Wanita Beranak 4 Atau Lebih Dikecualikan Cukai Pendapatan Seumur Hidup Di Hungary, Untunglah!

Share

Penurunan kadar kelahiran bayi yang semakin membimbangkan boleh mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Pelbagai insentif menarik ditawarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penambahan populasi dalam negara.Selain China dan Singapura berdepan dengan krisis ini, negara Hungary juga tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.

Pengecualian Cukai Pendapatan Seumur Hidup

Terbaru, kerajaan Hungary telah mengumumkan berita baik buat wanita Hungary yang mempunyai empat orang anak atau lebih akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan seumur hidup, umum Perdana Menteri Viktor Orban. Ia sehubungan rancangan kerajaan untuk menggalakkan kelahiran di negara itu.

Menurut Orban, ia merupakan langkah mempertahankan masa depan Hungary tanpa bergantung kepada golongan imigran/warga asing.

Populasi Hungary dikatakan menurun 32,000 orang setiap tahun dan wanita di negara itu mempunyai jumlah anak yang sedikit berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban Kredit Foto: AP: Szilard Koszticsak

Pinjaman Tanpa Faedah

Selain langkah pengecualian cukai, pasangan muda juga akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah yang akan dibatalkan apabila mereka memiliki tiga orang anak.

Rancangan Kerajaan Menggalakkan Kelahiran

Dalam ucapan rasmi kepada rakyat, Orban turut mengumumkan beberapa langkah menggalakkan penambahan populasi termasuk membina 21,000 nurseri kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun, tambahan dana untuk sistem kesihatan negara, bantuan kerajaan negeri bagi pembelian kenderaan 7 tempat duduk dan juga subsidi perumahan.

MW: Setiap kelahiran anak pasti ada rezekinya yang tersendiri.Tak rugi beranak ramai banyak kelebihannya. Namun pastikan, kita besarkan anak-anak sebaiknya, cukupkan keperluan dan kasih sayang buat mereka.

Baca Sini: Bimbang Penurunan Kadar Kelahiran, China Tawar 3 Insentif Menarik Ini Galakkan Rakyat Tambah Anak!

Sumber: Sinar Harian, BBC

Published by
Suhaidah Abd Wahab