buat kek unicorn

Cantik dan pasti anak-anak suka, jadi kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak buat kek unicorn, boleh ikut step by step yang Puan Norrihan Ars kongsikan kali ini.

Nampak rumit tetapi wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Ann ini tidak lokek berkongsi ilmu yang akan memudahkan anda untuk buat tanduk, mata dan telinga kek unicorn ini.

Haa… sila rujuk gambar dan bahan-bahannya dulu ya, nanti mak-mak tak akan terkial-kial nak buat kek trending ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Untuk hiasan piping : Buttercream, 3 warna berlainan, piping bag & nozle no 20.
2. Untuk telinga, tanduk & mata : Fondant putih, fondant hitam, cmc, lidi, cutter bujur, edible gold dust & orange oil.
3. Untuk hiasan tabur : manik pelbagai warna & bunga gumpaste.
4. Seijik kek bulat yg siap dilepa.

Cara Membancuh warna

1. Dalam bowl yang sama, titikkan tiap pewarna pada 3 tempat berasingan dan gaul. Jangan gaul sebati supaya menjadi tone warna.
2. Isikan kedalam piping bag.

Cara Buat Tanduk

1. Gelek fondant memanjang dengan satu hujung runcing daripada hujung yang satu lagi. Sy buat 4inci panjang untuk kek yang kecil.
2. Sapukan gam cmc (cmc campur sedikit air) pada batang lidi sebelum melilit fondant
3. Lilit fondant pada batang lidi sambil ibu jari yang satu lagi menolak fondant agar fondant dapat menutupi keseluruhan hujung lidi.
4. Sapukan hanya sedikit gam cmc pada ruangan diantara lilitan fondant. Dan kemaskan hujung atas dan bawah.

Ads

Cara Buat Telinga

1. Ambik sedikit fondant dan letakkan cmc supaya telinga yang terhasil keras melengkung dan tidak lembik.
2. Gelekkan fondant. Jangan terlalu nipis.

3. Tekap dengan acuan.
4. Rehatkan dalam bekas melengkung supaya terhasil bentuk telinga.

Cara Buat Mata

1. Fondant hitam diuli dengan sedikit cmc
2. Gelekkan dan tekap dengan acuan bulat
3. Tekap lagi sekali supaya membentuk semi bulatan
4. Tolakkan dengan jari supaya membentuk alis mata
5. Biarkan kering

Ads

Wanita Ini Kongsi Langkah Buat Kek Unicorn, Rupanya Inilah Rahsianya!

Cara Warnakan Tanduk Dan Telinga Menggunakan Gold Dust

1. Tuangkan gold duat sekadar diperlukan
2. Titikkan orange oil dan kacau sebati
3. Sapukan pada tanduk
4. Lorekkan pada telinga

Wanita Ini Kongsi Langkah Buat Kek Unicorn, Rupanya Inilah Rahsianya!

Ads

Cara Deko Menggunakan Buttercrem

1. Picitkan buttercream secara perlahan dan membulat supaya jadi seperti kelopak rosette.
2. Hiaskan sehingga penuh dan nampak cantik seperti rambut.

Finishing

1. Pacakkan tanduk di tengah-tengah kek
2. Lekatkan mata
3. Telinga yang telah kering dan keras di pacak ke dalam butterceam
4. Hiaskan dengan bunga dan manik

Ini gambar yang  Kak Ann buat YES promotion. Kek ni siap deko size 5inci (baby cake).

Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI