Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Kuaci Salut Tepung Rangup Yang Sedap!

Share

Memang ralit bila makan kuaci rangup, lagi-lagi waktu santai sambil tengok telivisyen. Tapi bila beli boleh tahan juga mahal harganya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri, kuaci salut tepung yang rangup ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ana Hana Rohana ni.

Berikut perkongsian tersebut;

“Resepi Kuaci bersalut tepung cara saya. Cara-cara dan bahan pada setiap gambar. Silakan.”

Bahan-bahan:

1 kg Kuaci siap buang kulit
2 biji telur gred B
2 senduk tepung bestari (bawang putih)
1 sudu makan gula

3 sudu makan seasoning hot & spicy*
1 sudu makan icing sugar*

*Pilihan

Cara Membuat:

1.Ini senduk yang saya guna. Masuk bahan-bahan dalam besen.

2.Tambah 1 sudu makan gula (saya pakai sudu plastik kedai 2 ringgit).

3. Gaul sebati kesemuanya.

4.Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan(api sederhana).

5.Haa da siap goreng.. Hati-hati panas.

5.Bila kuaci dah sejuk, saya tambah 3 sudu makan seasoning hot and spicy dan 1 sudu makan ising sugar.Gaul la sampi kuaci-kuaci semua rata.

Da siap.. Doakan saya murah rezeki. Saya halalkan semua ilmu yang dikongsi.

Info Ekstra!

  • Kuaci boleh dibeli dikedai bakeri.
  • Sewaktu gaul kuaci tu akan melekat tapi bila kita goreng kacau-kacau sikit dia akan lerai jadi sebiji-sebiji.

Selamat Mencuba!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah buat kuaci bersalut tepung ni di rumah untuk kudapan seisi keluarga. Lebih jimat bila buat sendiri dan diyakini bersih.

Sumber: Ana Hana Rohana

Published by
Suhaidah Abd Wahab