Wanita Ditoreh Bekas Teman Lelaki, Luka Hampir 5 Sentimeter Di Muka!

Share

Sungguh kasihan tengok keadaan seorang wanita yang parah selepas ditoreh di muka oleh lelaki warga Bangladesh dekat pusat beli-belah di Jalan SS 20/27, Damansara Jaya, Petaling Jaya.

Rasa betapa kejamnya orang yang sanggup melakukan perbuatan ini pada golongan wanita dan alau tengok keadaanya, lukanya hampir lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke bahagian pipi kanan selepas lelaki warga Bangladesh terbabit bertindak menoreh bahagian muka dengan objek tajam.

Wanita Ditoreh Dikejarkan Ke Hospital

Susulan kejadian mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak polis.

Mangsa yang berumur 24 tahun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di PPUM dan dia dibenarkan keluar sehari selepas kejadian.

Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.

Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu.

Suspek Direman 7 Hari

Apa pun suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Buat golongan wanita, berhati-hati ya dan dindinglah diri dengan ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali mahu keluar dari rumah. Minta padaNya untuk perlindungan dari segala kejadian buruk dan gangguan.

Surah Yasin Ayat Ke 9

Untuk amalan, wanita boleh baca ayat ini setiap kali selepas solat. Ditiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.

Malah, anda boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.

Terjemahan ayat:“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)

Sumber berita: Harian Metro

Published by
Nadia