Wanita Digigit Ular Sawa Yang Menumpang Teduh Dalam Mangkuk Tandas!

Share

Sungguh malang tidak berbau.Siapa sangka walaupun dirumah sendiri masih berisiko untuk mendapat serangan haiwan berbisa. Menjadi kelaziman ular habitatnya adalah di semak samun mahupun kawasan hutan. Namun atas faktor cuaca yang panas, reptilia ini mencari kawasan yang sesuai seperti mangkuk tandas untuk menumpang teduh.

Punggung Dipatuk Ular Sawa

Seorang wanita dari Brisbane, Australia cedera ringan selepas punggungnya digigit seekor ular sawa jenis carpet ketika dia menggunakan tandas di sebuah kediaman ahli keluarganya di sini baru-baru ini.

Mangsa, Helen Richards, 59, menyatakan, dia melompat selepas terkena satu gigitan mengejut. Sebaik menoleh ke belakang untuk melihat apa yang berlaku, dia menyatakan ada satu objek seakan-akan penyu jenis long neck di dalam mangkuk tandas duduk itu.

“Saya terasa seperti terkena satu tusukan tajam sebelum terus melompat dan melihat objek seperti penyu jenis long neck di dalam mangkuk tandas,”

katanya kepada akhbar The Courier Mail.

Ular Tidak Berbisa

Menurut laporan, ular berukuran sepanjang 1.5 meter(5 kaki) itu tidak tergolong dalam kategori reptilia berbisa dan ditangkap seorang pengendali ular.

Penangkap ular itu, Jasmine Zeleny menyatakan, reptilia itu mungkin takut selepas laluan untuk keluar ditutup lalu dan bertindak mematuk mangsa.

Ular sawa carpet itu dikatakan mencari kawasan berair termasuk di dalam mangkuk tandas ketika cuaca panas melanda Australia.

MW: Jadikan kisah ini satu pengajaran iya. Terutama jika kawasan rumah berhampiran semak, area pendalaman kena periksa dahulu mangkuk tandas mahupun kawasan sekitarnya untuk elakkan serangan haiwan berbisa seperti ini.

Sumber: Kosmo & BBC

Published by
Suhaidah Abd Wahab