
Isi Kandungan
ToggleAda cara paling senang nak rebus telur rupanya, hanya menggunakan periuk elektrik dan tisu dapur je.Sebab biasanya mak-mak rebus telur atas dapur dalam periuk yang dipenuhi air. Cara ini agak leceh, jika terlalu lama rebus, kulit telur mudah pecah, air panas menggelegak dan mudah tumpah, atau jika terlupa dan tutup api periuk pun boleh hitam bila air kering. Kini tak perlu susah-susah lagi, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Su Ha ini. Ia menjadikan kerja merebus telur jadi lebih mudah.
Berikut perkongsian beliau;
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su try.First time buat menjadi n untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah.Guna cara ni lebih mudah, periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wowww..kuning yang cantik dan memang febret ummi su telur camni & ade sedikit cair yang putih..tapi bukan masak separuh ok.
Bahan-Bahan Rebus Telur:
1 atau 2 helai Tisu Dapur
Periuk Elektrik
Telur
Meh tengok step-stepnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:
1.Ambik 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas or 2 tisu untuk telur rebus biasa.
2.Basahkan tisu tadi dengan air dan letak didalam periuk.
3.Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi.
4.Tekan suis dan tunggu sehingga masak.
5.Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan.Ohsem ke sangat ohsem.

Ps~ Telur ni ummi su nak buat sandwich round ke2.. Anak-anak suka sangat makan sandwich telur.
Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!
Sumber: Su Ha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebaik Disahkan Limfoma, ‘Dia’ Hilang Kerjaya, Rumah, Dihimpit Hutang Keliling Pinggang, Adik Dengarlah..

Isi Kandungan
ToggleKiriman WhatsApp ini benar-benar meruntun hati. Ianya kisah seorang wanita yang telah berpisah dengan suami dan dihimpit ujian yang sebegitu hebat; disahkan alami kanser Limfoma, hilang pekerjaan, rumah malah dibebani hutang.
Benarlah berat sekali ujian yang ditanggung. Adik ini merupakan follower Puan Dzuriasikim Dzulkefli, pengasas K’Hermosa Anti-Aging Skincare. Puan Dzuria juga pernah melalui kisah pilu yang menggemparkan satu negara.
Tanpa rasa kalah, beliau bangkit. Semangat ibu tunggal anak 5 ini tak pernah tergugat. Pernah melalui episod duka dalam rumahtangganya. Ini pesanan yang dititipkan untuk adik yang menghubunginya.
Sudah Putus Harap Kerana Ujian Datang Bertimpa
Ada follower Facebook menulis kepada saya, katanya dirinya sudah putus harap kerana ujian datang bertimpa. Dia kini menjadi janda (saya tidak bertanya kenapa bercerai). Wanita ini tidak mempunyai anak. Malah dia juga sudah tiga bulan tidak bekerja.
Sudah jatuh ditimpa tangga… Dia menghidap sejenis penyakit yang menyukarkannya untuk mendapatkan pekerjaan. Ibu dan ayahnya sudah tiada. Adik beradik ada yang membantu, tetapi setakat manalah sangat …kerana masing-masing pun sudah punya keluarga.
Dia terpaksa menanggung hutang dan segala komitmen kewangannya tidak tertanggung! Besarnya ujian.
Saya amat bersimpati. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Katanya beliau sudah terlalu putus asa, hingga kadang-kadang terfikir untuk melakukan perkara negatif kerana terlalu tertekan.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk menulis kepada saya… (Saya harap adik ini membaca).
Perkongsian ini saya paparkan dengan izin agar dapat dijadikan panduan bersama.
6 Pesanan Buat Adik, Moga Cekal Dan Kuatkan Diri
1. Allah Duga Sesuai Dengan Kemampuan Seseorang
Pertama harus ingat, Allah hanya menduga hamba yang kuat serta mengikut kemampuan mereka sahaja. Untuk itu, adik adalah seorang yang kuat dan dipilih olehNya…
2. Yakinlah Dengan Keajaiban Tahajjud
Kedua selalulah berlapang dada dan berdoa kepada Allah dengan ikhlas. Jika boleh …bangunlah untuk Bertahajud. Korban sedikit waktu tidur.
Mintalah apa sahaja dari Allah. Tetapi usah meminta-minta dari manusia. Yakin lah dengan keajaiban Tahajjud!
3. Ajar Hati Agar Tak Manjakan Diri
Jika susah dapat kerja, usah mengalah. Adik boleh buat kuih atau nasi bungkus atau nasi lemak atau apa sahaja, letak di kedai. Andai tiada kepandaian memasak, ambil upah jaga anak jiran, lipat pakaian di kedai dobi atau di rumah orang.
Jangan manjakan diri. Janji kita tidak mencuri. Tidak ada apa yang perlu dimalukan. Kalau satu kerja hasilnya tidak seberapa, lakukan 2 pekerjaan! Ingat, pendatang yang datang pun boleh hidup berjaya.
Selalu bandingkan diri kita dengan orang yang lebih malang nasibnya. Sekurang-kurangnya Adik masih cukup sifat. Ada tangan dan kaki. Bersyukur….

4. Berbaik Sangka Dengan Perancangan Allah
Usah sedih dengan nasib. Sentiasalah berbaik sangka dengan perancangan Allah. Usahlah kenangkan perkahwinan yang musnah.
Fikirkan bagaimana cara untuk membahagiakan diri. Tidak ada orang lain yang boleh membahagiakan kita, melainkan kita sendiri. Selalu pandang ke hadapan. Never look back!
5. Banyakkan Bersabar
Jangan lakukan apa sahaja perkara negatif yang terlintas. Kelak diri merana. Ingatlah, hidup ini umpama roda. Adik tidak akan berada di bawah selamanya.
Semua orang akan melalui proses yang sama. Bezanya, tidak semua yang akan bercerita kesedihan mereka.
6. Adik Senyumlah.. Di Luar Sana Ada Yang Lebih Susah Dari Kita
Adik baru 3 bulan tidak bekerja. Saya pernah tidak mendapat gaji berbulan-bulan lamanya dengan 5 anak yang masih belajar.
Senyumlah. Ketahuilah bahawa ada orang yang hidupnya lebih merana. Kita doakan semoga adik ini tabah.
Sumber/Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Attar Azim terselamat, yatim piatu sekelip mata

‘Tinggal Attar seorang, semua dah tak ada.”
Kata-kata meruntun jiwa itu disuarakan Attar Azim Syukran Jamil, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.

Menurut Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, perasaan sebak itu diluahkan murid Tahun Tiga tersebut sebaik dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan dua adiknya.
Menurutnya, pada mulanya Attar Azim yang cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra tidak percaya dan hanya menganggap kematian ahli keluarganya sebagai gurauan.

“Sehinggalah pagi tadi, pak longnya beritahu sekali lagi. Kenyataan itu membuatnya terdiam, dia hanya memandang ke atas seolah sedang menahan sebak.
“Apabila dia menyebut ‘semua dah tak ada’, itu membuatkan kami bertambah pilu dan sedih,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda Trolak Utara dekat Sungkai di sini pada Ahad, memetik sumber Sinar Harian.
Punca Kemalangan
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama bayi mereka, Lufya Adeena berusia setahun maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi, 6, pula disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Umi Salwa berkata, keadaan kesihatan Attar Azim menunjukkan perkembangan positif dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Katanya, keadaan itu memberi kesempatan kepada anak yatim piatu itu mengiringi jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di sini hari ini.
“Proses mandi dan kafan jenazah diselesaikan di hospital. Insya-ALLAH kesemua jenazah akan tiba di sini (Sungkai) lewat petang ini untuk pengebumian,” katanya.

Dalam pada itu, Umi Salwa berkata, pemergian Syukran Jamil amat dirasai ahli keluarga terutama ibu bapa mereka apatah lagi anak kelapan daripada sembilan beradik itu seorang yang ceria dan suka bergurau.
Katanya, Allahyarham yang berkhidmat sebagai guru Kafa Ar Raudhah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam juga mempunyai hubungan rapat dengan anak saudara dan menjadi antara orang kuat dalam penganjuran hari keluarga.
“Kami adik-beradik memang rapat, setiap tahun ada sahaja acara supaya kami dapat berkumpul dan selalunya memang arwahlah paling teruja.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Januari lepas sewaktu hari pertunangan anak saudara kami. Arwah dan keluarga nampak biasa sahaja dan ceria seperti selalu.
“Arwah ada sediakan hadiah kelahiran anak kepada adik bongsu kami lebih awal, seolah-olah macam tahu dia akan pergi,” katanya.
Jenazah empat beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di sini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sabar Dikutuk & Dikecam, Datin Sri Shahida Pegang Kemas Pendirian Ini

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah menjadi isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini. Hati kena kental dengan kata-kata nista, kutukan dan kecaman tak henti-henti. Lebih-lebih suami sendiri sering menimbulkan pelbagai kontroversi yang ‘menjentik’ hati netizen untuk menulis itu dan ini.
Berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama ayah dan ibu mertua tersayang, Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang kini sedang hamil 5 bulan masih berada di tanah suci, menyelesaikan rukun haji yang berbaki.
Berkongsi pendirian wanita berwajah lembut penuh keibuan ini berdepan dengan segala kutukan dan kecaman di media, cukup positif. Antara ‘azimat’ utama beliau, banyakkan bersabar dan bandingkan dengan pelbagai nikmat yang diberikan Allah berbanding ujian yang dibagi.
Berikut antara luahan yang dikongsikan di laman instagram beliau;
“Alhamdulillah dah selesai melontar maka selesai rukun haji kami.Kalau orang tanya saya macam mana ya saya ni boleh sabar begitu begini orang kutuk dan kecam. Bagi saya apalah sangat Allah uji saya sedikit berbanding banyak nikmat yang banyak Allah bagi. Bila saya stress saya mengeluh saya akan cakap dengan diri kenapa saya nak stress sedangkan betapa banyak nikmat yang Allah bagi.Allah minta saya cuma bersabar,sabar dan sabar.”
“Saya belajar satu perkara saya tak boleh puaskan hati orang lain sebab adat dunia ada orang suka dan ada orang benci.”

Rezeki Ibu Hamil
Sementara itu, rezeki buat Datin Shahida menunaikan ibadah haji ketika kandungan memasuki usia 5 bulan, segala urusannya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.

“Alhamdulillah saya sihat di sini.Rezeki ibu hamil dari segala sudut ibadah dipermudahkan banyak hamba Allah yang memberi laluan syukur kepada Allah SWT memberikan kesihatan yang terbaik buat saya dan baby dalam perut, mudahan terus sihat sehingga pulang dan sehingga melahirkan nanti.
MW: Setuju dengan pendirian dan sikap positif Datin Sri Shahida ini. Biarlah orang nak kata apa, banyakkan bersabar dan anggap ia satu ujian. Banyakkan bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan. Mingguan Wanita mendoakan semoga Datin Sri Shahida dipermudahkan segala urusan ibadah di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur.
Sumber: shahidadherbs
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI