Ada macam-macam jenis resipi bubur yang mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak untuk minum petang hujung minggu ni.Salah satu yang lain daripada lain ialah’Bubur Tiub Basikal’ yang menggunakan Makaroni. Pertama kali hakak jumpa resipi ini.Sebab selalunya buat makaaroni goreng je. Ia dikongsikan oleh Puan AmiEra Farhann Johan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Petang-petang yang dingin ni perut asyik mendidih je.Laju-laju masuk dapur buat bubur tiub basikal ni.Sedap lazat nikmat tak terkata.. haha.. ada yang pernah makan bubur ni? Ke tak pernah tahu wujudnya bubur guna makaroni ni. Hehe..
Ramai yang tanya resepi, disini saya sertakan resepi.Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pandai-pandai la adjust bahan tu bagi lebih ye.
RESEPI BUBUR MAKARONI A.K.A BUBUR TIUB BASIKAL
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Makaroni
4 sudu sagu
1 kotak kecil santan KARA
4 helaidaun pandan
1 ketul gula merah (bulat punya) + 5 sudu gula biasa – ikut tahap nak manis macam mana
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung jagung
air agak-agak nak kuah banyak mana jangan terlajak air sudah nanti kuah tak pekat pula.
Cara Membuat:
1.Panaskan air, rebus makaroni sekejap dulu sampai mendidih kemudian tapis lalukan dengan air paip.
2.Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan.
3.Masukkan pula bancuhan tepung jagung, makaroni.Kacau-kacau sampai agak makaroni dan santan masak.Guna api perlahan je, adjust sampai cukup rasa manis dan lemak.
Siap dihidang.
Selamat mencuba semua.
Sumber:AmiEra Farhann Johan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Anzalna,”Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Membahagiakan Kedua Ibu Bapa Kita..”
Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh dan tumpang gembira melihat video yang dikongsikan oleh pelakon Anzalna Nasir,31 di dalam Instagramnya.
Tidak lokek berkongsi rezeki yang ada dengan mak ayah, malah menghadiahkan kereta mewah pada ulangtahun perkahwinannya. Paling penting, tidak pernah melupakan mak ayahnya, membalas jasa mereka walaupun telah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.
Antara yang menarik adalah pesanan oleh pelakon ini pada posting Instagram yang dikongsikan;
“Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan.”
“Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri.”
“Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.”
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Hadiahkan Kereta Mewah Pada Ulangtahun Perkahwinan
Menerusi posting terdahulu pelakon utama Memori Cinta Suraya ini, Anzalna telah membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah jenama Mercedes Benz kepada mak dan ayahnya. Ia juga sempena ulangtahun ketiga perkahwinan pelakon ini bersama suami tersayang, Hanif Zaki.
“Saya masih ingat ketika kami pergi berbulan madu saya turut membawa mak ayah saya mengerjakan umrah dan hari ini pada ulangtahun ketiga perkahwinan kami saya membelikan mereka sebuah kereta.
“Saya percaya walaupun sudah berkahwin jang pernah lupa mak ayah yang membesarkan kita dan sentiasa menghormati suami,”
“Hari ini, genap 13 tahun bersama (tempoh bercinta dan berkahwin) Hanif Zaki, tiga tahun melayari perkahwinan dan bakal bertiga tahun ini, Insya Allah”.
“Saya tidak tahu apa yang menanti kami pada masa hadapan, tetapi saya sentiasa berdoa kepada Allah agar merestui perkahwinan kami dan membolehkan saya sentiada bersama suami sehingga ke akhir hayat saya,” ujarnya.
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pasangan ini baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah 3 tahun berkahwin.
MW: Tahniah buat Anzalna, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan mak ayah tercinta. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa. Semoga Anzalna dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.
Sumber: Anzalna Nasir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PDRM Sedang Laksana Kajian, Kasihan Mereka Yang BERGANTUNG Pada Kenderaan Awam
Bagi membantu semua pihak termasuklah mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan masih terkandas di kampung, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan kajian tentang operasi pengangkutan awam.
Setakat ini, operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk merentas negeri dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sekiranya langkah ini diambil sudah tentu akan membantu ramai pihak.
PDRM Laksana Kajian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melaksanakan kajian terperinci berkaitan operasi pengangkutan awam seperti bas ekspres untuk membolehkan mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian bergerak pulang ke kediaman masing-masing di bandar.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa sekarang operasi bas ekspres belum dibenarkan walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada hampir semua sektor di negara ini.
“Kajian yang dilaksanakan oleh PDRM ini turut meliputi soal berapa jumlah bas yang dibenarkan untuk bergerak pada 7 hingga 10 Mei nanti jika ia dibenarkan beroperasi.
“Saya percaya polis akan melihat perkara ini secara terperinci dan menyelesaikan permasalahan mereka yang terkandas di kampung,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Baca ini:
Ketetapan 4 Hari Jadual Pergerakan Rentas Negeri Balik Rumah Sendiri
Jika Mahu Merentas Sempadan Negeri, Ikuti Pesanan PDRM Ini Satu-Persatu
Tiada Had Untuk Rentas Daerah
Ditanya adakah pergerakan rentas daerah dan masa orang awam berada di atas jalan raya masih dihadkan, beliau berkata, pergerakan antara daerah dibenarkan dan tiada masa dihadkan untuk keluar.
“Dalam peraturan baharu tidak ada had dan sekatan perjalanan antara daerah. Cuma buat masa sekarang ada sekatan pergerakan antara negeri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Sekiranya perkhidmatan atau operasi bas ekspres dibenarkan maka bukan sahaja membantu mak, ayah yang masih terkandas di kampung halaman untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak ketinggalan membantu syarikat bas dalam menjana pendapatan kembali setelah terjejas sepanjang PKP dijalankan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Cari Acap Di Kawasan Air & Guna Bunyi Dentuman’ Abang Zam Imbas Survival Pemuda Broga
Penghujung Januari 2017, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan misteri pemuda Broga, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 di Bukit Broga, Semenyih.
Dan penghujung March lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap masih hilang secara misteri di kawasan Gua Tempurung. Masuk hari ke-14, Acap masih juga belum ditemui.
Misi mencarinya juga masih diteruskan. Jika pembaca masih ingat, Abang Zam dan team, dari MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official antara yang terlibat dalam misi pencarian Azarul Mukhriz di Bukit Broga pada hari terakhir kehilangannya.
Maklumnya, dia juga mendapat jemputan dari Perubatan Islam Nur Zikir untuk turut serta dalam misi pencarian Acap. “Memang ikutkan lama kami nak turun. Tapi masing-masing terikat dengan kerja.”
“Kalau dekat lama dah Abang Zam dan team turun bantu.”
“Siapa masih ingat lagi masa kes kehilangan adik Azarul di sorok bunian beberapa tahun yang lalu di Broga.” Katanya, masa FB LIVE itu sesuatu yang aneh berlaku.
MW melihat live yang Abang Zam kongsi, pada minit ke 17.21 kelihatan dedaun pokok pada satu spot dahan bergoyang. Padahal, daun pada dahan pokok yang berdekatan pegun tak bergerak.
Cari Acap Guna Bunyi Dentuman
Ketika kejadian dua tahun lalu, Abang Zam telah dipanggil oleh rakan-rakan anggota S.A.R Abam Erry untuk membantu mereka. Dan pada keesokan harinya adik Azarul keluar dari alam belah sana dengan selamat.
“Tapi bukan disebabkan Abang Zam & team. Atas kerjasama semua pihak dan doa seluruh rakyat Malaysia.”
Sambungnya lagi, “Apa pun Abang Zam ucap semoga adik Acap segera dijumpai dan kepada Perubatan Islam Nur Zikir all the best.”
“Cuba lebihkan pencarian di kawasan air. Macam kes adik Azarul dulu, dia kata sering ke area ada air untuk dia minum. Masa tu dia di alam sana.”
“700 orang mencari termasuk orang awam. Tapi tak ada seorang pun dia dengar, nampak dan dia tersedar lepas dengar dentuman mercun (kebetulan malam tu tahun baru Cina.”
“Maybe cara alternatif gini boleh diguna pakai, gelombang bunyi.”
Ini perkongsian FB LIVE Abang Zam dan team waktu mencari Azarul di Bukit Broga pada tahun 2017 : LIVE UPDATE BROGA HILL
“Apa pun sama-sama kita doakan agar adik Acap kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat. Amin.”
MW : Juga mendoakan urusan pencarian Mohammad Ashraf Hassan dipermudahkanNya, dan dapat ditemui semula dengan selamat.
Sumber/Foto : MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI