Sekarang ini, nak bagi gambar cantik tak perlu ada kamera yang mahal-mahal macam jurugambar profesional yang ambil. Semuanya di hujung jari dengan menggunakan app yang disediakan.
Sedihnya, gaya pose dah cantik, bila tengok kembali di galeri, gelap dan tak kena caranya. Nak padam rasa sanyang sangat sebab inilah kenangannya. Ini belum lagi minta perkhidmatan dari jurufoto profesional. Mahunya harga boleh tahan juga.
Jangan risau, aman canggih ni, semuanya di hujung jari. Boleh guna handpone yang anda gunakan ini. Jadinya, kamera yang canggih sebelum ini dah boleh letak tepi.
Mungkin kamera yang besar untuk jrurufoto profesional bagi majlis tertentu. Bagi kita yang tak berapa nak pro ini, boleh saja guna app yang diberikan. Gerenti gambar yang ala-ala ‘hado’ itu nampak lagi cantik.
Iniulah yang dikongsikan oleh Nazia Suhaimi tentang app yang boleh kita gunakan untuk mengedit gambar yang kira rasa suram, gelap kepada gambar cantik yang sangat ‘wow’. Ikut saja tutorial yang diberikan ini.
Memang ada benarnya jangan buang almari lama yang dah rosak, boleh DIY jadikan buat rumah kucing seperti ini. Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar lain.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Ramai yang berkongsi keterujaan dan memuji idea kreatif yang Izyan lakukan. Tidak kurang ingin menjadikan inspirasi, mengubah almari lama kepada rumah kucing.
Sosej selalunya makanan sejuk beku kegemaran anak-anak yang paling mudah disediakan. Sesekali nak makan boleh sahaja, tapi jangan jadikan makanan harian.
Rupanya nak goreng sosej pun ada caranya, jika tidak ia akan kecut berkedut, merekah dan tak cantik. Rupanya kena goreng sosej dalam minyak yang tak panas, barulah ia jadi cantik, gebu tegang macam kita beli di pasar malam.
Ikut Tip Goreng Sosej yang dikongsikan oleh Fareez Amy Shafieini yang juga merupakan seorang katerer dan peniaga di Pasar Malam sebagai panduan.
Saya katerer dan juga peniaga pasar malam.Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang muda remaja, jangan goreng guna minyak panas.
Caranya:
1. Mula-mula bilas dulu sosej dengan air dan keringkan.
2. Kemudian, buka je api terus masukkan sosej ke dalam minyak.
3. Biar sosej masak bersama minyak yang baru nak panas.
4. Sosej timbul je dah boleh angkat. Pasti masak.
5. Sosej akan sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la.
Hasilnya sosej gebu gebas, montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera.
Info Ekstra!
Namun demikian, menerusi perkongsian Puan Nourhayati Yusrina pula ada cara yang berbeza untuk goreng sosej gebu cantik. Kena rendam dengan air panas terlebih dahulu sebelum goreng dalam minyak yang panas.
Masa kerja kat airport dulu chef kat situ ajar, rendam dulu sosej beku dalam air panas 10-15 minit. Selepas itu toskan. Panaskan minyak, biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak. Bila minyak dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dalam masa 7 saat saja dan terus angkat toskan. Cara begini minyak kurang meresap dalam sosej tu.
Chef cakap sosej tu dah masak dah pun kita cuma nak bagi panaskan balik je, sebab tu kena rendam sekejap air panas nak bagi lembut, jadi bila goreng tu sekejap saja supaya tak overcook.
Mingguan Wanita: Begini rupanya tip nak goreng sosej cantik elok tak kecut mahupun pecah. Boleh ikut mana-mana tip yang dikongsikan ni, sama cantik macam beli dekat pasar malam.
Sesetengah orang sangat susah nak turunkan berat badan. Tapi kalau bab berat badan naik cepat pula. Kadang-kadang, makan sikit pun dah nak berkilo, sampaikan siap kawan-kawan perli diet ke laut sebab hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’, bila tengok makanan sedap, terus lupa nak diet.
Rasanya, kalau yang nak diet tak perlulah rasa hati bila ada kawan kata diet ke laut. Hanya kita yang tahu keadaan diri. Makan banyak atau sedikit tidak menjadi permasalahan, Cuma kenalah kawal kalau betul-betul nak turunkan berat badan.
Jangan cepat putus semangat, nak kurus memang ada cabarannya. Orang cakap kena istiqamah. Jangan sekerat jalan lepas tu menyerah dan mulalah tidak kisah makan apa saja. Kalau berat badan naik dengan banyak menyesal pula.
Bagi yang nak kurus, masih belum terlambat kalau ada kita rasakan diet ke laut sebab amakan berlebih-lebihan. Perkongsian daripada Ustaz Fitnes, Arif Sukri boleh jadikan panduan untuk anda.
Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya ke laut jika,
1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.
2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Selebihnya, banyak minum air kosong.
3. “Terambil” nasi lebih masa tengah hari pun belum boleh hukum sepenuhnya ke laut.
4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah ke laut.
5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah ke laut.
6. Nikmati Aiskrim McD di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga ke laut.
7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet ke laut.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang ke laut, tak jadi dan gagal.
Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengah hari kita boleh baiki semula.
Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.
Selagi keperluan kita tidak melebihi dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah ke laut dalam progres.
Begitulah. Paling penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cepat move on. Itu adalah pilihan yang baik.
MW: Betul tu, tak perlu rasa susah hati pun kalau terlebih makan, masih boleh diteruskan Kalau terlbih makan waktu tengah hari, malam kenalah beringat sikit.
Timbullah nak! Ibu dua remaja lemas harap jasad anak ditemukan segera. Keluarga dua remaja yang hilang dikhuatiri lemas di Sungai Perak di Kampung Tepus...