Berita

Wanita Ditampar Teman Lelaki, Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Share

Wanita ditampar teman lelaki, tak balas mesej ‘Good morning Sayang.’ Seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan teman wanita kerana tidak membalas mesej dihantar melalui WhatsApp.

Wanita Ditampar Teman Lelaki, Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’

Tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencederakan teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal di sini, 12.15 tengah hari pada 10 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.

Siasatan polis mendapati perang mulut berlaku antara mangsa dan tertuduh kerana wanita itu tidak berpuas hati mesej ‘good morning sayang’ yang dihantar tidak dibalas.

Suasana bertukar menjadi tegang apabila tertuduh berang lalu menampar pipi kiri mangsa hingga menyebabkannya mengalami cedera ringan.

Susulan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, serta membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Shariff.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama 14 hari sekiranya gagal membayar denda dikenakan terhadapnya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Ibu Pengantin Lelaki Tak Jadi Kahwin Mohon Doa Baik-Baik, Allah Dah Atur Adam Jaga Ummi & Adik Dulu

Baru 3 Bulan Berkenalan, Wanita 46 Tahun Diserang & Ditikam Bekas Teman Lelaki Baran!

Jadi Cantik Selepas Dikecewakan, Mulanya Salahkan Teman Lelaki Tetapi Akhirnya Berterima Kasih

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has