Wanita dengar jeritan suara dari kubur, “saya akui gementar & takut sepanjang balik ke rumah. Tular di media sosial, seorang wanita, Najaw Mat Rasid berkongsi mendengar bunyi aneh di tanah perkuburan ketika menziarahi kubur emaknya baru ini.
Mengakui tidak hanya dirinya yang mendengar jeritan aneh itu tetapi juga kakak serta anaknya.
Wanita Dengar Jeritan Suara Dari Kubur
Memetik laporan Harian Metro, dirinya mengakui gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengarinya.
“Saya akui takut dan gementar sepanjang balik ke rumah.Bunyinya agak aneh”katanya.
Saat menceritakan kembali kejadian itu, dia mengakui bunyinya agak aneh, seolah suara jerita manusia di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar.
Menurutnya, suara itu didengari pada waktu petang dan menghampiri senja, malah ketika itu dia hendak pulang ke rumah selepas menziarahi pusara ibunya.
“Saya Akui Gementar & Takut Sepanjang Balik Ke Rumah”
“Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami. Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu… ia tidaklah kuat… sayup saja.
Ads
“Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia (kakak) juga dengar suara itu,” katanya.
Menurut Najwa, dia sempat merakam video suasana tanah perkuburan ketika mendengar suara berkenaan.
Katanya, video itu dirakam untuk simpanan dan dikongsikan di TikTok baru-baru ini untuk melihat reaksi orang ramai selain pandangan mereka selepas menontonnya.
“Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.
“Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.
Ads
“Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian,” katanya yang mana videonya menjadi viral di media sosial.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya cinta itu buta. Siapa sangka ramai wanita yang jatuh cinta, tergila-gilakan lelaki ini dan ingin berkahwin dengannya.
Seorang warga emas dari Majalengka, wilayah Jawa Barat digelar ‘Raja Playboy’ kerana pernah berkahwin sebanyak 87 kali, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Rancang Perkahwinan Ke-88
Lelaki hanya dikenali sebagai Kaan, 61, itu mengaku sedang merancang untuk perkahwinannya yang ke-88 dengan salah seorang bekas isterinya.
Menurut Kaan, dia tidak dapat menolak bekas isterinya itu untuk kembali kepadanya kerana wanita berkenaan amat ‘tergila-gilakannya’.
“Saya merancang untuk berkahwin dengan bekas isteri daripada perkahwinan ke-86. Meskipun sudah lama berpisah, perasaan cinta antara kami masih kuat dan saya enggan mempermainkan perasannya.
“Selama ini juga, dia masih ‘tergila-gilakan’ saya walaupun usia perkahwinan kami dahulu hanya sebulan,” kata Kaan.
Kahwin Sejak Usia 14 Tahun
Tambah Kaan yang bekerja sebagai petani, dia mula berkahwin sejak berusia 14 tahun dan gadis pertama yang dinikahinya berusia 16 tahun.
Menurutnya, disebabkan sikapnya yang kurang baik ketika itu, isterinya meminta agar dia diceraikan selepas perkahwinan mereka bertahan selama dua tahun.
Disebabkan peristiwa tersebut, Kaan mengaku berasa marah kepada bekas isterinya justeru, dia mencari ilmu ‘kerohanian’ untuk membuatkan ramai wanita jatuh cinta kepadanya.
“Namun, saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak elok kepada wanita yang saya kenali dan enggan mempermainkan perasaan mereka.
Mingguan Wanita: Aduhai, sungguh naa dah pernah kahwin sampai 87 kali dan ramai wanita yang pernah jatu cinta dengan lelaki ini. Fuhh memang luarbiasa.
Masih dalam mood raya. Masa inilah, macam-macam rancangan yang dibuat dengan grop sekolah, grop tempat kerja lama untuk bertemu. maklum sahaja setahun sekali, itu pun kalu dibuat setiap tahun. Tak kurang juga baru pertama kali nak berjumpa selepas berbelas tahun.
kadang-kadang, reunion nie baik untuk eratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan lama. Tapi yang menjadi tidak baik bila ada yang mula jeling menjeling, pandang memandang. Kononnya secret admirer masa sekolah atau bekas ‘cinta monyet’ dulu.
Perkara-perkara inilah yang boleh menggugat rumah tangga yang dibina selama ini hanya kerana reunion. Bolehkah ia diselamatkan, jika ia masih lagi baru bermula? Ketahui pandangan dan nasihat daripada Prof Dr. Hj Mohd Nor Mamat tentang perkara ini.
Reunion – Hubungkan Semula
Tujuan asal reuinion adalah untuk menyambung hubungan silaturahim dan persahabatan yang terputus ataupun mengukuhkan hubungan sedia ada, memandangkan masing-masing saling berjauhan dengan haluan hidup yang berbeza. Persahabatan ketika waktu persekolahan dan zaman belajar bersama-sama adalah persahabatan yang paling indah dan asli.
Jangan Test Market
Ia adalah majlis penyatuan semula selepas lama terpisah dan kali ini pertemuan dalam bentuk yang lebih dewasa dan matang, bukannya semata-mata untuk mengenang kisah silam yang nostalgik. Ia lebih kepada networking, update perkembangan dan kontak satu sama lain dan bukannya untuk percintaan ataupun percubaan untuk test market semula selepas ada kerjaya dan sebagainya.
Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan.
Bolehkah Cinta Bertaut Kembali
Keadaan ini boleh berlaku sekiranya reunion dilangsungkan untuk tujuan bertemu dan menghubungkan semula cinta lama. Mungkin ada yang masih bersendirian ketika reunion dan sudah tentu tidak menjadi kesalahan untuk bertemu sesama kawan yang masih lagi solo.
Cara Betul Tanpa Gangguan Rumah Tangga
Family-Based Reunion adalah paling selamat diadakan untuk mengelakkan daripada kemungkinan kecurigaan ataupun kemungkinan ruang berputik semula hubungan percintaan. Reunion begini juga menggalakkan sesama anak-anak untuk menyambung silaturahim.
Apa yang boleh dipraktikkan, reunion di peringkat usia yang sudah berkeluarga haruslah lebih berbentuk membina hubungan silaturahim kekeluargaan. Jaringan kekeluargaan dengan anak-anak kita sebagai generasi kedua yang meneruskan hubungan ibu bapa sejak dahulu.
Hadirlah reunion bersama sahabat-sahabat anda dengan membawa pasangan dan anak bagi tujuan untuk perkenalan dan kelangsungan silaturahim. Walau bagaimanapun, pasangan juga perlu memahami untuk membenarkan berlaku sedikit kenakalan apabila pasangan kita bertemu semula rakan-rakannya pada zaman remaja (selagi tidak menimbulkan kesan yang menyakitkan hati).
Jangan Timbulkan Kisah Lama – Ada reunion di usia selepas masing-masing berkeluarga dan ini selalunya mengundang risiko, jika kita masih lagi terbuai dengan nostalgia lama ataupun kadangkala ada yang mengambil kesempatan bertemu sahabat-sahabat lama sebagai jalan melarikan diri daripada masalah dengan pasangan dalam rumah tangga.
Ia berisiko apabila reunion berlaku pada usia kita 40-an ataupun 50-an, di mana kadangkala sesetengah hubungan rumah tangga ada yang telah melalui tahap yang lusuh, kurang menarik dan tertarik. Ada yang berjenaka, bila kita mulai suka reunion, bermakna salah satu tanda ketuaan dan kebosanan berlaku.
Elakkan menghadiri reunion ketika rumah tangga tidak begitu stabil, kerana ia mudah mengundang kesan emosi dan sentimental sampingan.
Bertengkar Kerana Reunion – Sejarah tidak boleh diubah. Begitu juga warna-warni persahabatan pasangan kita yang lalu sepanjang zaman belajarnya tidak boleh dihapuskan. Sebab itu, saling menghargailah dan berkenalanlah dengan rakan-rakan pasangan secara positif. Jika wujud kebarangkalian silap faham ataupun ada cerita-cerita nakal yang silam, lupakan dan elakkan daripada bercerita kepada pasangan.
Buat Ingatan…
1.Betulkan niat kita untuk menyambung silaturahim dan mengeratkan rangkaian persahabatan sejak sekian lama.
2.Elakkan daripada bertujuan untuk melarikan diri daripada konflik rumah tangga ataupun mencari semula hubungan lama.
3.Sama ada suami atau isteri, bawalah pasangan kita bersama untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan, silaturahim akan lebih ikhlas.
4.Pada masa yang sama, kita perlu juga memahami apabila pasangan kita bertemu semula dengan rakan-rakan lama, akan ada elemen kenakalan zaman persekolahan atau cerita-cerita nostalgik sedikit sebanyak.
5.Elakkan terlalu banyak bercerita tentang persahabatan kita di sekolah kepada pasangan, apatah lagi jika ada elemen perhubungan yang nakal atau percintaan monyet.
6.Jangan terbawa-bawa kenangan silam, kerana kita semua telah pun berkeluarga. Utamakan kebahagiaan keluarga dan eratkan rangkaian persahabatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wawa Zainal pernah berdepan pengalaman mistik. Pelakon, penerbit dan usahawan wanita terkenal, Wawa Zainal sewaktu ditemui di Malam Gala Filem Abnormal Buas menjelaskan pernah berdepan pengalaman mistik beberapa kali sepanjang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Aeril Zafrel.
Wawa Zainal Pernah Berdepan Pengalaman Mistik
Menurut Wawa dirinya pernah berjumpa beberapa kali objek aneh di kediamannya.
“Jumpa barang-barang pelik di rumah. Baru-baru ini pun ada juga saya juga.
“Di rumah, saya jumpa tiga atau empat hari lepas, batang pinang, limau dan wang syiling yang dibakar.
“Benda ini dah beberapa kali dah berlaku sejak kami berkahwin.
“Sebelum ini, saya dan Aeril pernah juga ‘keluar’ syiling dari badan dan sebagainya.
Wawa yang berasal dari Sabah itu turut memberitahu dirinya kadangkala menjadi trauma dan pernah terfikir tidak terlalu menonjol dikhalayak.
“Takut sebenarnya sebab hati orang, kita tak boleh nak baca. Kadang, nak kongsi pun saya takut. Kalau boleh saya nak di belakang tabir sahaja sekarang sebab dah trauma dah.
“Tapi, sebab perniagaan saya, saya tak boleh berada di belakang.
“Bila berubat, tak nak tahu siapa yang ‘buat’ sebab nanti takut timbul rasa tak seronok pula kan.
“Orang yang buat ini tak takut. Kita kalau nak buat orang, mesti kita akan terfikir balasan di akhirat dan kifarah di dunia.
“Tapi, itulah. Manusia lain-lain hatinya. Jadi, kita tak boleh menilai,” sambungnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!