donut

Donut ‘Bomboloni’ bagaikan satu trend kuih muih, yang menjadi kegemaran ramai. Semenjak viralnya ‘Bomboloni’ ni, ia banyak di jual di tepi jalan mahupun dijual secara online.

Mak-mak yang nak rasa sendiri, kesedapan ‘Bomboloni’ ataupun nak cuba berniaga donut ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Farah Syazwanie. Wanita ini bermurah hati sudi berkongsi resipi jualan donut ‘Bomboloni’ sedap yang juga dia panggil si “kepuk kepuk” sebagai panduan.

Berikut perkongsian oleh Farah Syazwanie;

“‘Bomboloni’ saya panggil si “kepuk kepuk” apa pun namanya ia tetap DONUT.Hasil jualan saya. Saya kongsikan pada anda resepi yang saya gunakan. Semoga memberi manfaat buat para isteri pada adik-adik lepasan SPM yang baru nak memulakan perniagaan sampingan. Doakan juga semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Amiin.”

Adunan untuk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan).

Bahan-Bahan:

500gm Tepung gandum/ high protein (saya guna HP)
11gm yis mauripan (1 paket)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu makan marjerin
1 biji telur gred B
3 Sudu besar gula
2 Sudu besar susu tepung
Sedikit garam
1 cawan fresh milk
1/2 cawan air biasa

*Biarkan semua bahan pada suhu bilik, kecuali susu segar guna yang sejuk.

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan sekali termasuk yis.

2. *Guna tangan uli 15-20 minit.
* Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.

3. Rehatkan adunan 30 minit.

4. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding(membulat).

5. Biarkan adunan naik kembang 2x ganda lepastu dah boleh goreng.

6. Gaulkan donut yang dah digoreng tadi dengan snow sugar (boleh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam jangan la sampai tembus pula ya.

8. Akhir sekali boleh la bubuh filling nutella. Anggaran Sebiji bombolini ini 50gram.

Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat.
#Bombolonikepukkepuk

MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi bombolini yang dikongsikan ni. Memang sedap dan kalau rajin tu boleh jadikan pendapatan sampingan nanti.

Sumber: Farah Syazwanie