Wanita Ini Kongsi 7 Tip Simpan Sayur Agar Kekal Segar & Tahan Lebih Lama Daripada Biasa!

Share

Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.

Perkongsian tip daripada Puan Azlin Safena Azihar ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak-banyak dan jarang ke pasar.

Ini antara tipnya:

Tip Asas

Langkah 1 : Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.

Kalau sayur kangkung atau bayam, boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.

Tapi macam kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.

Langkah 2 : Campurkan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.

tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.

Langkah 3 : Kemudian, toskan sayur sehingga kering.

Langkah 4 : Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.

In sha allah lepas seminggu sayur masih segar macam baru beli.

 

1.Cara Simpan Lengkuas & Serai

Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.

2.Cara Simpan Daun Sup

Untuk daun sup, akak simpan dalam botol air je tapi kalau uols tak ada boleh guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Cara akak simpan daun sup ni, In sha allah boleh bertahan sampai sebulan.

3.Cara Simpan Tomato

Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.

4.Cara Simpan Bawang

Jangan simpan bawang bersama kentang, pasal ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.

5.Cara Simpan Kentang

Tahu tak, kentang tak elok kena matahari directly sebab dia cepat rosak. So cara untuk simpan kentang, kita boleh simpan dekat tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau.

Tak percaya? Gi cuba okay.

6.Cara Simpan Cili Merah & Cili Hijau

Sebelum kak feena simpan Cili Merah dan Cili Hijau ni dalam peti ais, kak feena akan cabut tangkai dia dulu. Sebab tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. So, lepas patahkan tangkai, kak feena akan wrapkan dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama. Kalau kak feena nak guna Cili, Kak feena akan ambil beberapa batang je, yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.

Semoga bermanfaat & selamat Mencuba!

Sumber: Azlin Safena Azihar

Published by
Suhaidah Abd Wahab