Suami Tolonglah Pujuk Ibu Lafazlah “Mak Syurga, Kesayangan Saya dan ISTERI”

Share

Wanita dibenci mertua, suami bisiklah telinga kanan mak. Hubungan menantu dan mentua perlulah disemai dengan baik agar keharmonian rumah tangga dapat dikecepi.

Selalu sangat kita dengar menantu ada masalah dengan keluarga mertua. Bila dengar cerita menantu, selalu keluarga mertua yang salah. Mungkin ada salah dari menantu sendiri juga.

Memang tak seronok jika ada masalah dengan keluarga mertua, hidup akan rasa tidak aman. Walaupun mereka keluarga baru tapi wajib hormat dan sayang mereka seperti keluarga sendiri.

Wanita Dibenci Mertua, Suami Bisiklah Telinga Kanan Mak

Seperti yang kita tahu, ibu bapa mertua perlu dihormati sepertimana kita menghormati kedua-dua orang tua sendiri. Masakan tidak, antara mertua dan menantu, ia seperti ada hubungan yang begitu istimewa sebagaimana dengan ibu bapa sendiri.

Menerusi perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dengan sapaan Tok Abah telah merungkai petua buat menantu dan anak lelaki bagi menjaga keharmonian hubungan kekeluargaan. Menerusi persoalan yang diajukan, Tok Abah menjawab persoalan dari seorang isteri yang dirundung masalah dengan keluarga mertua. Amalah yang diberikan dalam menjaga hubungan dengan keluarga mertua sangatlah bermanfaat

“Soalan : Assalamualaikum Tok Abah, boleh ke saya nak minta pandangan Tok Abah. Saya dan suami baru berkahwin 3 bulan.

Perkahwinan saya tak direstui oleh ibu mertua saya, semasa awal bernikah, suami saya bertegas dengan pendirian dia untuk kami bernikah juga.

Saya pula baru tahu mengandung 9 minggu. Suami saya dalam keadaan tersepit antara ibunya dan isteri. Kemungkinan besar kami terpaksa berpisah demi keluarga kedua belah pihak yang sudah bergolak. Saya dan suami amat sedih dan tertekan dengan keadaan sekarang.

Suami saya sudah membuat istikharah beberapa kali, dan sehingga suami saya bermimpi kami berpisah.

Saya juga tertekan dengan keluarga saya yang sudah membenci dengan perbuatan ibu mertua saya. Semua meminta kami berpisah. Apakah suami saya perlu melepaskan saya dan kami perlu menerima takdir ini?

Sedangkan ibunya tidak menerima takdir kami bernikah dari awal, dan ibu mertua saya mengatakan “terima lah takdir kamu berdua pula kena berpisah…”.

Saya betul-betul tertekan sekarang Tok Abah dengan keadaan mengandung sekarang ini.”

Jangan Bertindak Terburu-Buru -Tok Abah

“Jawapan : Waalaikumsalam, nak. Kes seperti ini, Tok Abah kerap terima.

Buat masa ini, janganlah bertindak terburu-buru untuk suami buat keputusan berpisah.

Ada sebab mengapa kalian dikurniakan cahaya mata. Tunggulah si kecil itu lahir ke dunia.

Kemudian lihat, betapa indahnya hikmah kelahiran anak kalian nanti.

Dia bukan sahaja menyinari hidup kalian suami isteri, tetapi turut meredakan kemarahan orang tua mertua.

Anak itu akan bawa keharmonian.

Sesiapa yang memandang merasa tenang.

Hati kalian sekeluarga seperti diselimuti ketenteraman luar biasa.

Buat masa ini, bersabar dahulu dan amalkan petua Tok Abah di bawah:

  1. Tanya pada suami, selalu selepas jumpa maknya, apa dia buat? Salam cium tangan sahaja ke atau peluk maknya.
  2. Kalau memang peluk maknya. Lepas dah kahwin ni, peluk mak lebih kuat dan 2-3 kali. Maksudnya:

Lepas peluk mak sekali dan selesai. Bergerak 2-3 langkah dari mak, kemudian patah balik dan peluk mak sekali lagi. Pelukan kedua lebih erat dan lebih kuat.

  1. Masa itu, bisik ke telinga kanan mak, “mak, abang (contoh nama panggilan), sayang mak sangat sangat! Abang dan isteri pun semua sayang mak sangat sangat. Mak syurga kami. Mak kesayangan kami.

Buatlah macam itu selalu. Sampai bila-bila.

  1. Begitu juga dengan kamu, nak. Bila bertemu dengan keluarga sendiri, buat hal yang sama. Kalau dah biasa peluk mak ayah. Peluk lagi. Lepas kahwin kena peluk lebih erat dan kuat.
  2. Jika selalu telefon mereka sehari sekali. Lepas kahwin, kena lebih kerap. Telefon belah pagi, telefon juga sebelum tidur.
  3. Rahsianya, apa juga amalan yang baik-baik kamu buat sebelum kahwin, selepas kahwin, kamu buat lebih kerap dan lebih kuat.
  4. Beri satu gambaran pada keluarga, bahawa perkahwinan kalian bukan sia-sia. Ia menjadikan kamu anak yang lebih baik, lebih patuh, lebih menyayangi dan lebih bertanggungjawab pada keluarga kamu.
  5. Tak cukup dengan itu, tunjukkan pada mereka perancangan keluarga kalian. Maksudnya lepas dah ada anak nanti, apa lagi kamu nak buat supaya dapat jadi insan lebih baik sebelum ini.
  6. Macamana nak berbakti dengan pasangan, macamana nak berbakti dengan orang tua. Menolong dan membahagiakan orang tua sehebatnya.
  7. Sepanjang kamu dan suami berusaha, berdoalah moga Allah bukakan pintu hati orang tua agar dapat menerima perkahwinan kalian dengan restu dan keindahan.

Hati orang tua cepat tersentuh dengan pancaran kebaikan dari anaknya.

Kita tiada upaya untuk mengubah apa yang ada di hatinya. Namun kita boleh ubah diri kita untuk jadi lebih baik. Biarpun satu dunia menentang, memanah kejahatan pada diri kalian, tetap kalian lindungi diri dan membalas kebaikan sampai akhir hayat kalian.

Moga Allah permudahkan urusan kalian ya, “ kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Baca Disini : ‘Suami Ada Macam Tiada’, Rupanya Bila TIADA, Perkara ‘ANNOYING’ Paling Diingati Isteri!

‘Mertua Duduk Dengan Anak Menantu, Mulut Kena Jaga.’ Jangan Cerita Hal Menantu Pada Orang!

Menantu Dapat Mentua Cerewet, Jangan Banyak Cara & Jaga Mulut, Semuanya Jadi Mudah!

“Rahsia Ciuman & Pelukan Betul-Betul Berkesan” Warganet

Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diluahkan, malah ada yang menasihati sebelum anak-anak berkahwin mohonlah petunjuk Allah dengan melakukan Solat Istikharah.

Mingguan Wanita : Jagalah keharmonian rumah tangga.

Sumber / Sumber Foto :Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Norhayati Suboh