Kekeluargaan

Wanita Bekerja VS Suri Rumah, Ada Kurang, Ada Lebih, Janganlah Bandingkan

Share

Wanita bekerja vs suri rumah, ada kurang, ada lebih, janganlah bandingkan. Dalam masyarakat moden hari ini, peranan wanita telah berkembang dengan pesat. Wanita kini bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu dan isteri, tetapi juga semakin ramai yang menceburi dunia pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja.

Wanita Bekerja VS Suri Rumah, Ada Kurang, Ada Lebih, Janganlah Bandingkan

Namun, di sebalik perubahan ini, masih wujud perbandingan yang sering dibuat antara wanita yang bekerja dan suri rumah. Perbandingan ini, yang kadangkala tidak adil, boleh mencetuskan konflik dan tekanan dalam kalangan wanita itu sendiri.

Soal rezeki golongan wanita bekerja dan jadi suri rumah memang tak dapat dibaca, ada yang bekerja tapi tetap rasa tak cukup. Ada sesetengah yang merasa jadi suri rumah malah siap dapat berjalan ke luar negara dan boleh dapat apa yang dia nak dengan mudah!

Namun sebenarnya bersebab dan itu dari Ilahi atas apa yang kita dah usahakan. Kadang keinginan untuk memperbaiki taraf hidup, wanita gigih keluar mencari rezeki. Malah walau jadi suri rumah, fikiran seorang masih ligat memikirkan cara untuk langsaikan hutang yang ada dan membantu meringankan beban suami.

Mungkin zaman bujang, wanita rela bekerja sebab ingin dapat wang poket sendiri, kepuasannya dapat membeli segala kehendak dan berkongsi rezeki dengan keluarga tersayang. Tetapi bagaimana bila sudah berumah tangga, cabarannya adalah terpaksa tinggalkan anak di rumah pengasuh dan lagi teruk apabila melihat suasana rumah tidak terurus!

Ya… inilah yang dikatakan ada kebaikan dan keburukan apabila kaum mak-mak turut keluar mencari rezeki. Nak tengok lebih jauh, jom semak artikel ini.

KEBAIKAN UNTUK ISTERI BEKERJA

1. Tak perlu meminta dan memujuk suami untuk beli sesuatu barang untuk anak. Terus hulur duit pendapatan sendiri! Kadang bukan suami tak nak bagi tetapi duit yang ada pun cuckup-cukup.

2. Dapat bantu keluarga di kampung. Tak semua yang ditakdirkan hidup senang, jadi bila kaum wanita bekerja, dia tak berkira nak hulur pada mak ayah atau adik beradik yang perlukan duit.

3. Penampilan lebih terurus! Ops, bukan nak kata suri rumah comot ya! Sebenarnya boleh je mak-mak suri rumah pun melawa. Tetapi kebanyakan memilih pakai biasa-biasa sebab tak ke mana pun. Takat duduk di rumah, ramai yang suka baju t-shirt dan kain batik.

4. Ada duit untuk beli baju baru setiap bulan. Haaa… tahu tak, realitinya perempuan ni memang pantang asyik pakai baju sama. Sebab itulah wujudnya perangai perempuan yang suka termenung depan almari. Alih-alih akan sebut, “Abang, tak ada baju nak pakai lah.” Padahal, bertimbun yang masih tak berlipat!

5. Tak berkira beli jamu dan produk kecantikan. Ini betul, bila tak kerja, sesetengah wanita rela tolak tepi bab nak beli produk. Padahal bila usia dah lebih 30, wanita patut ambil banyak suplemen. Kalau kerja, dapat gaji je, boleh beli sendiri tanpa rasa bersalah.

6. Dalam diam dapat simpan duit masa depan anak-anak. Kalau yang tak buat ni, memang rugi. Tak nak lah anak-anak terikat macam sesetengah orang, terpaksa berhutang semata-mata nak hantar anak belajar tinggi. Cuba mak-mak sediakan setiap bulan duit poket anak. Menabung dengan niat mudahkan masa depan anak.

7. Boleh pikat hati mentua dan adik beradik ipar dengan sedikit hadiah. Selalunya sesekali jumpa, apa salahnya bertukar hadiah, sedekah cara ini pun boleh panjangkan silaturrahim.

8. Tak berkira nak belanja kawan makan, dah berduit mungkin boleh buat!

9. Ini paling best, dapatlah kumpul duit pergi ke tanah suci lebih cepat. Siapa tahu ada rezeki ke sana.

10. Ada duit lebih untuk gembirakan hati keluarga dengan membawa mereka berjalan-jalan. Nak harap duit suami, memang tak cukuplah.

KEBAIKAN BILA ISTERI SURI RUMAH

1. Makanan kat meja akan siap ikut waktu, bestnya makan! Sarapan ada, tengah hari ada, menu petang ada, da malam pun ada. Lengkap!

2. Anak-anak ada peluang belajar dengan ibu sendiri. Kadang bila dah bekerja, penat. Lagi sedih, sampai rumah malam-malam tengok anak dah tidur nyenyak.

3. Bila-bila waktu isteri boleh ke mana-mana, tak terikat dengan masa. Tidaklah bereperang dengan urusan kerja.

4. Pakaian suami dan anak-anak siap digosok.

5. Rumah bersih dan pakaian berlipat siap.

6. Boleh buat kerja ikut minat di rumah, belajar masak, menjahit, berkebun, tanam bungan, mengait dan sejenis kerja kreatif.

7. Boleh layan tetamu yang nak datang secara mengejut lebih baik dan dialu-alukan.

8. Boleh buat bisnes di rumah. Kalau pandai dan minat inilah peluangnya! Janji masyukkkk…

9. Ada masa lebih banyak untuk layanan karenah anak dan suami. Anak merengek macam-macam pun ok je!

10. Emosi lebih stabil sebab tak perlu fikir pasal kerja dan diganggu atas urusan kerja.

Tidak kira sama ada seorang wanita itu memilih untuk bekerja atau menjadi suri rumah, kedua-dua pilihan ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar. Setiap wanita berhak memilih jalan hidup yang sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka sendiri, tanpa rasa bersalah atau tekanan daripada masyarakat.

Apa yang lebih penting ialah kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga. Setiap wanita, dalam apa jua peranan, memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan generasi yang akan datang.

Baca artikel lain juga: Dilema Wanita Bekerja, Terpaksa Bantu Suami, Tak Mahu Dikata Jadi Beban, Nak Ada Wang Sendiri

Kerja Rumah Memenatkan Tapi Ramai Yang Tak Nampak, Tak Mudah Jadi Suri Rumah Tangga

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

Published by
Has