Wanita Ini Kongsi Cara Buat Tempe, Mudah & Gerenti Jadi!

Share

Biasa kita hanya makan dan tidak tahu cara buat tempe. Terfikir-fikir macam mana proses untuk membuatnya. Susah atau senang? Memikirkan tak tahu caranya, senang cerita beli saja, sebab harganya tidaklah mahal untuk sepaket.

Tidak semua pandai makan tempe, apatah lagi cara buat tempe. Mungkin orang keturunan Jawa atau Indonesia begitu sinonim dengan tempe ini.

Walau bagaimanapun, sekarang ini bukan hanya orang jawa saja yang ‘pandai’ makan tapi boleh dikatakan semua orang suka, lebih-lebih lagi bila dibuat sambal tempe. Tak perlu lauk lain, cukup dengan campuran ikan bilis dah bertambah-tambah nasinya.

Dikatakan bukan saja banyak khasiat, tapi cara buat tempe juga tidaklah susah seperti yang disangka itu. Hanya menggunakan kacang soya dan disimpan di tempat gelap sahaja. Nak tahu lebih lanjut cara nak buat, Norlaila Dlaila ada berkongsi tentang caranya.

Baca artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!

Cara Buat Sendiri Jus Aloe Vera Di Rumah. Didihkan 5 Minit, SIAP

Info Lebih Menarik DI SINI

Cara Buat Tempe, Simpan Semalaman

1. Mula-mula rendam kacang soya selama 5 jam.

2. Lepas itu rebus kacang selama 25 minit. Tutup api dan biar kan kacang soya itu terendam semalam dalam air rebusan itu.

3. Buang air rebusan itu, basuh kacang soya sambil ramaskan untuk buang kulitnya. Pastikan dibilas beberapa kali supaya kulitnya habis semua tercabut.

4. Rebus lagi kacang soya itu selama 25 minit.

5. Toskan air nya. Selepas itu, kacang soya dikeringkan sehingga betul-betul kering.

6. Apabila sudah kering, gaulkan kacang soya dengan ragi.

7. Selepas itu, masukkan dalam plastik dan ‘seal’ kan. Pastikan plastik yang mengisi kacang soya tadi dicucuk dengan menggunakan lidi untuk memberi ruang udara dan pemprosesannya.

8. Simpan tempe di tempat gelap semalaman.

9. Elakkan daripada tindan plastik kacang soya itu. Boleh tutup dengan suratkhabar atau kain.

10. Dah jadi, nanti bolehlah buat sambal tempe meletop.

MW: Inilah cara mudah nak buat tempe. Boleh buat sendiri kat rumah.

Sumber: Norlaila Dlaila

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora