Penyakit kronik seperti kanser sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang sesuai sewaktu dalam proses rawatan juga mampu membantu merawati penyakit ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.
“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.”
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
sedikit gula tebu/ jus lemon
1 liter air
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.
Sumber: Puan Nor Hashimah Sulaiman