Seronoknya bila melihat pokok-pokok yang ditanam di rumah tumbuh merimbun dan subur-subur belaka. Tapi, ia boleh jadi sebaiknya kalau tidak kena dengan cara kita menjaganya. Kadang-kadang baja saja tidak mencukupi dan perlu ada air semburan tanaman untuk memastikan ia hidup subur tiada serangan serangga.
Sebenarnya, untuk membuat ari semburan tanaman ini tidaklah rumit. Kebanyakan bahan yang digunakan hanyalah bahan dapur yang mak-mak selalu guna. Contohnya, kulit bawang, air basuhan beras, kulit telur dan sebagainya.
Perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini cukup menarik kerana dia sendiri menyediakan air semburan tanaman pokok-pokok yang ditanamnya. Tiada lagi serangan serangga, malah pokok pun hidup subur.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tanam Pokok Cili Cara PANGKAS, Tak Perlu Semai, Mudah Dan Cepat Tumbuh
‘Tangan Panas’ Bukan Punca Tanaman Tak Menjadi, Cuba Bahan Dapur Ini Suburkan Pokok
Info Lebih Menarik DI SINI
Biasanya diy air semburan serangga ini saya buat bila ada masa terluang.
Buat banyak-banyak dan simpan pada suhu bilik. Gunakan untuk sembur pada waktu petang atau pagi. Cuma spray sahaja. Paling penting, kalau sayang pokok, jangan lupa untuk spray
Hasilnya memang berbaloi dan pokok pun sihat serta tak adalah diserang serangga.
Caranya:
1. Inilah jenis-jenis air semburan tanaman yang dibuat sendiri.
2. Ini adalah air rebusan bunga cengkih. Bunga cengkih buang, ambil airnya sahaja. Spray pada daun.
a) Rebus bunga cengkih dengan 6 gelas air biasa sehingga betul-betul mendidih.Guna api sederhana.
b) Setelah itu, sediakan satu bekas dan sejukkan selama lebih kurang 6-7 jam. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam botol spray. Jgn tambah air biasa.
Air rebusan bunga cengkih sedia untuk digunakan. Spray pada permukaan daun yang abermasalah atau keseluruhan daun. Jangan sesekali terkena pada tanah. Seeloknya spray pada sebelah petang. Cuaca panas jangan sesekali spray dan spray seminggu dua kali sahaja. Contohnya: Isnin dan Khamis.
3. Ini air kunyit serbuk + cili padi + bawang kecil. Peram selama sehari. Sedia untuk digunakan. Seeloknya spray pada waktu cuaca sejuk dan redup. Ulat dan belalang tak akan datang.
4. Air peraman basuhan beras. Lebih kepada baja yang mmbekalkan karbohidrat pada tanaman. Siram pada pokok selang 3 hari. Campur air biasa 1 liter.
5. Ini pula pun air basuhan beras juga. Sama seperti di atas.
6. Sementara itu, ini cuka kayu yang telah saya campurkan dengan air biasa. 2ml + 1.5 liter air biasa. Spray sebelah petang.
MW: Air semburan ini rasanya tahan lama, bolehlah simpan buat stok. Kalau sayang pokok, kenalah cuba buat supaya tak ada serangga yang datang menyerang.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita –