wanita-berjaya

Sebenarnya tidaklah sesukar mana mahu menjadi wanita berjaya dan positif. Namun, untuk melaksanakannya ia memerlukan kesungguhan, komitmen, kekuatan malah disiplin diri yang tinggi.

Apabila berjaya dalam kehidupannya, wanita akan memperoleh ketenangan hati yang besar. Biar pun diasak kehidupan serba mencabar, dia tidak akan mengalah. Malah, terus melangkah.

Wanita ini, Dzuriasikin Dzulkefli berkongsi tip 10 perkara untuk menjadi wanita berjaya dan positif. Mahu mendapatkannya ada usaha yang perlu dilakukan oleh diri anda sendiri.

Semoga kejayaan terus dekat di sisi anda, dan jadilah wanita terbahagia dan berjaya untuk diri anda sendiri. Kemudian, insyaAllah akan memberi bahagia kepada orang lain juga.

10 PERKARA UNTUK JADI WANITA BERJAYA DAN POSITIF

1. Nak jadi wanita berjaya, kita kena ubah sekurang-kurangnya 3 perkara ini:
Ubah cara berfikir.
Dan Ubah dengan siapa kita berkawan.
Ubah habit (perkara yang biasa kita lakukan).

2. Wanita yang berjaya selalu berfikiran positif. Walau ada banyak perkara negatif yang berlaku dalam hidup mereka, mereka akan terus bersangka baik dan menerima halangan sebagai cabaran. Apa sahaja kata tidak baik orang kepada mereka akan dijadikan sebagai pembakar semangat. Pengalaman silam dijadikan sebagai panduan yang mematangkan.

Ads

3. Wanita yang positif tidak akan mudah berkecil hati tetapi sentiasa berlapang dada, mencari jalan terbaik untuk meneruskan langkah, tanpa pernah menyalahkan orang lain. You have to keep moving on ok!

4. Wanita yang positif dan berjaya bukan sahaja tidak meletakkan bahagia dalam genggaman orang lain malah tidak meletakkan kesalahan terhadap orang lain juga biarpun sesuatu berlaku tidak seperti yang diharap atau dirancang.

Baca : ‘Bercerai Belum Tentu Putus’ Perpisahan Itulah Jalan Akhir Bagi Isteri Yang Tidak Bahagia

Tenang, Berani, Bijak Membuat Keputusan

5. Wanita yang positif akan “melepaskan” dan memaafkan dengan sangat mudah. Tenang, berani serta bijak untuk membuat keputusan yang matang. Stay calm dan banyak berserah kepada Tuhan ya!

Ads

6. Wanita yang berjaya dan positif akan memilih untuk berkawan dengan orang yang mempunyai pemikiran yang untuk berjaya juga. Ataupun yang sudah berjaya. Selalu bercerita tentang kejayaan, perkara positif serta hal-hal yang baik. Tidak berbincang tentang masalah, halangan apa lagi tentang keburukan orang lain.

7. Memilih kawan ini bukanlah bermaksud untuk menjauhi sahabat lama atau hanya berkawan dengan orang yang berjaya sahaja dan menjauhi sahabat yang kurang bernasib baik. Tetapi carilah kawan baru bagi menambah ilmu agar lebih berjaya. Bahasa yang lebih mudah adalah, ubah kitaran sahabat kita.

Kisah Penjual Minyak Wangi

8. Pernahkah anda mendengar sebuah perumpamaan?
Teman yang baik dan teman yang buruk itu adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu minyak wangi tersebut atau kamu membeli daripadanya atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Ads

9. Wanita yang positif dan berjaya pasti mempunyai habit yang luarbiasa. Sentiasa menyibukkan diri dengan banyak perkara yang bermanfaat. Punya impian dan bertindak selaras mengikut cita-citanya. Menepati janji. Optimis and persistent. Tidak berubah-ubah fikiran. Anda faham bukan?

10. Nak jadi wanita yang positif dan berjaya wajib jaga solat. Kerana solat ini perkara asas untuk didik diri menjadi berdisiplin. Jika tiada disiplin dalam diri, susah untuk kita berjaya. Solat juga adalah syarat untuk berjaya dalam banyak perkara lain. If you failed in this, you will fail in many other things in life…. Tidak kisah siapa kita, solat adalah perkara yang paling utama dalam hidup.

Seperkara lagi, jika nak berjaya… bersedekahlah dengan sebanyak mungkin. Kerana orang yang berjaya adalah orang yang merendahkan hatinya sendiri untuk membantu orang lain.

Sumber/Foto : Dzuriasikim Dzulkefli dan Cikgu Suhaimi Salleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI