Bermula Januari 2020, kerajaan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi (child car seat) dalam kenderaan persendirian.
Ramai yang menyambut baik peraturan itu, ada juga mak ayah yang mula susah hati. Bukan tidak mahu sokong arahan kerajaan. Tetapi lebih memikirkan kos car seat yang bukan murah untuk setiap anak, malah kenderaan kecil yang dibayangkan akan dipenuhi car seat anak-anak.
Mak ayah, meriba bayi dalam kenderaan adalah posisi paling bahaya sekali. Bila berlaku kemalangan, bayi dengan mudahnya akan tercampak keluar. Hadamkan perkongsian Wana Abas ini, yang mengikuti taklimat daripada JPJ tentang penggunaan car seat.
Tambah Wana, “Kalau cerita bakal kena kecam, tapi kalau saya tak sampaikan siapa lagi nak cerita.”
“Antara yang memberi taklimat ialah pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.”
7 Info Penting Pemasangan Car Seat Januari 2020
Saya senaraikan point utama dan soal jawab pada hari tersebut
1. JPJ akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah JPJ seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.
2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.
3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.
Ads
4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 Januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 Januari tiada kelulusan CTA tidak akan disaman.
5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu:
a. tidak memakai helmet,
b. pakai helmet tapi tidak ikat
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat.
6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman.
7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no. 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.
Ads
Soal Jawab Pemakaian Child Car Seat Januari 2020
Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia. Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang.
Ini antara soalan biasa didengar;
1. Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat.
2. Bagaimana dengan mereka anak ramai?
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat.
3. Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga?
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar.
4. Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit?
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la.
Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba. Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira.
Ads
Wajib Pakai Car Seat, Bukan Agenda Untungkan Peniaga
Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan perniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun.
Pertama : saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua : terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil. Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga : kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je.
5. Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa.
Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat. Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.
Kesimpulan, nak mengamuk dan maki semua orang silakan. Sama seperti larangan merokok. Tapi cuba sekali berlapang dada dan buka hati. Kalau kita tak mampu diam diam dan cari jalan. Kalau kita mampu beli dan pakai lah. Jangan sebarkan kebencian hanya kerana kita tak faham sesuatu.
Kami mempunyai kesedaran awal kerana 2 sahabat kami kehilangan anak akibat kemalangan jalan raya. Tak perlu tunggu anak sendiri jadi mangsa untuk ambil peduli.
MW : Semoga penjelasan ini lebih memudahkan mak ayah faham kenapa penting untuk meletakkan bayi, anak kecil di dalam car seat dalam kenderaan yang bergerak. Nyawa anak cuma satu, tiada dua atau tiga. Hargailah!
Ada segelintir suami, bila isteri bekerja, suami terus lepas tangan. Salah perbuatan ini jika pasangan atau isteri tak redha kerana tanggungjawab jatuh pada suami. Jangan main-main bab nafkah zahir ini takut suami muflis di akhirat kelak.
Jangan bila isteri tak bersuara, suami ambil mudah dan lepas tangan. Lebih teruk bila serahkan segala hal atas bahu isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirinini dan hadam baik-baik.
Jangan Lepas Tangan
“Kesilapan” yang perlu diperbaiki…
Bila isteri bekerja, bila isteri ada pendapatan, suami terus lepas tangan…
Barang dapur isteri beli, yuran sekolah anak isteri bayar, minyak kereta isteri isi, makan minum pakai isteri pun dia tanggung sendiri… Asbab dia ada duit…
Sampai Pasangan Tak Redha
Salah ke? Tak salah andai dia redha, dia izinkan. Dia memang rela dengan sendirinya untuk tanggung apa yang sepatutnya ditanggung suami.
Untuk bayar apa yang sepatutnya dibayar suami, untuk beli apa yang sepatutnya dibeli suami…
Jika dia tak redha? Malah, jika dia rasa terbeban? Jika dia rasa dipergunakan disebabkan dia ada pendapatan bulanan, suami terus lepas tangan dan “BIARKAN” dia gunakan pendapatannya sendiri, maka suami dah pun “BERHUTANG” dengan isteri sendiri…
Hutang nafkah zahir… Perkara dan urusan yang sepatutnya berada di bahu suami, kini di bahu isteri asbab dia ada pendapatan…
Hanya disebabkan terma dia “ada duit sendiri”, maka suami berterusan menggunakan terma tu dalam urusan rumah tangga…
“Awak kerja kan… Awak ada duit kan… Belilah sendiri…”
Isteri ini, berkerje atau tak, berniaga ke tak, ada pendapatan atau tidak, tetap di bawah tanggungan suami…
Tetap, wajib, tidak ada syarat bila dia ada pendapatan, maka suami sudah boleh lepas tangan…
Tanya isteri, dia redha dan rela atau tidak pendapatannya digunakan untuk tujuan tersebut… Kita tak nak berhutang dengan isteri sebab kita boleh “muflis” diakhirat kelak jika isteri tuntut semua yang dia tanggung didunia ini…
Tuntutan terhadap “Hutang yang tak nampak”…
MW: Peringatan buat suami, jangan anggap anda terlepas menanggung segala nafkah zahir isteri di dunia, anda selamat. Tunggu di akhirat kelak, silap-silap bab nafkah atau hutang yang tak nampak ini membuatkan ayah-ayah muflis di akhirat kelak.
Sebenarnya, dalam Islam sememangnya melarang cerewet yang melampau dan sudah apa sahaja yang melampau akan ditentang agama. Sesungguhnya, bagi mencari jalan penyelesaian, sebaiknya kita perlu faham bahawa dalam perkahwinan bukanlah mencari persamaan tetapi mencari pelengkap. Akhirnya barulah hubungan yang dibina akan menemui kebahagiaan.
Hari ini menerusi slot Cerita Dalam Kain, MWTalkshow membawa tajuk “Pasangan ku Cerewet”, selebriti Diana Rafar dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam mendepani suami yang cerewet.
Seperti yang semua ketahui, Zamarul Hisham merupakan seorang lelaki yang cerewet dan pentingkan kesempurnaan dalam kehidupan sehariannya. Menurut Diana selaku isteri, dia telah mengetahui sikap cerewet suaminya sejak mereka bercinta lagi.
Tempoh bercinta yang lama iaitu sembilan memberi Diana cukup masa mengenali suaminya. Tetapi rupanya ianya tidak terhenti setakat itu, setelah berkahwin rupanya bukan mudah berkongsi hidup dengan lelaki yang cerewet.
“Segala perkara suami saya cerewet, hingga sampai satu tahap dia punya cerewet sampai buatkan saya rasa dah down. Saya juga pernah rasa seperti isteri yang tak sempurna kerana tidak mampu menjadi isteri terbaik pada dia.
“Saya pernah rakam aksi dia ketika orang renovate rumah kami, bayangkan orang tengah buat kerja dan dia pula sibuk-sibuk vakum habuk. Perbuatan tersebut memang nampak pelik dan buat orang tak selesa nak buat kerja. Tetapi bagi dia ianya normal.
“Saya masih ingat, zaman bercinta dahulu sebelum masuk kereta kena ketuk kasut dahulu sebelum langkah masuk ke kereta dia untuk tanggalkan habuk-habuk. Bukan saya sahaja, mak dan kakak saya kena buat perkara yang sama jika naik kereta Zamarul.
“Mula-mula kahwin tu memang kena kuat, barang-barang mekap saya memang tidak boleh berselerak atau susun di atas almari, semuanya kena clear dan simpan. Terpaksalah ikut,” jelasnya satu-persatu.
Bergaduh Besar Kerana Cerewet
Selain itu, menurut Diana lagi dia dan Zamarul pernah bergaduh besar disebabkan sikap cerewet Zamarul. Biar pun Zamarul tidak pernah memarahi atau mengamuk jika Diana tidak dapat mengikut caranya, tetapi Diana pernah berkecil hati dengan sikap suami.
“Setiap perkara pasti ad acara dia sendiri walaupun hanya menggoreng ikan. Kita ni punyalah goreng ikan garing seperti diminta, rupa-rupanya salah juga. Memang jadi bergaduh besarlah, maklumlah baru kahwin ketika itu.
“Dia tak mengamuk dan marah pun, tetapi kita sendiri yang takut benda yang kita buat tak kena pada mata suami. Tetapi sekarang Zamarul sudah banyak berubah dan makin kurang cerewet dan paling penting dia dah tak kacau saya sangat dah. Tetapi merunsingkan saya apabila anak saya berumur 9 tahun pula terikut perangai dia.
“Dahulu memang rasa tak boleh terima sikap suami, tetapi apa yang penting kita berbalik pada Allah dan sentiasa berdoa. Insyallah Allah akan bantu kita bila kita redha dan positif bahawa akan ada kebaikan untuk kita memiliki pasangan cerewet. Insyallah,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Bagi yang ketinggalan menonton MWTV tengahari tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 8 malam nanti di Astro Prima 105 & Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau ikutkan, kita yang dah tua pun ngeri nak buang tonsil! Tetapi andai anak asyik demam dan sakit, apa pilihan yang ada?
Sebenarnya tonsil bagus untuk badan, itulah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kadang-kadang dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Lagi sedih bila anak demam, mak ayah kena hadap keadaan macam mana si kecil susah nak bernafas, siap berdengkur malah tidur pun kena bukak mulut.
Jadi patut ke anak yang ada masalah tonsil kena buat pembedahan? Jawapan ini ada dalam perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih kali ini, moga mak ayah dapat buat keputusan sebaiknya demi kesihatan anak-anak.
Patut Ke Buang Tonsil Anak?
Ramai antara kita yang tertanya-tanya apa keperluan untuk membuang tonsil? Perlu ke anak kita dibuang tonsil? Sakit tekak yang kerap ini sebab tonsil ke? Kalau dah dibuang, ada apa-apa risiko?
Semua persoalan-persoalan ini mesti ramai antara anda yang nak tahu jawapannya. Sebab anak-anak kita, kalau penyakit atau masalah diri sendiri biasanya kita tak kisah sangat. Segala yang melibatkan anak-anak ini yang selalu lebih membimbangkan ayah dan ibu. Betul?
Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai ‘tonsillectomy’ dengan beberapa sebab.
1. Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
2. Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
3. Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
4. Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
5. Dan beberapa sebab yang lain.
Apa komplikasi pembedahan yang akan dilakukan ini?
1. Pendarahan. Ini saya letak dalam poin nombor satu sebab risiko pendarahan adalah antara yang biasa boleh berlaku dalam pembedahan ini. Ia boleh berlaku semasa atau selepas pembedahan dilakukan.
2. Jangkitan kuman juga boleh berlaku beberapa hari selepas pembedahan. Sekiranya ia berlaku, pendarahan daripada kawasan pembedahan juga boleh berlaku.
3. Sakit. Ini bukanlah salah satu komplikasi yang nak saya sampaikan. Risiko sakit adalah perkara biasa sebenarnya yang boleh berlaku apabila kita menjalani apa-apa pembedahan. Istimewanya, pesakit yang menjalani pembedahan ‘tonsillectomy’ perlu mengunyah selepas pembedahan dilakukan bagi mengurangkan risiko pendarahan. Oleh itu sekiranya sakit dialami terlalu kuat, perlu beritahu doktor untuk ubat bagi mengurangkan sakit. Ramai yang datang semula berjumpa saya akibat pendarahan disebabkan pesakit tidak mulai makan atau mengunyah selepas pembedahan.
Jika anda ada sebarang masalah, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...