
Isi Kandungan
ToggleTelur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.
Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.
Bahan-Bahan (Inti):
Isi ayam secukupnya
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (potong dadu)
mix vege secukupnya
sedikit cili kisar
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
perasa gula garam
3 atau 4 biji Telur
Cara Membuat:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.
3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.
4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.
5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.
Info Ekstra!
1.Elok guna kuali yang tak melekat.
2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.
3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.

Sumber: Herda Johan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Lulusan Sarjana Bertemu Jodoh Sebaya Ayahnya, Beza Umur 35 Tahun, Terima Pilihan Keluarga

Isi Kandungan
ToggleSiapalah kita untuk melawan takdir Allah, bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza berpuluh tahun. Malah, pasti akan ada ejekan, dan kata-kata sinis yang beranggapan ada sebab berkahwin dengan orang yang berumur ini.
Namun, kalau sudah tertulis bertemu jodoh dengan lelaki yang seusia ayahnya, berlapang dada terima seadanya. Inilah kisah Ana Amalia, wanita muda yang berusia 27 bertemu jodoh dengan suaminya berusia 63 tahun, perbezaan umur lebih kurang 3 dekad.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Beza Usia 40 Tahun, Suami Isteri BAHAGIA Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-17!
Gadis Ini Kahwin Datuk Berusia 86 Tahun, Mampu Bertahan 14 Bulan Sebelum Meninggal Dunia
Bertemu Jodoh Dengan Pasangan Berumur
Kisahnya Ana Amalia, yang dijodohkan dengan Emen Hidayat, lelaki yang 35 tahun lebih tua daripadanya telah menjadi perbualan warganet. Kebanyakannya beranggapan perkahwinan ada sebab dan semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ youtube milik Ana Amalia.
Seperti yang diketahui, Ana Amalia adalah youtuber yang agak terkenal di Indonesia dan tanpa ada perasaan malu, dia turut berkongsi cerita tentang suaminya yang boleh dikatakan sebaya ayahnya.
Dalam salah satu videonya turut menceritakan tentang jodoh bersama suaminya. Dia meneriMA dengan berlapang dada dan anggap ini adalah anugerah. Pasangan ini berkahwin pada 13 Disember 2018.
Mencerita lebih lanjut, perkahwinan ini adalah aturan daripada keluarganya sendiri dan dia hanya diberitahu melalui telefon dari orang tuanya.
Pada mulanya, Emen tidak memaksa untuk menerima dirinya memandangkan perbezaan umur yang sangat jauh dan menjadi beban pada Ana. Tapi, inilah yang dikatakan jodoh.
“Selepas dua minggu bertemu, akhirnya kami berkahwin, langsung tiada gambar perkahwinan dan hanyalah ijab kabul sahaja,” kata Ana.
Dapat Cemuhan Orang Luar
Pada awal perkahwinan, banyak pergolakan dan tak kurang juga cemuhan dan ejekan daripada orang kampung. Sehingga ada yang mengatakan pasangan ini seperti ‘ayah dan anak’ atau cucu dengan datuk.
Semua ejekan dan cemuhan itu langsung tidak disimpan dan ambil hati. Malah, pasangan ini mengambil masa 3 bulan untuk menerima kehadiran masing-masing dan anugerah yang Allah berikan ini.
Selain itu, Ana juga berhadapan dengan keluarga Emen. Awalnya, ada ahli keluarga yang menolak kerana Emen sudah mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hampir sebaya dengan Ana.
“Pada awalnya, nampak rasa tidak selesa sebab anak Emen hampir sebaya. Tapi saya cuba sesuaikan dan cuba untuk dekatkan diri sebagai ibunya.
Hingga kini, Ana Amalia cukup bahagia dengan pasangannya, Emen Hidayat walaupun belum dikurniakan cahaya mata dan sentiasa berdoa agar diberi zuriat suatu hari nanti.
“Masih belum ada rezeki dan saya yakin, Allah akan beri pada waktu yang tepat. Doakan untuk kami dapat cahaya mata yang diimpikan,” katanya.
Ana Berkelulusan Sarjana
Siapa sangka Ana mempunyai kelulusan Sarjana dan merupakan guru bahasa Inggeris. Memandangkan sekolah, tempat dia mengajar agak jauh menyebabkan dia berhenti kerja dan lebih menumpukan kepada channel youtubenya.

Sementara itu, suaminya seorang petani di kampungnya. Dia adalah seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak.
Memilih pasangan yang jauh beza usianya bukanlah kerana suaminya kaya tetapi reda dengan jodoh yang telah diberikan. Baginya, hidup lebih baik dengan suaminya yang berumur daripada kahwin dengan lelaki sebaya yang mungkin menyakitkan hati.
Mingguan Wanita : Kalau sudah jodoh. Pedulikan dengan kata-kata orang dana bahagialah cara kita.
Sumber: Youtube Ana Amalia
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Norjuma Didakwa Cederakan Tiga Individu, Rosakkan Palang, Kamera Litar Tertutup (CCTV) Milik Sebuah Kondominium

Isi Kandungan
ToggleNorjuma Habib Mohamed didakwa cederakan tiga individu, rosakkan palang serta kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium. Bekas personaliti televisyen dan usahawan tudung itu didakwa di empat Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat tujuh tahun lalu.
Norjuma Didakwa Cederakan Tiga Individu
Norjuma, 44, berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dengan mencakar tangan, menampar pipi dan menendang betis tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.
Mengikut pertuduhan pertama, usahawan tudung ini didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017 lalu.
Artikel lain: Gagal Bayar Tuntutan RM260,400, Mahkamah Isytihar Usahawan Norjuma MUFLIS!
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di pusat tuisyen di Plaza Batai Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dibuat Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.
Rosakkan Palang, Kamera Litar Tertutup (CCTV) Milik Sebuah Kondominium
Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium.
Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan Norjuma diikat jamin RM6,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.
Beliau juga diperintahkan agar tidak menganggu atau menghubungi mangsa.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.
Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber: Sinar Harian dan Kosmo online
Kredit foto: Instagram ameerazainiofficial
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan “Bila Anak Sakit, Sangat Penting Ada Suami Atau Ayahnya Di Sisi”

Isi Kandungan
ToggleUmmi Sedih Anak Sulung Patah Tangan. Golongan ibu semestinya paling sedih dan penuh beremosi apabila mengetahui anak kesayangan ditimpa malang.
Begitulah perasaan pelakon Ummi Nazeera apabila mengetahui anak sulungnya patah tangan. Emosi seorang ibu tidak boleh dibendung nasib baiklah ada seorang suami disisi yang begitu tenang.
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan
Anak sulung Ummi, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari telah selamat menjalani pembedahan. Begitulah seperti mana yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah. Ayra’s operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tgk anak sakit,” luah Ummi.
Semoga Izzar Jadi Suami Yang Baik
Ummi juga turut mendoakan suaminya Izzar terus menjadi ayah yang baik buat anak-anak mereka.
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita.
“Kita doakan ya,” luah Ummi
Ummi juga turut memberitahu keadaan Ayra semakin baik namun perlukan penjagaan rapi dalam tempoh enam minggu.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.
“Thanks also to doc Suresh and everyone at Sunway Medical centre for taking good care of Ayra. ❤️
“Boleh suggest pada saya aktiviti apa yg boleh saya buat untuk anak saya umur 4 1/2 tahun yg patah tangan?
“Doakan Ayra pls.. Thank you,” kongsi Ummi.
“Semoga Allah SWT permudahkan Segala urusan Ayra” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ayra segera sembuh.

Baca Disini : Kelahiran Anak Kedua, Ummi Bersyukur “Doa keluarga, Sahabat Dapat Merasa Bersalin Secara Normal”
Baca Disini : Ayra Aneesah Permata Hati Ummi Nazeera & Dr Mohd Izzar
Sumber / Sumber Foto : Instagram Ummi Nazeera
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI