dan tip tanam jagung sendiri di rumah. Barulah jagungnya elok besar, cantik dan isi pun penuh. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan.
Sumber : Farah Aisyah Ahmad
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI