Berita

Wanita Berstatus Isteri Nikah Lelaki Lain Tanpa Pengetahuan Suami

Share

Dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing, memetik laporan akhbar Tribunnews. Kedua-dua wanita tersebut merupakan warga Kota Mamuju di Sulbar dan mempunyai status sudah berkahwin.

Biasanya kebanyakan suami menikahi wanita lain tanpa izin isteri, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kejadian tersebut.

Artikel lain: Lelaki Dimadukan, Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri

Kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.

Dua wanita ditahan dan disiasat polis selepas menikah lagi tanpa pengetahuan suami masing-masing. – TRIBUNNEWS

“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin,” kata pegawai polis, H Muhtar.

“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan di balai polis, maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.

“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah yang lain tanpa izin suami,” kata Muhtar. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Baca lagi: Kanak-kanak Perempuan 4 Tahun Selamat Bertunang, Ibu Bapa Nazar Ketika Di Arab Saudi

 

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

 

Published by
Has