Wanita Adalah Kunci Kepada Pelaburan Yang Lestari

Share

Pelaburan yang lestari sudah menjadi ‘trend’ dunia khusus pada pelaburan institusi dan runcit. Malah, semakin ramai pelabur berminat dengan konsep yang menggunakan pelaburan untuk membawa perubahan positif di dunia.

Pelaburan lestari bukan lagi satu pilihan. Ianya bukan hanya dapat menguruskan risiko dengan baik, pelaburan lestari juga mampu memberi kesan positif jangka panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar. Pelaburan kini bukan lagi hanya didominasi oleh kaum lelaki malah tidak dinafikan wanita juga berperanan penting dalam pelaburan dan sekaligus sebagai kunci kepada pelaburan yang lestari.

Wanita Adalah Kuasa Ekonomi

Ini kerana wanita juga memegang tampuk kuasa ekonomi. Penglibatan wanita secara keseluruhannya baik yang bujang mahupun sudah berkahwin dilihat berupaya membuka peluang dalam pertumbuhan ekonomi negara menerusi penglibatan diri dalam pelaburan. Walau bagaimanapun, perkara ini sering kurang mendapat perhatian kerana kita masih menghadapi stigma dimana ‘wanita bukan tunggak utama, wanita akhirnya akan ke dapur jua.”

Wanita Berfikiran Lebih Jauh Dalam Merancang Kewangan

Sebenarnya antara kelebihan wanita ialah mempunyai motivasi yang tinggi dalam memikirkan kesan dan pulangan dalam keputusan kewangan mereka. Wanita bijak merancang dan merencana kewangan, berfikiran lebih jauh dalam jangka panjang yang mampu memberikan nilai pulangan yang berbaloi buat mereka.

Wanita juga dilihat lebih cenderung dan bermotivasi dalam melakukan kebaikan daripada pulangan pendapatan mereka. Wanita yang sensitif terhadap persekitaran dan mempunyai empati yang tinggi menjadikan mereka lebih ‘memilih’ dalam jenis pilihan pelaburan yang ditawarkan di pasaran.

Selain dari itu, pelaburan juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, sebagai contoh – dengan melabur menerusi pelaburan berkonsep wakaf. Ia lebih praktikal dan efektif dalam mengumpul pulangan dari pelaburan yang dilakukan, pada masa yang sama juga dapat memperuntukkan sebahagian pulangan kepada pihak-pihak yang lebih memerlukan. Nilai yang sedemikian boleh membantu meningkatkan semangat wanita untuk melabur dan meningkatkan kekayaan mereka untuk jangka masa panjang, bukan sahaja didunia malah diakhirat juga.

Faktor Wanita Kurang Melabur
Namun demikian, terdapat juga faktor yang menyebabkan wanita kurang melakukan pelaburan. Antaranya kerana kurang yakin mengenai cara menguruskan kewangan sendiri dan lebih mengharapkan pasangan sahaja untuk membuat pelaburan. Bahkan, ada juga wanita yang terikat dengan stigma bahawa “pelaburan tidak sesuai dan sangat berisiko untuk wanita, lebih baik duit yang ada disimpan dalam akaun bank”.

Hakikatnya, wanita kini memiliki satu per tiga daripada aset persendirian atau peribadi di seluruh dunia. Wanita perlu berani membuat pelaburan pada zaman ini di mana wanita kini mulai terbuka dan menyedari bahawa pelaburan bukan hanya untuk lelaki. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis pelaburan yang ditawarkan dan yang pasti wanita melabur untuk memperbaiki ekonomi sendiri dan keluarga tanpa mengharapkan 100 peratus daripada pasangan mahupun keluarga.

Hala tuju perjalanan wanita sekarang mampu untuk mengubah semula industri pelaburan sepenuhnya. Wanita juga mempunyai pandangan tentang masa hadapan yang membanggakan iaitu melabur untuk diri sendiri juga bererti melabur demi masa hadapan bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors Berhad, sila layari www.kenangainvestors.com.my

Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik, memupuk kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran, juga melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab dan liabiliti untuk ketetapan, kesempurnaan mahupun kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.

Published by
webadmin