Pulut kuning memang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Selalunya pulut kuning disediakan pada majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Menurut perkongsian Puan Unaizah Azhar, ada petua dan tip yang dia gunakan agar pulut kuning tang dihasilkan nampak cantik berkilat, tidak patah dan tahan lebih lama. Iaitu dengan cara memasukkan cuka ke dalam air rendaman beras pulut tersebut. Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
1kg beras pulut
1 kg beras pulut
4-5 sudu makan cuka
1 sudu besar serbuk kunyit
Sedikit pewarna kuning jenama (Star Brand)
Air ( Anggaran 2 inci dari permukaan beras pulut)
1.Basuh pulut hingga betul-betul bersih dan jernih airnya (untuk mengelakkan cepat basi)
2.Toskan airnya kemudian masukkan serbuk kunyit dan pewarna.
3.Gaul beras pulut tadi hingga warna kuning sekata.
4.Masukkan Air dan cuka kemudian kacau bagi rata cukanya.
5.Rendam semalaman.
300 gram santan pekat.
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Gula (bergantung pada citarasa masing-masing)
1.Semua bahan diatas dimasak sekejap(jangan sampai mendidih)
Sejukkan Seketika.
2.Kukus Beras pulut lebih kurang 1/2 jam atau hingga masak.
3.Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan curahkan santan yang dimasak tadi.
4.Gaul hingga rata dan kalau nak manis sikit boleh taburkan gula semasa proses ni.
5.Bila dah sekata santan tadi, biarkan lebih kurang 10 minit (untuk mesrakan santan dengan pulut).
6.Kemudian kukus balik pulut tadi hingga naik wap lebih kurang 1/2 jam juga.
Tip Agar Pulut lebih cantik dan berkilat.
Selamat Mencuba!
Sumber: Unaizah Azhar