Hebatnya wanita ini mengurus gaji bulanan yang diterima. Matlamat utama, setiap kali mendapat gaji adalah menyelesaikan hutang. Dan salah satunya hutang belajar.
Seperti yang dikongsikan dengan Mingguan Wanita, Asyrafiah Sabriini ada 3 hutang belajar; 2 untuk diploma dan 1 untuk degree.
“Untuk diploma saya pinjam PTPTN dan SUK Selangor untuk degree.”
“Saya serius bayar start kerja guru iaitu pada Jun 2016. Hutang PTPTN saya langsaikan pada bulan November 2017, dan hutang SUK Selangor saya settle pada Disember 2018.” ujarnya yang mendirikan rumahtangga pada September 2016.
Asy, Berapa Gaji Kau Sampai Boleh Settle Hutang Study?
Inilah soalan yang selaaaaaalu saya terima. Terus terang saya cakap, gaji saya tak banyak pun. Tak sampai RM1,500.
Tapi kawan-kawan, ketahuilah. Walau RM10k pun gaji bulanan anda, tapi tak pandai urus duit, memang tau-tau duit dah habis.
PENTINGNYA MONEY MANAGEMENT.
Saya tak pernah lagi mana-mana kursus secara khusus tentang money management. Cuma ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan dengan kawan-kawan tentang money management.
1. DISIPLIN
Disiplin bukan terbentuk sehari dua. Malah ia memakan masa bertahun-tahun untuk dibentuk.
Ads
Simpan dulu, bakinya guna. Atau kalau tak boleh, pastikan semua baki duit kita disimpan.
Kalau kita ni ada masalah kalau nampak duit dalam tabung, rasa panjang je tangan nak ambil, simpanlah dalam tabung yang legap contohnya tong ESP ke, tong Cinch Shake ke.
2. ADA TUJUAN SIMPAN
Ada macam-macam tujuan kita simpan duit. Nak kahwin, nak melancong, nak beli rumah.
Terpulanglah kita nak simpan untuk apa. Duit kita, ye dak?
Tapi, nak simpan untuk apa-apa tujuan sekalipun, jangan lupa portion bayar hutang. Hutang tu wajib dibayar sampai ke akhir nyawa.
3. UTAMAKAN YANG UTAMA
Setiap orang, ada keutamaan masing-masing sebab komitmen kita lain-lain, kan?
Tapi, harus bijak bezakan keutamaan dan nafsu. Barulah duit terurus dengan bijaknya.
Ads
Gittew.
Kesimpulannya, berapa gaji bukanlah isu untuk selesaikan hutang. Kalau gaji kecil tak boleh nak manage, macam mana nak uruskan gaji yang lebih besar. Kan?
Cara Saya Bebas Hutang Belajar, Konsisten Bayar Dari Jun 2016
Saya tak buat potongan gaji, tapi saya disiplinkan setiap bulan saya akan bayar RM150 bermula Jun 2016.
Plus saya buat bisnes Shaklee, jadi hasil biz Shaklee tu saya simpan dan bayar baki PTPTN secara lumpsum.
Tahun-tahun sebelum tu, saya ada bayar tapi tak konsisten sebab belum kerja tetap.
Ads
Hutang SUK Selangor, saya bayar setiap bulan secara konsisten juga start lepas saya kerja guru. Dan bakinya saya bayar lumpsum hasil baki saving duit kerja dan bisnes Shaklee.
Gaji saya RM1350. Tak sampai RM1500
Pokok pangkalnya, semua itu dari disipilin dirimu, bossku.
Pastikan tiap bulan ada duit simpanan. Kalau tak boleh nak disiplin simpan berapa banyak, boleh roger Fikri Hamidun sebab beliau konsultan takaful merangkap simpanan jangka masa panjang.
Kalau nak tau pasal macam mana Asy settle hutang hasil bisnes Shaklee, rogerlah Asy. Memang saya tunjuk dari A to Z.
“Kesiannya sampai mengigil-gigil tangan” begitulah antara komen netizen di Instagram pelakon popular Maya Karin. Pelakon jelita itu alami serangan panik sebelum naik ke pentas Festival Filem Malaysia ke-32 terharu dengan pertolongan Faizal Hussein yang juga rakan penyampainya ketika mengumumkan dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. .
Maya akui walaupun tidak sepatutnya dia memegang Faizal namun dia benar-benar perlukan pertolongan ketika itu.
“Kesiannya Sampai Mengigil-Gigil Tangan”
Seperti mana yang dilaporkan Maya begitu hargai pertolongan Faizal.
“Saya terharu dengan pertolongan Faizal yang sudah mula perasan perubahan saya di atas pentas. Dia juga bantu saya ketika saya melepaskan kasut. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’.
“Walaupun saya tidak sepatutnya memegangnya tapi saya betul-betul perlukan pertolongan ketika itu. Malah dia jaga saya sampai tugas kami selesai.
“Orang lain mungkin tak ambil peduli dan tak faham situasi yang saya alami, tapi dia sangat ambil berat. Sampaikan kasut saya pun dia tolong pegangkan,”
“Sebelum naik atas pentas saya sudah bercakap dengan Faizal boleh tak dia umumkan dua kategori utama itu berseorangan. Bagaimanapun, dia pujuk dan yakinkan saya boleh buat dan minta saya kekal bertenang. Jadi saya pun cakap pada diri sendiri dan cuba kuatkan hati.
“Namun, sebaik berada di atas pentas fikiran saya mula terganggu melihat penonton dan kamera sedangkan sewaktu majlis Anugerah Seri Angkasa sebelum ini semuanya okey.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh berlaku. Serangan panik ini datang tiba-tiba dan boleh dikatakan kerap juga berlaku sekarang ini apabila ada tekanan yang datang,” terang Maya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Sempat Jumpa Doktor Pakar
Maya juga akui dirinya menghidapi serangan panik hampir empat tahun lalu.
“Saya tak sempat ke hospital untuk bertemu doktor pakar. Selepas menjalani penggambaran filem Telaga Suriram, saya terus ke Amerika Syarikat dan melawat empat bandar dalam tempoh tiga minggu. Kemudian saya ke Bangkok, Thailand sebanyak dua kali atas urusan kerja dan sambung berkerja di sini.
“Mungkin minggu depan saya akan jumpa doktor untuk dapatkan rawatan memandangkan rakan-rakan sudah mula risau selepas melihat keadaan saya di FFM32,” ungkap Maya.
“Rupa-Rupanya Baru Tahu Ada ‘Panic Attack'” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan serangan panik yang dilalui oleh Maya Karin
Syarikat Teknologi Jepun Cipta ‘Mesin Basuh Manusia’, Pengalaman Mandi Luarbiasa!. Tak mustahil manusia juga boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh sekaligus merasai pengalaman mandi yang luarbiasa.
Mesin Basuh Manusia
Sebuah syarikat teknologi dari Jepun, Science Co. Ltd. (Science) mengumumkan rancangan membina mesin basuh yang boleh membersihkan manusia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Syarikat berpangkalan di Osaka dan mempunyai kepakaran dalam inovasi bilik mandi serta dapur itu menyasarkan produk tersebut akan tersedia di pasaran menjelang 2025.
Teknologi Buih Halus & Kepintaran Buatan (AI)
Digelar Projek Usoyaro, Mesin basuh menggunakan teknologi buih halus terkini dengan pelbagai sensor pemantauan bersama sistem kepintaran buatan (AI) itu menawarkan pengalaman mandi yang kompleks.
Menurut Science, matlamat Projek Usoyaro bukan sekadar membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, bahkan turut menyediakan ‘ruang penyembuhan’.
Ketika duduk dalam mesin basuh tersebut, pengguna boleh berehat sambil menikmati bunyi muzik menenangkan selain menonton imej yang dipaparkan pada skrin kalis air di mesin tersebut.
Sensor pada mesin itu akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik selain sistem AI akan menggunakan data yang dikumpul untuk menghasilkan suasana paling selesa.
Bukan Produk Baru
Konsep mesin basuh manusia bukan suatu yang baharu kerana semasa pameran Ekspo Osaka pada 1970, syarikat gergasi elektronik, Sanyo Electric mempamerkan produk serupa dikenali sebagai Ultrasonic Bath.
Ia merupakan sebuah mesin basuh manusia yang membersihkan, mengurut dan mengering pengguna di dalam produk automatik yang mempunyai kitaran selama 15 minit.
Konsep Ultrasonic Bath bagaimanapun tidak pernah diperkenalkan sebagai produk komersial.
“Ini fisabilillah, bekalan akhirat beri pendidikan awal buat anak-anak Gaza” syukur ke hadrat Ilahi impian penyanyi popular Datuk Sri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa akhirnya tercapai.
Seperti mana yang diluahkan sewaktu bertemu dengan Siti Nurhaliza, figura itu menjelaskan dirinya dan suami sangat bersyukur apabila salah satu impian mereka untuk membina sebuah sekolah kanak-kanak di Gaza Palestin termakbul.
Segala usaha kebajikan selebriti ini di bawah Yayasan Nurjiwa. Pertubuhan kebajikan Yayasan Nurjiwa ini dinaungi Siti Nurhaliza bersama suaminya dalam membantu dan menghulurkan bantuan kemanusiaan serta bencana alam kepada yang memerlukan.
“Ini Fisabilillah, Bekalan Akhirat Beri Pendidikan Awal Buat Anak-Anak Gaza”
Sekolah yang diberi nama Afwa dan Aafiyah itu telah ditubuhkan pada 5 Oktober 2021.
“Lagi satu impian saya dan suami untuk membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin juga akhirnya tercapai.
“Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 diberi nama Afwa dan Aafiyah. Ia memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuklah mengenai akhlak, adab dan sebagainya,” ungkap ibu kepada dua cahaya mata itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0 DISINI Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut MWGSP5
Bantu Anak-Anak Gaza Jadi Insan Yang Berjaya
Sekolah ini memberi fokus kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang al-Quran dan akademik termasuklah mengenai akhlak dan adab.
“Saya akui, apabila sudah bergelar ibu, saya ingin dedikasikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Sepertimana orang lain, saya juga terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin khususnya di Gaza.
“Ada anak-anak di sana yang kecil yang terkesan dengan peperangan. Ada tempat yang hilang sekolah, justeru kita nak bantu mereka menjadi insan yang berjaya.
“Ini fisabilillah dan bekalan akhirat saya dan suami untuk beri pendidikan awal buat anak-anak Gaza,” ujar Siti Nurhaliza lagi.
Konsert Kutip Dana Untuk Tabung Yayasan Nurjiwa
Bakal mengadakan Konsert Music of Soul: An Evening With Datuk Sri Siti Nurhaliza pada November ini bagi mengutip dana untuk tabung Yayasan Nurjiwa.
“Bercakap mengenai karier, setiap tahun pasti ada benda baharu dan impian yang saya nak buat. Walau bagaimana pun saya ikut flow.
“Sementelah usia saya kini sudah 43 tahun.
“Justeru, jika ada konsert baik yang besar mahupun kecil, saya akan cuba rancang bersama team dengan baik dan senyap-senyap terlebih dahulu,” katanya.