
Beberapa hari ini, viral resepi bihun goreng udang kering 12 sudu gula. Pemilik resepi maklumkan, ianya resepi warisan daripada arwah Tok nek nya.
Ramai dah cuba dan akui akan keenakannya. Namun, ada juga yang gagal mendapatkan rasa sedap sebagaimana yang digambarkan oleh mereka yang berjaya.
Sesetengahnya mempersoalkan penggunaan 12 sudu teh gula yang terdapat dalam resepi. Adakah ianya sudu teh atau sudu KFC, iaitu sudu bersaiz kecil yang biasa diperoleh jika membeli ‘fast food’ berkenaan.
Wanita ini, Nieza Nor Hamnira memudahkan anda membuat perbezaan yang ketara antara dua jenis sudu yang dimaksudkan. Terutama jumlah berat gula.
Berat Gula Antara 12 Sudu Teh Dan KFC
Ini beza berat gula di antara 12 sudu teh dan 12 sudu kfc.
- 25gm ke 28gm (sudu kfc) = 2 sudu besar rata
- 40gm ke 43gm (sudu teh) = 2 3/4 sudu besar rata
Kalau termasukkan 12 sudu besar, takyah citer lah kan. Itu dah isu lain dah.
Nota :
Raikan persamaan, hormati perbezaan.
Baginya caranya, bagimu caramu.
Haaa gitu.
Ini resepi bihun goreng udang kering yang dimaksudkan : Bihun goreng udang kering 12 sudu gula VIRAL, resipi arwah Tok Nek
Mingguan Wanita : Sebaiknya, masa hendak memasak ikutlah resepinya betul-betul. InsyaAllah, dapat rasa yang sedap.
Sumber/Foto : Nieza Nor Hamnira

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Tahun 3 Majalah, Duit Pun Tak Dapat Beli Pengalaman Wanita Ini

Pejam celik sudah hampir 13 tahun saya menjadi seorang wartawan. Dari bulan Mei 2005 sehinggalah sekarang, Alhamdullilah rezeki masih di Karangkraf. Bermula dengan menjadi wartawan untuk majalah kanak-kanak Bintang Kecil dengan tagline ‘Untuk Kita-kita Je’ menjadi titik mula saya terlibat secara serius dalam bidang kewartawanan.
Tujuh tahun menjadi wartawan di Majalah Bintang Kecil, iaitu majalah untuk kanak-kanak perempuan berumur 7-12 tahun, saya dan team banyak bergaul dengan ibu-ibu dan ‘gegurl’ yang sedang meningkat dewasa. Konsep majalah ni pun santai-santai sahaja, tentang lifestyle Anak gadis di usia tersebut, pembesaran mereka dan sebagainya. Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan bagi saya. Sering membuat event-event seperti G2G Party, 9 To 5 dan banyak lagi. Semuanya ‘Untuk Kita-kita Je’.
Selepas tujuh tahun saya rasa nak ubah angin kebetulan ada kekosongan tempat di majalah Pa&Ma. Syukur saya diberi peluang mencuba perkara yang baru. Dari majalah Kanak-kanak saya ke Majalah keibubapaan pula. Kali ini lain pula genrenya. Kalau dulu penulisannya agak santai kerana targetnya untuk gadis-gadis muda di sekolah rendah, kali ini lebih serius kerana bermain dengak fakta.
Banyak saya belajar dengan majalah ini, info-info dari mengandung Sampailah untuk anak berumur 6 tahun, info tentang ilmu parenting boleh didapati dalam majalah Pa&Ma. Kali ini pendekatannya lain pula, saya perlu menemubual doktor-doktor pakar sakit puan, doktor pakar kanak-kanak, pakar pemakanan, bidan dan banyak lagi.
Selain itu, Pa&Ma juga aktif dengan event-event. Kalau ada sahaja ekspo baby, adalah kami kat situ. Orang lain jual barang baby kami jual majalah dan buat stage event. Time ni pun seronok juga, sambil bekerja saya dan team dapat berjumpa ramai orang, mak ayah yang bawa anak-anak mereka join pertandingan, ibu-ibu hamil, parents yang muda-muda dan ramai lagi. Kalau time event macam-macam gelagat mak-mak yang datang bawa anak mereka yang comel-comel. Penat pun hilang bila dapat tengok si kecil yang comel datang join event kami.
Lima tahun dekat Pa&Ma, tahun 2017 saya ditugaskan pula ke majalah Wanita no 1 di Malaysia, iaitu Majalah Mingguan Wanita. Daripada majalah bulanan saya perlu buat mingguan, memang agak mencabar untuk saya pada mulanya, tapi saya positifkan diri cuba buat yang terbaik. Orang kata tak cuba tak tahu kan. Alhamdullilah Sudah masuk tahun kedua saya di majalah ini. Cara penulisan di majalah ini juga berbeza dari yang sebelumnya. Mungkin ada sedikit persamaan dari segi info tentang Wanita hamil, tapi kandungan untuk majalah MW lebih kepada penceritaan tentang kisah masyarakat, gaya hidup wanita-wanita hebat seperti ‘businesswoman’, Ibu tunggal yang berjaya, VIP dan banyak lagi.
Bila di MW juga saya banyak belajar benda baru, banyak dapat peluang menemubual dan berkenalan dengan orang hebat. Pendek kata orang yang Penuh dengan inspirasi untuk berjaya. Itu satu pengalaman yang tak dapat saya beli dengan wang ringgit. Priceless!

Apa yang saya sedar bila ditukarkan ke majalah MW, saya rasa penulisan saya ada perubahannya, semakin bernyawa dari sebelum ini. Mungkin bermain dengan emosi dan perasaan orang yang pernah saya temubual menjadikan penulisan saya lebih kreatif dari yang sebelumnya. Setiap perubahan dan perpindahan majalah yang saya lalui memang mematangkan saya bukan baik dari segi emosi dan juga penulisan.
Saya percaya setiap kerjaya ada cabaran yang tersendiri, begitu juga dengan wartawan. Tapi alah bisa tegal biasa, lama-kelamaan cabaran itu jadi satu peluang untuk kita belajar perkara baru. Saya sendiri tak sangka akan jadi wartawan, tak pernah terlintas sekalipun untuk bergelar wartawan masa kecil dulu, tapi kini saya dah 13 tahun berada dalam bidang ini.
Pada 11 April baru-baru ini, PM Dato’ Seri Najib Tun Razak umumkan Hari Wartawan Nasional yang akan disambut pada 29 Mei setiap tahun. Jadi saya rasa saya patut bangga sebab sekarang dah ada Hari wartawan Nasional yang akan disambut setiap tahun. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan kepada semua rakan-rakan wartawan yang ada di Malaysia. Semoga kita terus menyampaikan berita yang baik untuk semua!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Dibuang Hampas Kopi, Nak Kulit Lembut Jadikan Skrub Muka 3 Kali Seminggu

Hampas kopi, kalau mak-mak tahu kegunaannya tentulah tidak akan buang begitu saja. Jangan membazir sebab ada banyak manfaat bila kita gunakan.
Bukan setakat untuk tanaman, tapi hampas kopi ini boleh membantu untuk dapatkan kulit yang licin dan lembut. Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin tentang kegunaan yang pelbagai.
Baca Artikel Menarik lain Di Sini: Lepas Masak, HAMPAS KELAPA Jangan Buang TONYOH Badan Untuk Lembapkan Kulit, Atasi Tumit Pecah
Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Lagi Lama Dalam Peti Lagi Sedap!
Hampas Kopi, Banyak Kegunaan & Manfaat
Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.
Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum di rumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.
Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.
Antara kegunaan hampas kopi.
1. Taburkan pada pokok tanaman supaya menjadi baja organik. Sebaiknya tunggu beberapa hari sebelum tabur sebab hampas kopi masih panas. Tunggu sejuk betul dulu ya.
Jangan ditabur pada anak pokok yang masih kecil atau yang baru nak hidup. Tak sesuai.
2. Boleh taburkan juga pada rumput keliling rumah sebagai baja dan siput vavi cukup benci hampas kopi ni. Selamatlah tanaman kita dari makhluk perosak.
3. Selain tu boleh campurkan dengan bahan buangan dari dapur untuk kompos. Sayur lebihan + hampas kopi + sedikit tanah dan tutup bekasnya.
Selepas beberapa hari ia akan jadi organik top soil! Yang bertukar jadi tanah hitam yang sangatlah menyuburkan pokok.
4. Semut, lipas dan segala yang merayap juga tak suka aroma kopi. Jadi tabur atau letak di keliling rumah dan tukar setiap 2 minggu.
5. Jadikan sebagai aroma bilik tidur. Wangi bilik okey. Ia juga boleh bertindak sebagai deodorize kalau bilik bau kepam tu. Boleh juga letak dalam kereta. Sungguh fresh bau nya.
Elakkan letak pewangi dalam bilik contohnya fragrance oil. Tu semua sintetik dan tak menyihatkan pun. Bayangkan kita dan anak-anak menyedut bauan sintetik setiap hari?
6. Hampas kopi + gula + minyak zaitun/minyak kelapa. Jadikan skrub!
7. Lumur pada kulit dan ia akan bertindak sebagai exfoliator. Gosoklah pada segala celahan dan bahagian yang kau rasakan suram itu. Nanti lepas bilas dengan air biasa gerenti kulit kita rasa lembut dan smooth aje.

8. Hampas kopi sebagai skrub muka. Jangan digonyoh kasar pulak sebab kulit muka kita ni lembut dan nipis. Sapu lite-lite aje. Buat lah 3 kali seminggu sebagai reward self care.
.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Banyak kegunaannya. Lepas ni jangan buang, buatlah yang mana mak-mak suka seperti dalam perkongsian ini.
Sumber: Suhaili Baharudin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesaikan Hutang RM20K Dalam Tempoh Dua Bulan. 3 Tip Ini Betul-Betul Membantu

Isi Kandungan
ToggleHutang wajib di bayar walaupun tidak dituntut. Itulah yang sering kita dengar kan. Walaupun hutang hanya RM1, wajib bayar dan jangan nak memperlekehkan dan ia perkara biasa sahaja.
Boleh dikatakan, hidup kita ini banyak hutang. Hutang rumah dan kereta adalah yang paling utama. Ini belum termasuk hutang-hutang lain. Pening memikirkan pasal hutang nie. Beruntungnya kalau hidup tak ada hutang. Senang hati.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Bebas Hutang Solat Jangan Tinggal, Berdoalah Namun Usahlah Berkira ‘Untung’ Setelah Berdoa
Wanita Ini Dapat Langsai 3 Hutang Belajar, Walau Gaji Tak Sampai RM1500
Info Lebih Menarik DI SINI
Habiskan Hutang 2 Bulan
Perkongsian daripada Eyfa Amir mungkin boleh membantu mak-mak dan keluarga di luar sana untuk bebas hutang. Terpaksalah korbankan apa yang tidak penting demi untuk melunaskan hutang yang ada.
3 Tip
Disclaimer: Ni adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil ATAU takde bisnes besar DAN jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tip mudah ni kat anda semua:

1. Tuliskan semua hutang
a) Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki
b) Pilih hutang mana nak setel dulu
c) Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut setel dulu
d) Fokus untuk setelkan satu hutang dulu
2. Kurangkan belanja
a) Stop beli tudung baru
b) Stop beli baju baru
c) Stop beli kasut baru
d) Stop/kurangkan makan luar
e) Stop merokok kalau anda perokok
f) Stop scroll shoppee, lazada dan lain-lain
g) Kawal belanja sedia ada
3. Tambah pendapatan
a) Ramai stuck dekat sini sebenarnya
b) Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya
c) Ada 5 kaedah untuk tambah pendapatan
d) Setiap kaedah ada prosesnya
e) Kalau betul cara insyaallah boleh dapat lebih 10k
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
MW: Tip nombor 2 tu betul sangat. Moga ia bermanfaat untuk semua. Bolehlah cuba nanti.
Sumber: Eyfa Emir
Jom bebas hutang sama-sama
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI