Catatan ini dikongsikan Puan Huda Idros pada tahun 2017. Dan Mingguan Wanita dimaklumkan panduan bersalin ‘Full Paying Patient’ yang pernah dicatatkan itu masih valid.
Harganya juga tidak berubah, cuma ibu hamil perlu buat tempahan seawal 4 bulan. Kerana, sekarang ini FPP lebih cepat penuh. Apa yang dimaksudkan dengan bersalin FPP ini. Ikuti perkongsiannya;
Bersalin Full Paying Patient (FPP)
Ramai yang tanya aku bersalin kat hospital kerajaan tapi bilik dapat satu. Macam mana boleh dapat first class.
First, wad aku bukan first class tapi wad FPP so macam masuk private hospital laa.
Proses FPP :
1) Booking bila dah pregnant 7 month, kalau nak lagi awal pun tak pe, ikut korang laa sebab duit korang.
2) Pilih Dr pakar yang korang nak, macam aku bersalin kat hospital Sg Buloh aku request Dr Yusrina. Masya Allah,memang baik. Boleh wassap dia lagi tanya macam macam. Aku request Dr bius semua nak perempuan. (Bajet bajet sangattt)
3) Sekali checkup, dalam RM130 (geleng kepala gak laa). Tak termasuk kalau kena buat CTG ke apa. Tak boleh guna GL,insurance. Segalanya adalah CASH.
4) Tak payah tunggu lama, orang pun tak ramai. Boleh lepak dalam bilik Dr lama lama.
5) Masa nak bersalin kena bayar deposit 3000. CASH juga. Kot kot la terbersalin di hening pagi macam aku.
6) Bersalin normal dalam RM1200, czer dalam RM3300. Ni tak tambah ubat ke apa ke tau.
7) Bilik luas, ada katil extra untuk suami bermalam. Bilik aircond. Toilet dalam bilik. Macam aku, tak ada waktu melawat. Family aku ikut suka nak datang waktu bila.
Ads
Cara Suami Buat Bayaran Dan Claim
Macam aku, suami aku buat pay and claim. So, bil bil checkup dan kos bersalin ditanggung oleh company suami.
Hospital yang ada FPP:
1) Hospital Selayang
2) Hospital Sg Buloh
3) Hospital Ampang
4) Hospital Putrajaya
5) Hodpital Sultan Ismail Johor
Update 15/09/2019
6) Hospital Pulau Pinang
7) Hospital Sultan Aminah
Bukan semua hospital yang buat FPP ada Dr perempuan. So,tanya tanya la dulu.
Ads
Info Lanjut Berkenaan FPP Yang Bakal Mak Ayah Kena Hadam
Saya tambah info sbb ramai yang dm saya:
Ramai yang tanya :
Paling bagus nak booking bila?
Booking awal tak ada masalah, cuma start je booking kena start checkup dengan Dr yang akan incharge. Better call dulu, tanya ada kekosongan. Sebab Dr ni diorang ada kuota diaorang.
Apa beza first class dengan FPP?
Gomen servant akan diberi keutamaan untuk first class, macam aku susah la nak dapat sebab suami isteri bukan gomen servant plus first class cepat penuh. Jadi ni la option aku. Tak ada beza pun cuma dari segi bayaran memang berbeza la.
Kenapa FPP bukan private?
Okay, aku ada hospital panel company suami. Tapi kandungan aku ada komplikasi. Atas nasihat nurse KK diaorang suggest kan goverment hospital sebab gugur sorang (pregnant twin) dan anak songsang plus terbelit tali pusat serta kurang air ketuban. (haaa, hambek kauu). Jadi alang alang company suami ada peruntukkan untuk isteri bersalin guna laa selagi boleh.
Insurance cover tak?
Aku ada insurance personal dan company suami. Dua dua TAK cover untuk bersalin. Nak apply insurance boleh roger abang aku Daleel Idros – Prudential BSN Takaful Berhad. Trusted insurance agent 24hours working non stop.
Ads
Beza wad biasa dengan FPP?
Sedia maklum, suami boleh teman (paling utama laa). Aku pun pernah masuk wad biasa. Seronok sembang dengan orang sebeah hokay. Tapi bila sakit, aku nak orang ada sebelah aku. Takkan nak genggam tangan orang sebelah. Kang terberanak sama sama plak.
Procedures sama ke dengan wad biasa?
Yup, sama. SOP still sama. Suami tak boleh teman sekali dalam LR kalau isteri czer. Normal je dibenarkan. Dr houseman still ada nak beramah mesra dengan korang. Tapi Dr houseman ni tak masuk masa bersalin. Cuma untuk FPP appointment selepas pukul 2 petang.
Total kos :
Disebabkan aku ni czer total kedebak gedubuk, TERMASUK checkup dengan pakar sebelum bersalin = RM4500.
Checkup 8 kali = RM 1200
Kos bersalin Czer =RM3300
Total = RM 4500
Harap dapat menjawab pertanyaan tuan tuan dan puan puan. Akhir sekali, saya doakan siapa yang nak bersalin, yang nak ada anak yang nak tambah anak dimakbulkan Doa kalian oleh Tuhan. Dan saya doakan semua kaum Hawa sekalian diberikan kehormatan dan keselasaan semasa bersalin.
Untuk pilihan lain selain FPP, boleh baca di sini :
Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga selalu akan ambil masa untuk memahamkan pasangan masing-masing. Hukum perkahwinan itu pun ada fasa-fasanya. Dari nak kenal pasangan sampailah nanti memahami dan semakin selesa dengan pasangan.
Sekiranya, tak dibaja dari awal payah nak dapat perasaan ‘madly in love’ dengan pasangan sampai ke akhirnya. Sebab itulah, hukum percintaan itu kena sentiasa disuburkan. Disirami dengan kasih sayang sentiasa.
Biar pun badai melanda, kena cari formula untuk bagi reda. Jadi perkara-perkara yang tak baik, yang menggasak di kiri dan kanan takkan sikit pun merosakkan hubungan suami isteri. Syaratnya, CINTA kenalah kuat.
Sebagaimana rasa CINTA kita dengan Allah yang Maha Menghidupkan, seharusnya itulah CINTA yang dibajai dalam diri kita untuk suami.
Tip yang dikongsikan Haslinda Mat Isa ini ringkas saja, namun cukup dekat di hati orang perempuan. Mudah pun mudah nak dipraktikkan.
10 Cara Nak Stay Madly In Love Dengan Suami
1. Be loving. Don’t be mak singa lah. Simple kan. Manja-manja selalu.
2. Say thanks. Bila suami dapat gaji, dia bagi RM50, cakap terima kasih. Bukan buat muka monyok tak puashati sebab harap RM500.
3. Bila dia beremosi, kau jangan join sekaki. Dia tengah down or stress, apahal kita pun nak stress sekali. Biar dulu dia dengan emosi dia. Kita cuba support mana yang patut.
4. Encourage one another. Macam magnet. Kena ada negatif dan positif. Bila dia negatif, kita cuba jadi hujung yang positif itu.
5. Jaga penampilan, jaga badan. Selalu perhati perut dan lelemak berlebihan. Cubalah kurangkan makan atau banyakkan bersenam.
6. Selalu puji isteri atau suami masing-masing. Dulu kau berkenan kat dia sebab dia cantik atau handsomekan? Walaupun perut dia mungkin dah boroi, dia tetap manis dimatamu. Puji-pujilah yang dia masih handsome macam dulu.
7. Make time for one another. Kalau dia minta temankan ke rumah kawan dia, ikut. Kalau dia ajak balik kampung, ikut. Dia ajak teman dia main badminton, ikut jelah walaupun ko bosan duduk tepi court. Kalau sesuai dengan keadaan , ikut je dik.
8. Bersabar dengan kerenah masing-masing. Memang cakap senangkan? Ko cuba je lah dik. Perkahwinan ni untuk orang yang sanggup redah semua demi nak hidup bersama.
9. Jangan perlekehkan dia. Susah ni. Saya pun kadang tu jenuh nak control mulut tak ada insuran ni. But kita cuba huhu.
10. Respect. Biasalah, kalau tak respect suami, baik jangan ada suami.
Sememangnya alam rumah tangga akan jadi mudah bila mana pasangan memahami, seorang suami tak perlu bergantung pada isteri sepenuhnya untuk uruskan serba-serbi. Apatah lagi apabila keluarga makin membesar dan telah dikurniakan beberapa anak.
Sudah tentu keutamaan yang selama ini terarah kepada suami akan jatuh nombor dua dan keperluan anak-anak menjadi nombor satu. Oleh itu suami perlulah memahami dan cuba berbincang secara baik demi kebahagian bersama.
Tiga tahun pertama perkahwinan, tapau (bungkus) makanan dari luar saja… Dalam seminggu itu, adalah dua atau tiga hari jumpa isteri…
Selebihnya tak jumpa sebab kerja berlainan syif… Seorang pagi, seorang malam… Dia nak masak tinggal lauk, tinggal nasi, seorang saja hendak makan pun…
Akhirnya, saya cakap tak payah masak, tapau makanan siap-siap sebelum sampai rumah… Balik panaskan saja… Nak makan seorang diri dekat kedai, segan…
Bila ada anak-anak, isteri masak lauk anak-anak sahaja… Bubur, sayu dan lauk saya, still tapau luar… Selepas dia berhenti kerja, baru stop tapau menapau ini…
Pasangan Kena Saling Memahami
Orang kata, hendak tackle suami, kena jaga perut dia… Perut saya, orang Pattani yang jaga pada 3 tahun pertama perkahwinan… Hubungan renggang tak?
Tak renggang pun sebab kita masing-masing faham diri masing-masing… Lagipun sudah capai persetujuan bersama…
Sejak lahir anak sulung sampailah anak ketiga, saya tidur dekat bawah saja… Tak pernah lagi dapat peluang tidur berdua bila sudah ada anak-anak walaupun dalam sebilik…
8 tahun sudah rasanya last tidur berdua (pandai-pandailah cari bila nak, tak akan itu pun nak cerita)…
Hubungan hambar? Tak juga, hubungan still maintain bahagia walaupun malam-malam tak tidur sebelah-menyebelah…
Bila anak sudah tiga orang, perhatian dan layanan isteri lebih kepada anak-anak… Banyak benda dan perkara terarah kepada anak-anak…
Bila Saling Memahami Suami Tak Bergantung Pada Isteri
Kadang-kadang minta kopi, tapi lupa dibuat sebab dia sibuk dengan anak-anak… Ada juga kadang-kadang tanya itu dan ini, tapi tak dijawab sebab dia kalut dengan anak-anak…
Rasa diabaikan? Tak… Nak rasa diabaikan kenapa kalau kita faham yang anak-anak perlu diberi lebih perhatian, layanan dan jagaan sebab mereka tengah membesar…
Bukan semua benda mereka boleh buat dan menguruskan dengan sendirinya… Nak kena ada ibu mereka untuk bantu…
Bangunlah bancuh air sendiri, ambil makanan sendiri… Serba-serbi sendiri…
Pokok pangkalnya, alam rumah tangga itu akan menjadi simple bila mana kita dan pasangan saling memahami, saling bertolak ansur… Kita sebagai suami kena lower down the demand yang isteri kena fulfill… Benda apa yang boleh dibuat sendiri, cuba untuk buat sendiri.
Tak perlu untuk letak kebergantungan itu pada isteri semata-mata sebab hendak dilayan bagai raja… Tak salah pun jika kita suami isteri sama-sama jadi “rakyat biasa” yang hidup bersama untuk bahagia…
Renung-renungkan, semoga bermanfaat…
MW: Bila sudah berkahwin, masing-masing perlu saling memahami dan cuba berbincang secara baik. Bayangkan kalau anak berderet, tapi suami tetap mahu dilayan bak raja, memang makan hatilah isteri nak uruskan segalanya.
Komunikasi dalam rumah tangga tak boleh dipandang ringan bahkan antara perkara paling utama dalam perkahwinan. Semua perkara walau pun hal yang kecil atau dianggap remeh, perlu dibincangkan di antara suami isteri. Kalau masing-masing asyik memendam saja, itu yang boleh jadi makin besar dan bertambah serius.
Kuncinya KOMUNIKASI!
Antara kunci utama dalam tiap perhubungan adalah KOMUNIKASI, lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri. Sangat berbahaya sebuah perhubungan andai tidak dapat menjalinkan komunikasi dengan berkesan.
Maksudnya, tiada perbincangan dua hala di antara pasangan terbabit. Banyak masalah dipendamkan dan tidak diberitahu kepada pasangan. Kalau rasa tak puas hati pada sesuatu perkara yang dilakukan pasangan, tak pernah nak luahkan dan sudah tentu dia pun tak sedar silapnya.
Makin lama memendam, rasa tak puas hati itu makin merebak dalam hati. Lama-kelamaan boleh jadi masalah lebih besar hingga mencetuskan pertengkaran hebat. Tentu kita tak nak jadi macam tu kan?
Semua Dipendam, Alasan Tak Nak Bebankan
Ada suami yang tak suka kongsi masalah dengan isteri dengan alasan tak nak susahkan isteri atau buat isteri terbeban. Pada saat getir hari ini, suami dipotong gaji dan tak diberitahu pada isteri. Bila isteri minta perbelanjaan bulanan seperti biasa, suami merungut dan marah-marah dan kurangkan belanja bulanan. Isteri yang tak tahu perkara sebenar anggap suami mula berkira soal beri wang belanja. Mula fikir yang bukan-bukan tentang suami.
Bayangkan kalau ia berterusan. Tidakkah hubungan itu makin keruh dan bermacam salah faham boleh timbul nanti?
Tidakkah dalam kes ini, jalan terbaik adalah suami berterus terang tentang situasi sebenar kewangan keluarga yang sedang dihadapi? Bawa isteri berbincang sama-sama untuk cari penyelesaian. Tentu isteri akan sedaya upaya untuk bantu sama-sama buat bajet untuk keluarga.
Normal lah kalau pasangan kita ‘diintai’ oleh orang lain. Walau pun tak dilayan, tapi ada yang memerhatikannya. Bila melibatkan orang ketiga, biasanya pasangan tak kira suami atau isteri akan lebih suka sembunyikan. Alasannya tak nak pasangan cemburu. Tapi, cuba bayangkan kalau pasangan ternampak mesej yang tak sepatutnya yang dihantar oleh orang tersebut? Tidakkah timbul salah faham. Silap hari bulan, perang besar jadinya.
Seeloknya, kalau ada yang ‘lain macam’, berterus terang dengan pasangan. Tak timbul soal cemburu. Ya, mungkin dia cemburu tapi jauh di sudut hati, dia akan berbesar hati kerana kita sanggup berterus terang dengannya.
Jangan Ambil Mudah soal Komunikasi
Apa juga perkara dalam rumah tangga, jangan ambil mudah. Pasangan kita sepatutnya menjadi sahabat kita yang paling akrab. Tempat untuk kita berkongsi apa saja masalah. Ini tidak, lebih percayakan orang lain daripada pasangan sendiri.
Bila ada masalah, lebih suka minta pandangan orang lain berbanding bersemuka dan berterus terang dengan pasangan. Dibimbangi, orang yang memberi nasihat itu hanya memburukan lagi keadaan kerana dia tak berada di tempat kita.
Kalau marah atau kecil hati dengan suami/isteri, terus terang saja. Mungkin kita tengok dia seolah-olah tak ambil peduli pun, tapi sebenarnya di sudut hati, dia sudah maklum akan apa yang kita telah beritahu. Kalau hal yang sama berulang kelak, dia sedar dan tahu apa perasaan yang kita rasa terhadap hal itu.
KOMUNIKASI teramat penting! Tolong jangan pandang remeh soal komunikasi. Tak mengapa kalau bertekak dan bertengkar waktu itu, asalkan masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati. Kena ingat, orang tak boleh ‘baca’ fikiran kita, begitu juga kita. Jadi, berkomunikasilah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...