Wanita Berpura-Pura Diculik Perompak, Minta Wang Tebusan Dari Suami Sendiri. Macam-macam ragam, tak sangka akibat menanggung hutang yang banyak, sanggup mereka cerita diri diculik, demi menuntut wang tebusan dari suami sendiri.
Pura-Pura Diculik
Seorang wanita dari Babakan Madang di Bogor, Jawa Barat mendapat perhatian warga net kerana berpura-pura diculik perompak bersama anaknya baru-baru ini.
Lapor Kompas.com, ibu muda itu merancang penculikan itu semata-mata untuk meminta wang tebusan berjumlah 50 juta rupiah (RM14,044) daripada suaminya.
Menurut laporan awal, wanita itu diculik bersama anaknya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dan dia sempat mencetus kekecohan dengan memuat naik insiden itu di media sosial pada Rabu lalu.
Menanggung Hutang
Namun helahnya itu terbongkar selepas dia ditemukan di Puncak di Jembatan Gadog di wilayah Cisarua, Jumaat lalu.
Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dan anaknya tidak diculik sebaliknya hanya berpura-pura kerana diselubungi hutang berjumlah 45 juta rupiah (RM12,638).
“Wanita itu mereka kisah penculikan itu dengan dibantu seorang rakan sekerja untuk mendapatkan wang membayar hutang tanpa pengetahuan suaminya.
“Dia pergi ke kawasan Cijeruk dan mengambil gambar seolah-olah diculik dengan mulut diikat, mata terpejam sambil memegang anaknya. Foto itu kemudian dihantar kepada suaminya untuk meminta wang tebusan,” jelas Iman.
Wanita itu kemudian mula berasa takut dan memutuskan untuk pergi ke Jalan Raya Cisarua di Puncak Bogor dan kemudian meminta bantuan penduduk yang sedang melintas jalan supaya menghubungi suami serta ibu bapanya.
Polis yang mendapat laporan itu menemani suaminya ke lokasi berkenaan dan turut menyiasat rakan yang bersuhabat merancang penculikan itu.
Mesti Baca:Diculik Pengasuh Ketika Bayi, Wanita Temui Keluarga Kandung Selepas 51 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:16 Hari Diculik Agen Jualan Kosmetik Berjaya Diselamatkan, Doa Ibu Ayah Didengari Allah
Artikel Menarik:Mak-Mak Bukan Golongan Lemah, Mujur Ada Ilmu Pertahankan Diri Selamatkan Anak Dari Diculik
Mingguan Wanita: Macam-macam drama, boleh pula reka cerita diculik, minta wang tebusan dari suami sendiri. Terus terang minta je kan senang.
Sumber: Utusan
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI