Memang risau bila anak memilih makanan atau tak nak makan.Lebih-lebih lagi jika tak nak makan makanan berkhasiat yang mengandungi protien dan karbohidrat.Bimbang boleh menganggu tumbesaran anak. Sebenarnya, mak-mak boleh jadi lebih kreatif untuk menarik minat anak-anak makan dengan mencuba resipi Bebola Nasi Ayam atau Chicken Rice Ball ini perkongsian oleh Fazariana Mohd Ali.
Menurut wanita ini, resipi mudah ini merupakan percubaan pertamanya dan terus menjadi.Cara untuk membuatnya pun cukup mudah, menggunakan kaedah kukus malah cukup berkhasiat dan menyihatkan!
Berikut perkongsian beliau;
“Comeiii dak?? 1st trial Alhamdulillah menjadi, bukan anak je suka mak pun suka jugak.Simple menu boleh buat lagi lepas ni.”
1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.
Ads
Mudah sangat nak buat bebola nasi ayam ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan tengahari.
Musim durian ni, ada durian lebih bolehlah cuba buat pencuci mulut mudah seperti Durian Crepe ini. Memang sedap apatah lagi makan sejuk-sejuk, nak buat pun bahan-bahan tak banyak mana. Lebih jimat, boleh buat besar-besar dan letak topping penuh ikut citarasa. Nak sediakan untuk keluarga atau nak buat untuk jualan pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi Durian Crepe yang bertahun-tahun telah dibuat niaga oleh Puan Lalola Ezzanyini.
Memandangkan dah musim doyan, moh ler buat resepi ni. Saya buat niaga dan bertahun-tahun dah. Kalau ada yang nak cuba boleh la. Bahan-bahan pun tak banyak mana. Kalau beli luar durian crepe ni dah berape ringgit.
Bahan-Bahan (crepe/ lempeng):
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula aising
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar (tak kisah brand apa)
Pewarna
3 sudu besar mentega cair
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.
2. Hasilnya bila adunan dah dikisar tak boleh pekat sangat, tak boleh cair sangat tak cantik lempeng nanti.
3. Ni nak buat topping krim, dekat bakeri ada banyak brand, tapi yang nak tak payah campur gula dah, dah manis. Saya guna fresh cream, Non Dairy Whipping Cream jenama Value Pride.
Tak sama dengan dairy whipping cream.Non dairy whipping cream tak perlu masukkan apa apa bahan dalam adunan, hanya tinggal mixer kan sahaja dan dia akan kembang 2 kali ganda dari asal dan harga dia murah rm10-rm14.50 untuk satu kotak.
Dairy whipping cream kalau mixer dia akan kembang naik 1 kali sahaja. Dan rasa dia tawar so perlu tambah gula/susu pekat. Harga untuk 1L sekarang rm20++.
4. Pukul sampai kembang guna mixer.
5. Bile krim dah kembang, nak tau krim tu kental ke tak cuba terbalikkan bekas. Kalau tak jatuh tu menjadi la tu.
6. Kemudian, ambil 1 senduk buat lengang. Seeloknya guna kuali yang tak melekat tu. Agak-agak dah masak bawah tu boleh angkat.
7. Lenyekkan isi durian.
8. Ni topping dalam lempeng. Caranya letak krim putar atas lempeng, isi durian, kemudian krim putar dan akhir sekali lipat kemas.
Mingguan Wanita: Tengah musim durian ni, boleh cuba buat sendiri Durian Crepe di rumah. Mudah je, malah lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri. Boleh buat besar-besar, letak topping penuh-penuh.
Rakan & peminat kutip sumbangan, lancarkan tabung kecemasan bantu kos rawatan medikal Nad Zainal. Seperti yang diketahui umum kini pelakon Nad Zainal sedang menjalani rawatan di ICU sebuah hospital swasta.
Ramai yang prihatin dengan nasib ibu tunggal kepada dua anak ini dan satu tabung kecemasan mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal telah dilancarkan.
Rakan & Peminat Kutip Sumbangan
Tabung berkenaan diwujudkan bagi menampung kos rawatan pelakon itu sejak dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.
Kewujudan tabung tersebut dikongsikan pengarah dan juga penerbit Shahrulezad dan juga rakan pelakon Noorkhiriah menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram mereka.
“Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.
“Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beban keluarganya.
“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu.
“Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post (perkongsian) ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya.
“Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484.
*Kepada sesiapa yang menggunakan CDM, boleh email kami resit: info@assiddiqaid.com
“Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Echa selaku PA Nad Zainal di 012-3458623,” kongsi Shahrul Ezad dan juga Khiriah.
Untuk rekod Nad Zainal dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri Isnin lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.
Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, Nad semakin menunjukkan perkembangan positif dan difahamkan sudah beberapa kali membuka mata.
“Semoga Cepat Sihat Nanad” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Nad Zainal kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Sehingga hari ini kisah pertemuan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri, Rihana Oksana Petra masih menjadi tanda tanya pada mata masyarakat umum.
Bak kata Oksana dalam instagramnya baru-baru ini, “Bagi ramai orang kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri.”
“Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.“
“Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan.”
Anak Comel Ini Anugerah Kepada Kami – Oksana
Dalam entrinya yang lain, Oksana turut berkongsi kegembiraan dengan kehadiran permata hati yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.
“Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua.”
“Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.”
“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...