Agak tak selesa kalau tumbuh bulu di tempat-tempat yang tak patut, tetapi nak cabut bulu guna pencabut bulu itu pun sangat makan masa! Apa lagi nak cukur, risau pula kesannya jadi hitam.
Haaa… kalau ada yang nak cuba cabut bulu dengan cara tradisional, boleh ikut petua Puan Rusmida Rusdi ini…
Kalau biasanya guna wax, kali ini bajetnya cukup jimat. Dah lah organik, tak payah risau ada bahan mudarat pada kulit sensitif.
-Gula 1 cawan
-Air 1/4 cawan
-Lemon 1/4 cawan
1. Satukan bahan kacau rata.
2. Biarkan mendidih 5-7 minit sehingga bertukar kaler.
3. Biarkan seketika sementara jadi sticky.
1. Calit tempat yang nak buang bulu-bulu halus macam ketiak, betis.
2. Biarkan kering dan tarik.
3. Letak la losyen pelembab macam aloevera lepas tu.
Nampak tak, mak-mak boleh jimat lebih dan kulit pun cantik tanpa shave!