Resepi Kaya Roti Homemade, Cuma Guna Lebihan Air Gula Jalamas

Share

Nak makan kaya roti yang sedap ikut tekak sendiri, kenalah raji buat sendiri. Tak susah pun dan bagi anda yang nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Anie Kue

Kaya roti kak Nie dibuat dengan menggunakan lebihan air gula jalamas, jom kita kacau kaya roti.

Cara-caranya:

1. Masukkan satu setengah kilo santan ke dalam periuk yang dah sedia ada air gula. Kak nie guna santan kotak, kalau santan segar lagi sedap.

2. Pukul 5 bji telur dan masukkan dalam periuk yang sama.

3. Secubit garam, pewarna kuning dan daun pandan.

4. Kacau di atas api yang perlahan sehingga pekat, angkat dan sejukkan. Simpan dalam bekas dan letak dalam peti ais. Kemudian bolehlah disapu pada roti.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia