Wanita Ini Kongsi Cara Dia Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas, Hasilnya Rangup, Gebu Dan Menjadi

Share

Perkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven. Sebabnya dengan cara betul bakar biskut raya atas dapur gas ini pun hasrat nak buat bermacam biskut raya boleh jadi kenyataan. Syaratnya.. RAJIN DENGAN TIDAK je.

MW teruja betul tengok cara Puan Irhana Canella hasilkan bermacam-macam biskut raya yang dibakar atas dapur gas rumahnya saja. Bermakna tanpa oven tak jadi halangan untuk mak-mak tak buat biskut raya ya

.

Ini serba sedikit garis panduan yang mak-mak boleh ikut, cara nak bakar biskut atas dapur gas bagi tak hangit. Yang penting hasilnya biskut rangup, cantik, gebu dan menjadi. Malah, pan yang digunakan tak hangit pun.

Cara Wanita Ini Bakar Biskut Raya Atas Dapur Gas

 

Saya guna pan macam ini. Kuali atau periuk pun boleh.

 

1. Mak-mak boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Sediakan pan atau kuali atau periuk bertutup. alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali tu akan buatkan aliran udara sekata dan biskut naik cantik.

2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan tu. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.

Nota : Kalau letak air nanti tak jadi bakar biskut. Dia jadi kukus biskut pulak.

 

Letak pelapik besi macam ini. Baru letak loyang kuih.

 

3. Sebelum mulakan kerja-kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian, barulah letakkan dulang untuk bakar biskut.

4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

 

Ejas api paling kecil

 

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat cip dalam 20 ke 25 minit.

6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.

7. Puan Irhana pernah cuba kaedah ini untuk bakar kek, dia ambil masa satu jam untuk bagi kek masak sepenuhnya.

8. Dengan kaedah ini, Puan Irhana berjaya membuat 3 jenis biskut serentak.

Resepi Biskut Raya Tart 3 Bahan

 

 

Ini Resepi Biskut Arab

 

 

Resepi Biskut Chocolate Chip

 

 

Sumber/Foto : Irhana Carnella

Published by
Netty Ah Hiyer