Sesekali, nak juga kemas dapur bagi cantik. Walau tak guna bajet yang banyak, kebanyakan mak-mak memang suka dengan idea menarik yang dikongsikan oleh Doktor Hani Mynis ini. Orang kata, buat terapi mata sebelum memasak!
Tambah pula, barang-barang yang digunakan untuk mengemas sangat murah tetapi menarik. Nah, untuk ‘godek’ dapur anda di hujung minggu nanti, jemput cuci mata barang-barang apa yang diperlukan dulu.
10 barang penstoran dapur wajib beli di Eco!
Ramai yang tanya hani macam mana nak jadikan dapur lebih kemas, sistematik dan tersusun (organised) dan setiap kali soalan ini ditanya jawapan hani satu shj : PENSTORAN! Hehe
Penstoran sangat penting untuk sesuatu ruang lebih tersusun, tak kiralah ruang rumah yang mana satu. Macam biasa yang selalu hani cakap
“Setiap benda mesti ada rumahnya!”
Dan bila ditanya kat mana nak beli barang-barang penstoran ni, mestilah Eco!
Kat dapur hani boleh dikatakan 80% bekas penstoran datangnya dari Eco, dan walaupun harganya Rm2.10, kalau pandai pilih bekas yang bersesuaian mesti akan dapat maksimumkan ruang penstoran kat dapur.
Seperti dijanjikan, Hani kongsikan 10 idea penstoran dapur hani yang datangnya dari kedai Eco.
#1 Bakul
Bakul ialah barang penstoran kegemaran hani yang pertama. Hani suka gunakan bakul dalam satu-satu ruang (rak atau laci) untuk cipta beberapa ruang.
Tips hani untuk beli bakul.
Hani lagi suka bakul bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bakul yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
Pilih sama ada bakul bertutup atau tidak mengikut keadaan ruang dan barang yang diisi dalam bakul.
Bonus kalau dapat pilih saiz bakul yang ngam-ngam muat dalam ruang tu. Hani pernah kongsi tutorial macam mana nak beli bekas yang ngam muat-muat dalam satu ruang tu sebelum ni.
Hani gunakan bakul untuk “pecahkan” satu ruang yang besar (seperti laci) kepada bahagian yang lebih kecil. Kiranya wujudkan laci dalam laci gitu. Supaya barang-barang dalam laci lebih tersusun dan berada di”rumahnya”. Wajib label!
Hani gunakan bakul untuk simpan baking tools dan botol-botol air.
Ads
Pilihan bakul di eco.
#2 Bekas tipuware
Barang penstoran kedua yang bagi hani pelbagai-guna ialah bekas-bekas tipuware. Kalau masuk eco, memang rambang mata hani tengok bekas tipuware yang pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Sama macam bakul, ni tips hani masa nak beli bekas tipuware.
Hani lagi suka bekas bertapak segi empat dari bulat. Lebih menjimatkan ruang dan cantik dari segi visual.
Untuk sesuatu ruang, pilih bekas yang sama bentuk, jenis dan warna supaya lebih seragam.
Pilih bekas yang boleh ditindih (stackable) untuk menjimatkan ruang.
Tetapkan tema warna dapur supaya senang nak beli bekas-bekas tipuware di eco.
Bekas yang boleh ditindin menjimatkan ruang sebab kita memaksimumkan penggunaan ruang dengan cara menggunakan ruang vertikal.
Pilih bekas yang boleh ditindan dan sesuai dengan saiz ruang. Pastikan setiap bekas dilabel untuk memudahkan mencari barang.
Ads
Bekas bekal makanan yang ada pembahagi macam ni hani rasa sempurna untuk letak sabun dan span basuh pinggan. Buat lubang kat tapak bekas utk elakkan bekas bertakung kalau perlu. Bonus sbb bekas ni bertutup, malam-malam lepas siap kemas dapur hani akan tutup bekas ni.
Pilihan bekas di eco yang warna warni.
Hani gunakan bekas eco untuk penyimpanan sayur.
Dan protein.
#3 botol rempah kaca
Botol rempah kaca ni bagi hani nampak mahal walaupun harga nya rm2. Tambah-tambah dengan label. Tapi bahagian besi kat penutup nya cepat berkarat kalau tak betul cara penjagaannya.
Hani dah guna setahun tapi so far masih ok tak berkarat. Ni tips utk elakkan penutup bekas ni berkarat
Bila lap dengan kain lembap (semasa nak bersihkan) wajib lap semula dengan kain kering. Jgn biarkan dia kering sendiri
Ads
Jangan letak kat tempat lembap.
Bekas ni pun ada dua bentuk. Satu bertapak segi empat dan satu bertapak bulat.
#4 bekas kedap udara
Hani guna bekas ni utk simpan pes2 yang hani buat setiap hujung minggu. Bekas kedap udara ni buatkan pes lebih tahan lama. Hani guna untuk pes bawang putih dan bawang putih + halia utk pes ni bertahan dua tiga minggu.
Rasa sangat berbaloi dengan harga rm2 dia.
#5 rak pengetus pinggan
Hani simpan pinggan utk tetamu dalam ni supaya bila tetamu datang hani angkut dengan rak ni sekali g basuh dan susun semula kat dalam rak ni.
Pilihan rak pengetus pinggan kat eco.
#6 rak kecil
Rak kecil ni hani rasa sempurna untuk tambah ruang penstoran kat sesuatu ruang. Macam hani letak kat atas sinki ni utk hani letakkan botol sabun dan aksesori sinki. Bahagian bawah hani letak bekas bekal makanan yg hani letak sabun dan span basuh pinggan
Bonus sebab bahagian besi nya diperbuat dr stainless steel. So takkan berkarat.
Kakinya boleh dilipatkan so jimat ruang bila tak digunakan.
#7 jaring besi, s hook dan command hook
Hani gunakan untuk sangkut penapis-penapis hani.
#8 magazine holder
Hani gunakan untuk simpan aluminium foil, cling wrap dan ziplock hani. Hani tampal kat pintu tuk maksimumkan penggunaan ruang kat dapur hani. Magazine holder ni hani beli kat ikea tapi baru-baru ni hani nampak kat eco pun dah jual.
Magazine /book holder kat eco. Boleh balut dengan wallpaper kalau nak custom kan ssesuai dengan dekor dapur.
#9 pants hanger
Hani gunakan pants hanger untuk sangkut plastik sampah yang jenis gulung. Supaya senang nak ambil. Dan juga untuk jemur kain lap yang lembap.
#10 bakul magazine holder
Untuk hani susun botol-botol kegunaan pembersihan dan pencucian.
Semoga mendapat idea dan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap insan pastinya mendambakan keselesaan tatkala pulang ke rumah. Begitu juga dengan personaliti yang juga pemilik kediaman yang bernama Nur Izzati Misran dan suami.
Selepas bertahun-tahun menginap di rumah sewa, akhirnya pasangan ini berjaya menduduki rumah sendiri. Tatkala inilah semua angan-angan untuk menghias rumah direalisasikan.
Nur Izati bersama suami dan anak-anak
Pilih Dekorasi Konsep Minimalis
“Saya berasa bersyukur akhirnya impian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya termakbul. Kami baru beberapa bulan mendiami rumah ini setelah bertahun-tahun menyewa dan merantau di negeri Di Bawah Bayu. Perasaan gembira memang tak terkata sebab sebelum ini agak risau nak mengubah dan menghias lebih-lebih lagi bukan milik sendiri.
“Sebenarnya kami tidak menetapkan tema yang spesifik. Kebanyakan ruang kami ambil kira konsep ringkas, minimalis dan mudah dibersihkan. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu Puan Nur Nazihah dari NZ Design untuk menghasilkan rekaan yang sesuai berdasarkan pilihan kami. Konsep yang kami pilih juga agak ringkas bagi memudahkan kami mengekalkan penjagaan dan kebersihan. Bagi kami, mengekalkan sesuatu yang cantik itu lebih mencaba,” ungkap Nur Izzati mulai bicara.
Ubahsuai Ikut Bajet
Bagi mendapatkan keselesaan Nur Izzati dan suami melakukan pengubahsuaian sebelum menduduki kediaman baru mereka.
“Bagi ubahsuai sebuah rumah mengambil masa dalam sebulan. Ini kerana kerja-kerja pendawaian yang banyak perlu dilakukan terlebih dahulu atas sebab faktor pemaju tidak nenyediakan punca elektrik di rumah kami. Kemudian pembuatan kabinet yang ditempah mengambil masa selama dua minggu barulah syarikat dekorasi dalaman NZ design mulakan kerja-kerja tata rias mereka. Untuk dekorasi dalaman hanya mengambil masa dua hari bagi keseluruhan ruang seperti ruang tamu, ruang keluarga, ruang makan, bilik tidur utama dan bilik anak perempuan kami.
“Bagi ruang tami, kami bahagikan ruang tamu kepada dua iaitu ruangan tetamu dan ruangan keluarga. Ruangan tetamu diletakkan kerusi yang banyak sedikit bagi meraikan tetamu yang hadir. Hiasan dinding seperti bingkai khat dijadikan sebagai penyeri ruangan tamu kami dengan diletakkan bersama lampu sorot berwarna kuning sama ada dari atas mahupun bawah.
“Pencahayaan yang tepat mampu membuatkan dinding utama, selalunya di ruang tamu lebih menarik. Pertambahan aksesori dinding lain seperti cermin sememangnya sinonim dan penting dalam hiasan dalaman kerana ia bukan saja memberi sentuhan elegan tetapi menyerlahkan lagi keluasan rumah secara ilusi.
Tidak Letak Perabot Banyak, Anak Masih Kecil
“Selain itu, ruangan keluarga di tengah adalah ruangan aktiviti kami sekeluarga sama ada menonton televisyen mahupun meluangkan waktu lapang. Jadi kami tidak meletakkan banyak perabot hanya sekadar sebuah sofa yang boleh dialihkan memandangkan anak kami yang masih kecil dan masih lasak memerlukan ruang yang luas untuk bergerak dan bermain.
“Bagi ruang makan pula, kami gunakan meja makan enam kerusi dengan hiasan yang ringkas. Ruang meja makan diletakkan berdekatan dengan dapur untuk memudahkan keluarga kami menjamu selera. Meja itu digunakan untuk makan malam sahaja. Untuk sarapan dan makan ringan kebiasaanya kami gunakan meja kopi di dapur. Ruangan ini diserikan lagi dengan penggunaan pokok hiasan berdaun hijau yang diletakkan di hujung sudut ruang dan hiasan dinding yang menarik
“Ruangan dapur dekorasinya lebih ringkas. Memandangkan suami saya gemar memasak, jadi segala rekaan kabinet dan susun atur ditentukan sendiri oleh suami saya supaya mudah pergerakannya ketika memasak.
“Bilik tidur utama pula kami terapkan susun atur bertemakan seperti di hotel. Tambahan pula meja solek berlampu yang sememangnya menjadi idaman saya. Perasaannya seperti berbulan madu semula.
“Bilik tidur anak pula, disebabkan anak masih kecil, kami mengambil keputusan tidak lagi menyediakan meja belajar tetapi digantikan dengan sudut bacaan. Sudut permainan pula kami pindahkan ke bilik lain yang lebih besar. Tujuannya supaya bilik akan sentiasa nampak kemas dan selesa,” kata Nur Izzati yang merasakan ‘Feature Wall’ dan meja solek paling menarik perhatian dalam ruang rumahnya. Bagi suaminya pula sudah semestinya ruangan dapur dan bilik kerja suami.
Idea Bersama
Ditanya tentang idea untuk mendekorasi kediaman, Nur Izzati menerangkan, mereka suami isteri bergabung dalam merealisasikan idea yang terbaik.
“Kabiasaannya kami akan bincangkan sesuatu idea sebelum direalisasikan. Saya lebih kepada susun atur perabot dan tanaman hiasan manakala suami saya pula lebih kepada teknikal seperti pendawaian dan barangan elektrik,” jelasnya.
Nur Izzati juga menerangkan apabila melihat susun atur rumah kemas dan memenuhi citarasa dia berasa tenang.
“Semestinya menenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi apabila pulang dari kerja yang memenatkan, jadi segar semula apabila melihat hiasan rumah yang sejuk mata memandang. Ada juga yang pelik kami sanggup berhabis wang untuk menghias rumah. Namun bagi saya, biarlah alah membeli menang memakai.
“Untuk konsep dekorasi idaman ini, pemihan perabot banyak ditempah khas menggunakan elemen kayu dari gedung perabot terkenal di ibu kota iaitu more design asia, kemudian diserikan dengan elemen aksesori lain dari Ikea, SSF, Couch Design dan sebagainya. Ini kerana banyak pilihan yang menarik boleh didapati di sana,” jawabnya.
Kemas Rumah Pada Hujung Minggu
Setiap kali hujung minggu Nur Izzati akan memperuntukkan masa mengemas rumah bersama suami.
“Kami akan peruntukkan hari minggu untuk mengemas keseluruhan rumah. Rutin yang selalu ditekankan adalah vakum dan mengemop lantai setiap minggu. Anak-anak masih kecil, jadi kena sentiasa pastikan lantai bersih dari sebarang kotoran dan benda-benda kecil,” akhirnya.
Suatu ketika dahulu, mungkin mak, ayah hanya dapat melihat rumah besar dan berduit sahaja mampu memasang perincian “wainscotting” kerana rata-rata menggunakan material kayu yang agak mahal harganya.
Tetapi sekarang banyak pilihan material wainscoting antaranya pvc dan harganya jauh lebih murah jika mak,ayah ingin memasang perincian “wainscoting” di dinding rumah masing-masing.
Sudahlah murah, “wainscoting” menggunakan pvc ini lebih mudah dipasang. Bagi mak ayah yang ingin mengisi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah mula menghias atau mendekorasi untuk hari raya nanti dengan menggunakan wainscoting pvc.
Ikuti perkongsian Puan Syarul Nadia Hamdan ini:
Saja Mengisi Masa Ketika PKP
Sebenarnya, setelah saya mencuba sendiri hias dinding menggunakan wainscoting PVC, saya ada berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas make over di facebook. Tak sangka ramai juga kawan-kawan berminat dan ingin mencubanya.
Selepas siap dipasang wainscoting pvc. Cantik bukan?
Pada mulanya, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agak panjang, jadi saya dan suami terfikir untuk menghias dinding rumah. Seperti orang lain, kami pernah cuba mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman untuk memasang “wainscotting”.
Khidmat Pereka Dalaman Mahal Terfikir Cuba Sendiri
Tetapi harganya agak mahal serta mencecah ribuan ringgit walaupun hanya satu dinding kosong tidak termasuk cat. Setelah ada orang lain mencuba memasang sendiri wainscotting PVC dan cantik, saya dan suami terfikir untuk mencubanya sendiri.
Bayangkan kos yang kami keluarkan tidak sampai RM 300. Memang jimat. Selain murah harganya, kami juga dapat mengisi lapang dan membuat persiapan dekorasi untuk sambutan hari raya tidak lama lagi.
Maklumlah mungkin kita akan beraya di rumah sahaja kerana virus Covid-19, jadi apa salahnya kita menghias rumah untuk membangkitkan suasana raya. Untuk pengetahuan semua barang atau bahan yang digunakan dibeli secara online tanpa perlu ke kedai.
Bahan-bahan:
Silicone + white silicone Pembaris Cutter Masking tape Grinder mata potong @ gergaji Wall putty filler Wainscotting (pvc) Penimbang air Wall paper (sticker)
Langkah-langkah:
1. Kenal pasti dinding dan ukur lebar untuk memudahkan proses membuat design wainscoting yang dikehendaki.
2. Ukur wainscoting pvc mengikut panjang yang dikehendaki dan buat garisan sudut di bahagian hujungnya.
3. Potong menggunakan grinder mengikut garisan sudut yg telah dibuat.
4. Letakkan white silicone pada wainscoting pvc dan tampalkan pada dinding.
5. Gunakan penimbang air untuk memastikan wainscotting betul-betul sama aras.
6. Lekatkan masking tape supaya lebih kukuh. Masking tape ditanggalkan selepas silicon benar-benar kering (biarkan semalaman).
7. Tampal wall paper di bahagian dalam petak wainscoting dan sapu rata supaya kemas.
8. Menggunakan instant putty filler untuk menutup ruang antara cantuman wainscoting.
**Pesanan** Kerja mesti dilakukan dengan cermat dan kemas supaya tidak memerlukan dinding dicat semula. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu mengeluarkan bajet untuk mengecat lagi.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak, ayah mendekorasi rumah. Paling penting kita dapat berjimat apatah lagi di waktu-waktu kecemasan seperti sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Mayat seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma ditemui di Sungai Kandis, Shah Alam, pada Jumaat pagi.