Dalam bab pengurusan jenazah, menyantuni jenazah dengan cermat dan tak menyakiti jenazah adalah satu tuntutan dalam Islam.
Dan wanita ini, Puan Amina Jasmine berkongsi panduan cara menghasilkan bantal pandan untuk jenazah.
“Bila kita berada dalam rumah ada kematian. Bantulah apa yang perlu buat keluarga si mati. Antaranya buatkan bantal pandan buat jenazah. Semoga beroleh pahala dan Allah mengampuni kita semua.”
“Bantal pandan ini digunakan semasa memandikan jenazah. Bagi alas kepalanya agar tidak rasa sakit terkena pan (tempat) mandi.”
Selain dibuat alas kepala jenazah, bantal pandan juga boleh dibuat dekat liang lahad. Alaskan dekat kepala.
Klik link ini untuk ketahui lanjut video potong daun pandan untuk bantal jenazah
Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat.
Iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.
Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus.
Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.
Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.
Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati. Dan tak lagi berzikir untuk mayat.
Klik link ini untuk ketahui cara lain memotong daun pandan.
Kain perca tadi jahitkan jelujur, buat macam bantal baby pun dah memadai. Masukkan daun pandan yang dah diracik halus atau siat tadi sampai penuh.
Tadi petang, saya mendapat khabar kematian sahabat lama merangkap kakak angkat saya. Semoga Allah merahmati rohnya.
Saya pulang ke rumah, dan ajak anak-anak sediakan bantal untuk arwah buat kali terakhir.
Alfatihah buat bik Faridah Ahmad Fajar
Terima kasih ustazah Hasnah sifu saya dari Pejabat Agama Negeri Johor yang banyak memberi ilmu pengurusan jenazah yang betul.
Sumber/Foto : Amina Jasmine