Ajal maut di tangan tuhan. Allahu, beratnya ujian yang terpaksa ditanggung bagi seorang ibu yang masih sedang dalam tempoh berpantang apabila kehilangan anak yang baru sahaja berusia 25 hari, disamping suami dan ibu tersayang sekelip mata. Lebih menyayat hati, kemalangan tersebut berlaku dalam perjalanan pulang selepas melakukan pemeriksaan kesihatan bayi di hospital.
Sinar Harian melaporkan tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 25 hari maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.
Mereka yang maut adalah pemandu Proton Wira, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49; ibu mentuanya, Salmah Abdul Manap, 65, dan anaknya, Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang berusia 25 hari.
Isteri mangsa, Nor Iashah Abd Rani, 32, dan anaknya, Mior Mohamad Harraz Zamzainal, 3, dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang di sini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kemalangan itu berpunca apabila kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu terbabas sendiri di lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Ipoh.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang berada di laluan kanan dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar pengadang besi jalan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari.
Beliau berkata, kesemua mayat dan mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ads
Kereta terbabas yang mengorbankan suami, ibu dan anak tersayang. Foto PDRM
Kenal Kereta Abang
Sementara itu menurut adik mangsa yang kebetulan melalui kawasan kejadian terkejut apabila mengenali kereta jenis Proton Wira biru itu adalah milik mangsa, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49.
“Chor… bangun chor,” jerit Ismawati Ahmad Khusaray, 41, apabila melihat jenazah abangnya dibawa keluar oleh pasukan bomba dari kenderaan yang remuk akibat terbabas di Kilometer 47, Jalan Ipoh – Lumut di sini hari ini.
“Dari jauh saya dan suami nampak pasukan penyelamat menjalankan operasi. Terdetik dalam hati teruk kemalangan ini tetapi, apabila lihat kereta warna biru, saya tahu itu kereta abang saya.
“Kami berhenti dan luluh hati lihat sekujur tubuh yang tersepit itu abang saya. Saya tahu dia dah tiada tapi saya jerit panggil dia berulang kali,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang d sini.
Nahas itu turut mengorbankan ibu mentua Zamzainal, Salmah Abdul Manap, 65, dan bayi lelakinya, Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang baru berusia 25 hari.Isteri mangsa, Nor Iashah Abd Rani, 32, dan anaknya, Mior Mohamad Harraz Zamzainal, 3, dilaporkan masih menerima rawatan di hospital sama.
Ads
Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang baru berusia 25 hari turut terkorban dalam kemalangan ini.
Balik Pemeriksaan Hospital
Ismawati berkata, walaupun jarang bertemu, abang sulungnya yang dipanggil Chor itu sangat baik terhadap 12 adiknya.
“Mereka difahamkan baru pulang dari Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan kesihatan bayi mereka sebab kakak ipar masih dalam pantang.
“Setiap kali pemeriksaan, mereka akan bawa bersama ibu mentuanya sekali. Kali ini, mereka tidak bawa dua anak mereka yang berusia lapan dan enam tahun kerana bersekolah,” katanya.
Katanya, kakak iparnya menerima rawatan di wad kecemasan reda dengan pemergian suami dan ibunya dalam kejadian itu.
“Ketika mula sedar dia mencari suaminya dan kami memaklumkan keadaan sebenar. Mulanya dia menangis tapi lama-lama dia mula reda,” katanya.
Ads
Jenazah kedua-dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pisang, Bota Kiri, pagi esok.
Jenazah Salmah dibawa keluar untuk dikebumikan di Tanjung Dedalu.
Tak Sangka Ibu Terbabit Kemalangan
Sementara itu, anak sulung kepada arwah Salmah, Rosli Abd Rani, 41, tidak menyangka ibunya turut terbabit dalam kejadian itu.
“Adik telefon beritahu mak dah tiada tetapi saya tidak percaya tapi saya tetap bergegas pulang dari Bidor.
“Saya sempat melihat adik, Nor Iashah di wad kecemasan dan dia menerima jahitan di lidah dan anaknya berusia tiga tahun akan dirujuk ke Hospital Seri Manjung kerana penyakit asma,” katanya.
Katanya, jenazah ibunya dibawa pulang ke kampung halaman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Dedalu, Parit.
MW: Salam Takziah buat keluarga mangsa. Semoga wanita ini diberi kekuatan dan reda dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan. Al Fatihah.
Kecoh rumah diserbu, Che Ta tenang kongsi gambar menu ‘lunch,’ sempat muat naik ucapan ‘birthday’ anak. Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta masih sempat mengemaskini akaun Instagramnya meskipun namanya kini ‘trending’ di mana-mana.
Kecoh Rumah Diserbu, Che Ta Tenang Kongsi Gambar Menu ‘Lunch’
Nama Che Ta menjadi bualan kerana didakwa gagal melunaskan hutang sebanyak RM1 juta.
Selain ucapan hari lahir buat anak keduanya, Aniq Azzra, Che Ta turut berkongsi foto comel anaknya sewaktu kecil. Menerusi Instagram story pula, Che Ta berkongsi menu makan tengahari.
Sempat Muat Naik Ucapan ‘Birthday’ Anak
Happy 26th birthday to anak mummy yang kecik-kecik dulu macam bear. Nasib baik bila dah besar segak.- tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Untuk sekadar info, rumah Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada Selasa pagi. Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam kediaman untuk disita.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pada mulanya, anak-beranak ini berborak soal agama dan siapa sangka ia berakhir tragedi berdarah. Suami isteri warga emas ini dibunuh kejam anak sendiri.
Berborak Soal Agama Berakhir Tragedi Berdarah
Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar anak sendiri di rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta, semalam.
Dalam kejadian 11.55 malam itu, lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berumur 64 tahun maut ditikam dan dikelar di leher oleh anak mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati anak mangsa yang berusia 34 tahun adalah penganggur.
Suami Isteri Dibunuh
“Kejadian berlaku ketika suspek bersama ayah dan ibunya sedang berborak.
“Tidak lama kemudian, ibu suspek masuk ke bilik. Suspek berborak dengan ayahnya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa ternampak mata bapanya bertukar hitam dan seakan hendak menyerangnya menyebabkan dia mengambil parang dalam bilik dan menetak mangsa.
Dibunuh Kejam Anak Sendiri
“Ibu suspek yang nampak kejadian cuba membantu tetapi suspek menyerang wanita itu dengan menetak dan menikam di leher dan kepala.
“Ibu suspek sempat melarikan diri keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar.
“Suspek keluar mencari ibunya tapi tidak nampak sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia seterusnya keluar dan berjalan sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Suspek Ditahan Orang Kampung
Mohd Yusri berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.
Katanya, penduduk kemudian ke rumah suspek dan ternampak bapanya terbaring di lantai manakala rumah dipenuhi darah.
Beliau berkata, ibu suspek pula ditemukan terbaring di kawasan berumput dekat pagar.
Katanya, penduduk menahan suspek sehingga polis tiba dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita : Allahuakbar, sudah pasti kejadian yang berlaku ini menyentap perasaan seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga supek mendapat pembalasan yang setimpal jika dia benar-benar bersalah.
Nak buat ikan rebus ada pelbagai cara. Ikan rebus ni sedap digoreng, dibuat sambal atau dimakan begitu sahaja. Namun Ikan rebus versi Kelantan v/s Thailand ada caranya. Memang mudah, masukkan sahaja semua bahan-bahan dan rebus dengan api perlahan sehingga hampir kering.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Vi Ibi Haji Ariffin ini sebagai rujukan;
Ikan rebus cara Kelantan v/s Thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je. Bolehlah stok untuk 3 atau 4 hari.
Bahan-Bahan:
1kg Ikan selayang/tongkol/Sardin pun boleh
Segenggam Garam kasar
Segenggam Asam keping
2 keping Gula nise/gula melaka
4 batang Serai
Daun limau purut
Lengkuas hiris
Bawang putih tumbuk kasar
Air separas ikan
Cara Membuat:
Rebus semua bahan sekali. Rebus dengan api perlahan hingga hampir kering. Walaupun gula 2 keping tapi insyaAllah tak jadi pengat.
Kalau buat banyak boleh simpan dalam peti. Nak makan baru goreng.
Safura syukur rumah tangganya bersama Shahronizam kekal kukuh meskipun pernah melalui badai dan hampir retak. Ini kisah penuh perjalanan 20 tahun perkahwinan mereka.