Kejamnya! Hajat seorang wanita yang juga merupakan seorang ahli perniagaan datang ke India untuk menjalani rawatan penyakit kemurungan dialaminya, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan.
Liga Skromane, 33, dipercayai diberi dadah, dirogol dan kepalanya dipenggal sebelum mayatnya ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di dalam hutan bakau di Selatan India setelah lebih sebulan kehilangannya.
Menurut laporan CBS News, wanita yang berasal dari Dublin, Ireland itu datang ke Kerala bersama adiknya pada Februari lalu untuk menjalani rawatan Ayurveda di sebuah pusat rawatan tradisional India yang terkenal di negeri itu.
Dia dilaporkan hilang pada 14 Mac selepas keluar dari pusat rawatan berkenaan untuk berjalan-jalan di pantai sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan reput berhampiran sebuah hutan bakau di Thiruvallam pada 21 April lalu.
Jurucakap polis, Nazneen Bhasin berkata, polis menahan dua suspek yang mengaku memberi dadah jenis ganja kepada wanita itu sebelum merogol dan membunuh mangsa dengan kejam.Polis juga berkata, keadaan mangsa ditemui tergantung bagi menggambarkan mangsa sebenarnya ‘membunuh diri’.
Sumber: CBS News