Salah satu menu yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali ke IKEA pastinya meatball atau bebola daging. Dimakan dengan sos berkrim dan jem lingonberry nya. Buat mak-mak yang teringin nak buat sendiri meatball Ikea ni, boleh cuba resipi yang dikongsian oleh Puan Zan Zafirah Zainal ini.
Menurut wanita ini, resipi tersebut diambil daripada laman rasmi yang dikongsikan oleh IKEA Australia sendiri. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati makan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.”
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
Bahan-Bahan (meatball):
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak nak bagi keras sikit.
Ads
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
Bahan-Bahan (Sos):
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
Cara Membuat:
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
Ads
2. Masukkan kiub pati daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5.Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
Ads
6.Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.Kuah Siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Bagi orang yang nak kurus dan diet serta suka makan ulam-ulaman, boleh buat sambal belacan ini. Yang penting pelengkap rasanya kena guna bahan-bahan lulus diet.
Boleh cuba resipi sambal belacan yang dikongsi oleh Afy AL Habibi.
Sambal Belacan Nak Kurus
“Kali ni penyediaan sambal belacan berbeza sedikit untuk diet cikgu. Untuk kurus, cili juga boleh membantu. Cuma pastikan tak makan berlebihan je.
“Cikgu guna lemon, gula merah dan garam bukit sebagai bahan lulus diet. Rasa sedap seperti biasa. Yang bahaya, takut bertambah nasi jadi berganda. Haa
“Selamat mencuba!”
Bahan Bakar
1 ulas bawang besar
1/4 ulas bawang holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan( nak tambah lagi pun boleh ikut kesukaan)
Bahan Lain
Segenggam cili padi merah
Segenggam cili padi hijau
3 tangkai cili merah
7 biji limau kasturi( buang semua biji)
1 biji lemon ( diperah)
Pelengkap Rasa
Gula merah / pemanis stevia
perencah hilal/knorr
garam bukit
1-Masukkan bahan yang dibakar. (Tinggalkan bawang sedikit untuk dihiris). Kemudian masukkan cili dan 3 biji limau kasturi bersama kulit. Perasakan dengan 2 sudu kecil garam bukit, 8 sudu besar gula merah, dan 1 sudu kecil perencah hilal. Perahkan pula sebiji lemon.
2-Tambah sedikit air. Jangan biarkan sambal terlalu cair. Kisar bahan hingga lumat.
3-Setelah kisar masukkan dalam bekas.
4-Tambah sedikit hirisan bawang bakar tadi.
5-Perahkan juga baki limau kasturi. Masukkan sedikit hirisan kulit limau. Kacau sehingga sebati. Siap
Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.
Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.
Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.
Bahan-Bahan:
Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air
*Masak semuanya sehingga mendidih
Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi
Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.
1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.
Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!
Bukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.
Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…
RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.
CARA MEMBUATNYA:
Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.
Nota:
Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.
Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...