Laungan azan yang mendayu-dayu memang mampu menusuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Termasuklah anak kecil yang masih tidak mengetahui apa-apa mengenai laungan kalimah suci ini.
Seorang ibu yang juga penganut agama Kristian terkejut apabila melihat kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan yang dibuka dalam telefon bimbit.
Malah, yang menghairankan ibu kanak-kanak itu ialah anaknya akan menangis setiap kali dia menutup laungan azan yang sedang didengarnya.
Anaknya hanya akan berhenti menangis apabila dia memasang semula azan berkenaan.
Menurut perkongsian di akaun Tik Tok milik ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan, @mamiyzio, dia dilihat bertanya kepada anak lelakinya kenapa dia suka mendengar azan.
“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?
“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?,” katanya menerusi kapsyen yang ditulis di video berkenaan.
Rakaman video yang tular dengan jumlah tontonan sebanyak 24.5 juta dan 1.2 juta tanda suka itu dipercayai berlaku di Indonesia.
Video berdurasi dua minit dan 29 saat yang dimuat naik itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang tersentuh hati melihat kelakuan baik kanak-kanak itu.
@mamiyzio Aku harus sedih atau bangga ini ceritanya🥹😀 #masyaallahtabarakkallah ♬ suara asli – Mamidanzio
Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan serta kata-kata yang baik.
Sementara itu, video berasingan di akaun yang sama memaparkan rakaman video wanita itu menyuap makanan kepada anak lelakinya sambil membuka laungan azan.
Menerusi kapsyen yang ditulis, katanya dia tidak kisah membuka laungan azan, yang penting anaknya mempunyai selera untuk makan.
@mamiyzioMaaf y keterusan krn emg pada dasarnya anak ku g doyan sama yg lain kecuali suara azan berkumandang😂🥹♬ suara asli – Mamidanzio
Mesti Baca:“Indahnya Bunyi Azan Sehingga Sering Terngiang-Ngiang Di Telinga” Wanita Mualaf Nur Asmah Esther
Baca Lagi Di Sini:Pemergian Dicemburui, AJK Surau Dijemput Pencipta Ketika Laungkan Azan Subuh
Artikel Menarik:Mulanya Laungan Azan Menyakitkan Hati, Namun Ajaran Islam Lembutkan Jiwa Julia
Mingguan Wanita: Semoga laungan azan ini dapat membuka pintu hati untuk memperolehi hidayah buat keluarga kecil ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.