Nak menghasilkan Nasi Ayam yang luar biasa ‘terasa’ kesedapannya ada cara dan tekniknya. Jika ingin mencuba kelainan dan menikmati Nasi Ayam ‘sebenar’ boleh cuba resipi oleh Puan Rafiza Idayu ini.Menurut beliau, cara ini adalah adaptasi resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.
Berikut antara perkongsian tip tersebut:
Tip:
-Rendam beras dengan kunyit dalam 15-30 minit dan toskan.Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan ‘mewah’.
-Lemak ayam adalah ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam.Lemak paling banyak di bahagian tongkeng ayam.Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk digunakan ketika menumis nanti.
Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (pilihan)
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
1.Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi diatas dapur dan Tutup.
2.Setelah lemak tadi bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
3.Kemudian masukkan,bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.
4.Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tersebut.
5.Pindahkan ke periuk nasi.Biar sehingga masak.
Tip:
1.Masak air hingga mendidih dan guna api besar.Pastikan didihkan air yang banyak hingga mampu tenggelamkan semua ayam.
2. Bila dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3.Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
*Tujuan gunakan air mendidih untuk ‘perangkap, jus ayam agar kekal di dalam daging ayam tersebut.
*Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup,nasi dan sambal.
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
1.Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2.Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3.Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
*Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
1.Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2.Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
3.Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Siap!
Namun yang paling penting, memasak ini ada satu BAHAN paling mahal iaitu KASIH SAYANG.
Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.Setuju?
Sumber: Rafiza Idayu