Seronok bila buat roti ‘menjadi’.Hilang rasa penat uli adunan roti. Comel-comel sungguh roti burger mini yang dibuat oleh Puan Saya Lieynda. Nampak gebu dan lembut, elok menjadi naik rotinya!
Mak-mak yang suka buat roti tu, boleh cuba adunan resipi dan cara yang diajarkan ini. Menurut wanita ini, adunan tersebut boleh dapat 8 hingga 10 biji roti,bergantung besar kecil doh yang dibuat. Malah doh roti jika mahu tekstur yang lembut sampai ke petang, lagi lama uli lagi bagus.
Bahan-Bahan Roti:
250 gram tepung high protein / tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis Kering
1 biji telur (kecil) –(simpan sikit telur untuk buat gliss pada roti nanti)
2 sdb marjerin
100 ml susu segar
60 ml air suam
Baki telur tadi + 1 sudu kecil susu segar + beberapa titik madu
Cara Membuat:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2.Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Biarkan doh selama 1 jam.
3.Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh (Bulat-Bulatkan) mengikut besar yang anda suka.
4.Atur roti yang telah disediakan kedalam acuan bulat yang dah disapu minyak. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger .
6.Akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Daging:
Saya guna daging kisar ramly.Gaulkan daging bersama lada sulah,gula dan garam sedikit.
Saya bulat-bulat dan leperkan daging, bakar atas pan nonstick..letak majerin dulu sedikit sebelum bakar.
Sayur sayur lain sukahati nak letak apa.Akak tak de tomato,salad..letak kubis bawang besar & daun pak choy ja.
Siap!
Buat mak-mak yang nak buat roti burger sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ni. Pasti puas hati dan berbaloi bila buat sendiri. Malah lebih terjamin tahap kebersihannya serta bebas bahan pengawet.
Sumber: Saya Lieynda
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI