Hanya Tambak Johor yang memisahkan Singapura dan Johor Bahru, malahan ia menjadi laluan harian bagi warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura atau pun sebaliknya. Inilah satu-satunya jalan darat yang menghubungkan dua negara ini.

Namun setelah Covid-19 menular dan kerajaan masing-masing mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP membuatkan ada segelintir rakyat Malaysia “terkandas” di sana dan ingin pulang ke Johor Bahru.

Keadaan semakin rumit apabila tiada kenderaan awam yang bergerak menyeberang Tambak Johor dalam masa terdekat membuatkan seorang ibu hamil bersama anaknya berusia dua tahun mengambil keputusan berjalan kaki balik ke Johor Bahru.

Pas Lawatan Anak Tidak Dilanjutkan

Seorang wanita hamil terpaksa berjalan kaki selama 40 minit menyeberangi Tambak Johor dari Singapura ditemani anak berusia dua tahun selepas pas lawatan anaknya tidak dilanjutkan.

Jessie berkongsi kisah pilu itu di Facebook miliknya dan dimuat naik portal World of Buzz sebelum tular di laman sosial.

Katanya, perjalanan mengambil masa 6 jam dari Singapura ke Kastam Johor, Imigresen dan Kompleks Kuarantin termasuk 40 minit berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.

Menurutnya, dia telah membuat permohonan permit kemasukan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada 23 April dan menerima respon pada 25 April.

IKLAN

Baca ini:

Menitis Air Mata Ibu Ini Lihat Anaknya Jalan Kaki Berseorangan Menyeberangi Tambak Johor

Hampir SEBULAN Jauh Dari Keluarga, PEKERJA Malaysia Di Singapura Tekad Pulang Jalan Kaki

IKLAN

Bas Yang Diatur Hanya Tiba Pada 2 Mei

Dia yang juga guru pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bas Malaysia yang diatur untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Singapura akan tiba pada 2 Mei.

Justeru, beliau terpaksa pulang ke Johor dan berasa sedih melihat anaknya perlu berjalan kaki.

“Saya mulakan perjalanan dari Singapura sekitar jam 8 pagi. Disebabkan hamil, saya terpaksa melihat anak berjalan jauh.

IKLAN

“Sebaik tiba, kami jalani pemeriksaan kesihatan oleh petugas perubatan dan dibawa ke sebuah hotel di Johor untuk jalani kuarantin.” katanya suami bekerja dan tidak dapat menemaninya.

Jessie yang selamat tiba semalam melahirkan rasa gembira kerana bilik hotel penginapan selesa dan bersih.

Sumber: Sinar Harian

MW: Bila keadaan mendesak membuatkan setiap daripada kita terpaksa memmbuatkan keputusan yang tak terjangka. Paling penting mak dan anak ini telah selamat tiba, sedang menjalani kuarantin. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI