Bukan semua wanita bernasib baik, tidak mengalami masalah kesuburan terutamanya berkaitan rahim.Apabila rahim bermasalah kebiasaannya wanita sukar untuk hamil dan mendapat anak.

Amat jarang berlaku pemindahan rahim didermakan daripada wanita yang telah mati berjaya melahirkan bayi. Ia satu kejayaan dalam bidang perubatan dunia sekaligus memberi sinar harapan buat wanita yang ingin hamil dan menimang cahaya mata sendiri mencuba pemindahan ini.

Memetik laporan MetroUK, seorang wanita selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat selepas pakar bedah memindahkan rahim yang diambil daripada seorang wanita yang telah mati ke dalam tubuhnya.

Kelahiran itu, yang berlaku di Brazil, adalah yang pertama kali dilaporkan melibatkan pemindahan rahim daripada penderma yang telah meninggal dunia. Sepuluh percubaan sebelum ini, di AS, Republik Czech dan Turki semuanya berakhir dengan kegagalan.

Kelahiran pertama selepas rahim dipindahkan daripada penderma yang masih hidup berlaku di Sweden pada September 2013. Sejak itu terdapat 39 prosedur yang sama dilakukan, dengan 11 kelahiran bayi hidup.

Wanita Dilahirkan Tanpa Rahim Diberi Peluang Hamil & Berjaya Melahirkan Bayi Dengan Kaedah Ini

Lahir Tanpa Rahim

Penerima rahim dalam kes terbaharu yang melibatkan penderma yang telah mati ialah seorang wanita berusia 32 tahun yang dilahirkan tanpa rahim kerana gangguan genetik yang jarang berlaku.

Ads

Pada September 2016, dia diberi peluang untuk hamil yang tidak dijangka selepas menjalani pemindahan rahim di Hospital Das Clinicas di Sao Paulo. Rahim diambil daripada seorang penderma berusia 45 tahun yang meninggal dunia akibat masalah otak.Pakar bedah menghabiskan selama 10 jam setengah melakukan pemindahan organ itu dengan menyambung urat, arteri, ligamen dan kanal vagina.

Wanita Dilahirkan Tanpa Rahim Diberi Peluang Hamil & Berjaya Melahirkan Bayi Dengan Kaedah Ini

Guna Organ Penderma Telah Meninggal Dunia

Berita tentang prosedur itu dinyatakan dalam jurnal perubatan The Lancet.Dr Dani Ejzenberg, dari Fakulti Perubatan di Universiti Sao Paulo yang mengetuai pasukan itu berkata:

“Menggunakan organ penderma yang sudah meninggal dunia dapat meluaskan akses kepada rawatan ini dan hasil kami memberikan bukti terhadap konsep pilihan baharu bagi wanita yang mempunyai masalah rahim.

“Transplantasi rahim yang pertama daripada penderma hidup adalah peristiwa penting perubatan, mewujudkan kemungkinan untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan melahirkan anak dengan akses kepada penderma yang sesuai dan kemudahan perubatan yang diperlukan.

Ads

“Namun, keperluan penderma hidup adalah batasan utama kerana para penderma jarang, biasanya menjadi anggota keluarga atau sahabat yang bersedia dan layak.”

Jumlah individu yang bersedia dan komited untuk mendermakan organ atas kematian mereka jauh lebih besar berbanding penderma hidup.

Wanita Dilahirkan Tanpa Rahim Diberi Peluang Hamil & Berjaya Melahirkan Bayi Dengan Kaedah Ini

Proses Rawatan

Selepas pemindahan, penerima yang tidak dinamakan itu diletakkan dalam rawatan intensif selama dua hari sebelum menghabiskan masa enam hari lagi di wad khusus transplant.Dia menerima lima ubat imunosupresi untuk menghalang badannya daripada menolak organ baharu, serta rawatan lain untuk memerangi jangkitan dan pembekuan darah.

Ads

Lima bulan selepas pemindahan, rahim yang ditanam dilihat berjaya disatukan ke dalam tubuhnya.Imbasan ultrasound menunjukkan tiada tanda tidak normal dan dia mengalami menstruasi secara berkala.

Dua bulan kemudian, lapan telur yang disenyawakan ditanam ke dalam rahimnya.Embrio awal yang dihasilkan oleh rawatan IVF telah dibekukan dan disimpan selama empat bulan sebelum pemindahan.Kehamilan disahkan 10 hari selepas implantasi, kata pasukan perubatan.

Tiada komplikasi dilaporkan selain jangkitan buah pinggang pada minggu 32 yang dirawat dengan antibiotik.Seorang bayi perempuan seberat 2.63kg dilahirkan secara cesarean selepas wanita itu mengandung selama 35 minggu dan tiga hari.

Semasa kelahiran, rahim yang dipindahkan telah dikeluarkan dan tidak menunjukkan sebarang keabnormalan.Selepas kelahiran, pesakit dan bayi berada dalam keadaan sihat. Pada usia tujuh bulan dan 20 hari, ketika laporan kes ditulis, bayi ini masih menyusu badan dan memiliki beratnya 7.1kg.

MW: Tahniah atas kejayaan ini dalam bidang perubatan. Semoga ia memberi sinar dan harapan buat wanita yang memiliki masalah rahim untuk mencapai impian menimang cahaya mata sendiri sekaligus bergelar seorang ibu.

Sumber: Mstar & MetroUK

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI