Walaupun perkongsian ini cuma bab mengemas, kesannya amat besar untuk beri kegembiraan malah buat satu rumah bahagia.
Ini yang influencer dalam bab-bab mengemas, Marie Kondo ajarkan kepada ramai wanita mahupun lelaki; iaitu cuma simpan barang yang ada ‘spark joy’. Maksudnya, barang yang beri kegembiraan saja.
Apa lagi mak ayah, bila cuti dan tidak bekerja, ambillah peluang untuk sisih dan asing mana yang perlu dan mana barang yang tak perlu. Belajar teknik KonMari di sini.
Bila dah buat, nanti mak ayah akan rasai satu perasaan indah bersama keluarga. Ini yang dirasai oleh Erni Fadzila Saharudin. Yang berkongsi cerita tentang teknik KonMari dan bagaimana Marie Kondo mengubah dirinya menjadi seorang yang tahu barang mana yang perlu di simpan, barang mana yang perlu dibuang.
Tapi ada adabnya ketika mahu mengasingkan barang yang kita tak perlu.
Marie Kondo Bukan Saja Ajar Cara Kemas..
Marie Kondo, seorang Jepun yang mengajar teknik KonMari antara 100 orang berpengaruh di muka bumi tatkala ini. Kalau ada Netflix tonton lah Marie Kondo bagaimana nak mengemas rumah dengan elok.
Ads
Saya menonton Marie Kondo dan bagaimana dia ajar cara kemas kalau ada anak kecik, atau bagaimana kemas setelah seorang isteri kehilangan suami dan pelbagai keadaan lagi.. saya suka cara Marie Kondo menghormati setiap rumah dan isi rumah yang dilawatinya
1. Marie sentiasa tersenyum. 2. Dia amat menghormati tuan rumah dan segala isi rumah. 3. Dia selalu duduk bermeditasi sebentar untuk mengucapkan selamat dan terima kasih pada rumahnya kerana memberi perlindungan dan memberi peluang dia untuk mengemasnya. 4. Dia tak pernah campak campak barang yang dah tak “spark joy”. Seperti baju yang tak digunakan lagi dan tak “spark joy” dia akan pegang dan ucap Terima kasih dan letak setempat. 5. Setiap benda ada ruang dan tempat masing-masing. 6. Marie tak pernah halang jika ada yang ingin simpan barang yang amat sentimental pada tuan rumah walaupun barang tu buruk gila. Dia amat amat menghormati keputusan tuan rumah. 7. Cakapnya lembut, dia ajar pun jelas satu persatu.
Tak hairan kenapa Marie Kondo sangat berpengaruh tatkala ini
Before
After
Pic: before marie after marie. Kalau ikut Marie, kena asingkan ikut kotak kotak kecik. Ikut saiz dia.
Ads
Kemas Rumah Boleh Baiki Hubungan Suami Isteri, Anak
Tahukah anda, dengan hanya mengemas rumah yang bersepah-sepah, hubungan sesama suami isteri dan anak anak dapat diperbaiki?
Terkadang kita terasa terbeban dengan kerja seharian, sampai rumah sepah kita pun serabut. Bila serabut mulalah marah marah. Kita anggap berkemas itu satu beban. Cuba buat dengan senyuman,dan berterima kasih kepada Allah, syukur ada rumah. Syukur ada baju, syukur ada buku.
Betullah kita ni puak puak kurang bersyukur. Astaghfirullah hal azim.
Sebab Itulah Cuma Perlu Simpan Barang Yang Beri ‘Spark Joy’ Saja
Tips yang diberi Marie sangat bagus untuk kita semua aplikasikan di rumah. Caranya amat amat mudah untuk diikut
Satu benda yang saya akan guna pakai ialah : simpan barang yang hanya memberi kegembiraan kepada kita , yang spark JOY. Tak spark joy, pegang barang tu, say thank u for being here, dan sedekah/buang/garage sale kan lah dia.
Kita suka kumpul benda. Tengok dalam bilik, keadaan bilik atau rumah melambangkan keadaan pemikiran kita waktu itu. So tidy up!
Ads
Ps: Netflix ada, tajuk Tidying up with Marie Kondo.
Pernah tonton suatu masa dulu ada 2 orang pereka terkenal nak makeover rumah dan orang.. siap kutuk cakap baju macam langsir la apa lah.
Pempengaruh dan juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee kembali bergelar isteri apabila sah bernikah dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim semalam. Farah Lee yang pernah bergelar ibu tunggal selama 7 tahun mengenakan persalinan serba hitam di majlis pernikahannya yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata itu memuat naik sekeping gambar sambil memegang lengan suaminya dengan kapsyen memberitahu sudah berkahwin.
Menerusi hantaran pendek itu Farah memaklumkan sudah pun bernikah dengan pilihan hatinya, Fuad Hashim.
Difahamkan, Fuad atau nama sebenarnya, Muhammad Fuad Hashim, 35, merupakan atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET).
Atlet kuda lasak
Penunggang kelahiran Kampung Banggol Mempelam, Kuala Terengganu itu pernah muncul juara kategori 100 kilometer (KM) Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala PDRM di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, pada Januari tahun lalu.
Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga para pengikutnya di media sosial apabila teruja melihat pempengaruh itu kembali bergelar isteri.
Terdahulu, Farah Lee pernah mendirikan rumahtangga bersama pengacara, Ally Iskandar. Pasangan ini bagaimanapun berpisah pada 7 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Antara pencapaian membanggakan bagi ibu tunggal ini apabila dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dari University of Leeds, United Kingdom.
Selain itu, Farah juga pengasas perniagaan jenama Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak lupa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu kepada anak perempuan comel iaitu Maream Esabel Ally Iskandar.
Farah juga aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan. Bukan hanya di dalam negara bahkan luar negara dalam membantu meringankan beban insan serta kanak-kanak kurang bernasib baik.
Sememangnya mood akan lebih ceria dan bersemangat untuk bangun bersahur, apabila dihidangkan dengan pelbagai menu menarik setiap hari. Menyediakan hidangan waktu bersahur tak kurang hebatnya seperti waktu berbuka.Ia bagaikan ‘hadiah’ seorang isteri kepada suami dan anak-anak tersayang.Paling penting niat dan usaha menyediakan hidangan terbaik buat keluarga.
Perkongsian daripada Puan Busseroa Abd Jalil ini wajar menjadi inspirasi buat mak-mak yang lain dalam menyediakan hidangan bersahur yang menarik buat keluarga. Sungguh rajin dan gigih menyediakan hidangan sahur yang menarik untuk keluarga tercinta.
Sebahagian daripada menu sahur saya dan family tahun ini.Sejak sebelum Ramadan lagi saya sudah berniat, puasa tahun ini saya nak buat kelainan pada menu bersahur. Saya mahu waktu bersahur menjadi hadiah daripada saya untuk suami dan anak-anak.
Sebelum-sebelum ini, waktu berbuka masing-masing excited. Tetapi waktu sahur sendu dan layu. Sedangkan kata ustaz, masak untuk orang berbuka dan bersahur juga satu ibadah. Jadi saya berusaha sekadar yang terdaya.
Hasilnya setiap hari anak-anak dan suami bangun sahur dengan mood yang amat ceria dan bersemangat walaupun menu yang saya masak biasa-biasa sahaja. Mereka tak sabar nak tahu apa hidangan yang ada.
Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit inspirasi dan semangat buat kita bersama. Selamat menggandakan ibadah buat semua.
Mingguan Wanita: Tahniah dan kagum pada wanita ini, atas usahanya menyediakan pelbagai menu bersahur yang menarik setiap hari, sebagai ‘hadiah’ buat suami dan anak-anak. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.
“ Ada tujuan saya berkongsi cerita hidup saya ini. Saya mahu keluar dari keadaan susah ini. Saya juga mahu mencari modal untuk buat bisnes. Selain itu saya mahu kisah hidup dapat dijadikan pengajaran oleh wanita lain,” jelas Hayati Dolah membuka bicara.
“ Saya kuat demi anak-anak. Saya buat macam-macam untuk anak-anak. Pernah saya dan anak minta sedekah untuk cari duit. Saya bukannya mahu jadi peminta sedekah tetapi itulah sahaja yang terfikir di kepala saya.
“ Tebal memang tebal muka. Tapi semua itu saya buang demi mahu cari duit untuk beri anak makan. Ada satu ketika kami keluarga saya ini dikategorikan sebagai orang paling miskin di flat tempat kami tinggal ini. Kami tidak mampu untuk beli makanan mahupun pakaian.”
Hayati masih ingat anak-anaknya pernah bertanya kepada dirinya kenapa mereka hidup dalam kesusahan.
“ Mak, kenapa kita harus meminta-minta? Itu soalan yang sering yang sering keluar daripada mulut mereka. Saya tak tahu hendak jawab apa masa itu. Hati saya sedih.
“ Pernah saya rasa seperti hendak give-up dengan kehidupan masa itu. Tetapi saya sedar saya tidak boleh buat begitu. Kalau saya give-up, bagaimana dengan anak-anak,” luah ibu tunggal ini dengan perlahan.
Jual Sambal Petai
Di awal perpisahannya, Hayati hidup dalam kesedihan. Dia tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja dia mampu bangun daripada kesedihan.
Hidupnya masih susah tetapi dirinya tidak lagi meminta sedekah. Kini Hayati bekerja sebagai pembantu awam di asrama salah sebuah universiti tempatan di ibukota Kuala Lumpur. Gajinya tidak banyak. Dengan gaji tersebut itulah dia membesarkan anak-anak dan menanggung perbelanjaan seharian mereka sekeluarga.
Hidup di ibukota sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang banyak. Hayati sedar dia perlu melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan.
.
Dari situ jugalah timbul idea dalam diri ibu empat orang anak ini untuk menjual sambal petai dan mini karipap goreng secara kecil-kecilan. Sambal petai itu dimasaknya sendiri. Mini karipap goreng pula diambilnya daripada adiknya.
“ Idea menjual sambal petai itu saya dapat apabila anak perlukan duit untuk perbelanjaan di universiti. Saya buat sambal dan beri tester untuk dirasa oleh kawan-kawan anak. Apabila kawan-kawannya rasa, mereka berminat untuk membeli.
“ Sampai sekarang saya menjual sambal petai ini. Jika ada yang berminat bolehlah membelinya daripada saya.”
KISAH HAYATI SELANJUTNYA BOLEH DIKETAHUI DI DALAM RUANGAN IBU TUNGGAL BERJAYA DI MAJALAH MINGGUAN WANITA VOLUME 2 DISEMBER 2019
.
Foto: Nor Yanti Saharudin dan koleksi peribadi Hayati Dolah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...