Memang ralit bila makan kuaci rangup, lagi-lagi waktu santai sambil tengok telivisyen. Tapi bila beli boleh tahan juga mahal harganya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri, kuaci salut tepung yang rangup ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ana Hana Rohana ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Resepi Kuaci bersalut tepung cara saya. Cara-cara dan bahan pada setiap gambar. Silakan.”
Bahan-bahan:
1 kg Kuaci siap buang kulit
2 biji telur gred B
2 senduk tepung bestari (bawang putih)
1 sudu makan gula
4.Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan(api sederhana).
5.Haa da siap goreng.. Hati-hati panas.
Ads
5.Bila kuaci dah sejuk, saya tambah 3 sudu makan seasoning hot and spicy dan 1 sudu makan ising sugar.Gaul la sampi kuaci-kuaci semua rata.
Da siap.. Doakan saya murah rezeki. Saya halalkan semua ilmu yang dikongsi.
Info Ekstra!
Kuaci boleh dibeli dikedai bakeri.
Sewaktu gaul kuaci tu akan melekat tapi bila kita goreng kacau-kacau sikit dia akan lerai jadi sebiji-sebiji.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah buat kuaci bersalut tepung ni di rumah untuk kudapan seisi keluarga. Lebih jimat bila buat sendiri dan diyakini bersih.
Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
Kuih Lompat Tikam
Bahan-Bahan(Tepung Hijau):
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
Bahan-Bahan (Pulut Merah):
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
Bahan-Bahan (Air nise):
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Buat sendiri Sos Putih Arab (Thoumiah), cicah ayam atau daging bakar, memang sedap dan puas hati makan. Bukan apa, jika selalu makan di restoran makanan arab, mesti selalu jumpa sos putih Arab (Thoumiah) ni.Terutamanya jika kita beli shawarma. Rasanya memang sedap, lemak masam dan wangi bawang putih.
Namun bila beli memang tak puas makan sos ni, selalu dapat sikit je. Lebih puas hati makan bila kita buat sendiri je. Nak buat pun mudah.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Hazieq Azie ini.
Sos Putih arab(Thoumiah). Biasa kalau beli shawarma mintak add extra 2 benda. Pickle dan sos Putih ni. Disebabkan 1 bekas 4oz yang kecil tu, agak mahal. Maka version sis buat ni..Puas makan. Buat ratah-ratah.
Bahan-Bahan:
2 biji Putih telur
9 ulas Bawang Putih
Garam 1/2 sudu teh (ikut Masin Masing-masing)
Lemon separuh (perah ambil jus)
Minyak masak @minyak sayur 1 1/2cawan
Cara Membuat:
1.Blend semua bahan. Cuma masukkan minyak masak sedikit demi sedikit untuk kegebuan yang memuaskan.
2.Dah sebati semua, sedia untuk dimakan.
3.Tak habis, simpan dalam peti ya. Cicah ayam dging bakar, halah… Lazezzz.
Agar-agar kering selalu dijadikan cenderahati atau doorgift semasa kenduri kendara, disediakan untuk jamuan istimewa, Hari Raya dan sebagainya.Cantik lihat agar-agar kering yang dihasilkan oleh Puan Rohana Dahamanini, berwarna warni dan elok kejadiannya.
Musim panas ni sesuai sangat buat agar-agar ini, ia cepat kering.Cara nak buatnya pun mudah, tak perlukan banyak bahan.Namun walaupun nampak mudah, kena pastikan jemur betul-betul kering dahulu barulah boleh disimpan. Barulah agar-agar kering ni ‘menjadi’ dan tak berair ketika disimpan nanti.
Mak-mak boleh cuba buat sendiri agar-agar kering ini ikut resipi yang dikongsikan seperti berikut;
Bahan-Bahan:
1 paket Agar-agar bertali (orang kedah kata setahil)
1 kilo Gula pasir (tak nak manis kurangkan skit)
1 atau 2 Genggam Gula batu
1.5 liter Air sukat pakai botol minera
Pewarna ikut pilihan masing-masing
Cara Membuat:
1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau tau takut tak hancur sepenuhnya).
2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi baru lah masukkan gula batu..kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya baru lah msukkan gula pasir.
3.Kena masak lama sikit sehingga menjadi berbuih (orang kedah panggil buih anak ikan kalau tak silap) biar bagi pekat sikit tau.
4.Setelah nampak berbunga-bunga boleh lah tutupkn api.Ikut la berapa loyang nak letak. Jangan bagi nipis sangat tau, warnakn.
5.Biarkan sejuk baru potong (agak-agak ye tak terlalu nipis atau tebal).
6.Susun cantik-cantik diatas talam..jemurkan.
Ok..Selamat Mencuba!
Tips Ekstra!
Kena bagi agar-agarnya betul-betul kering, jemur sekurang-kurangnya 5 hari, baru boleh simpan dan tahan lama.
MW: Mudah je nak buat agar-agar kering ni rupanya. Bahan-bahan pun tak banyak, sesuai sangat buat musim panas ni.