Siapa sangka pada usia yang mencecah separuh abad, wanita ini kekal cergas, bertenaga dan masih mampu melakukan aktiviti lasak serta ekstrim seperti ‘Bungee Jumping’ ini. Bukan itu sahaja, terjunan sebanyak 23 kali dalam masa satu jam di jambatan setinggi 216 meter di Afrika Selatan sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia. Memang hebat dan luarbiasa semangat kentalnya.
Seorang wanita dari Afrika Selatan memecah Guinness World Records selepas melakukan terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ selama 23 kali dalam masa satu jam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Linda Potgieter, 50, melakukan cubaan memecah rekod dunia itu di jambatan tertinggi di Afrika Selatan iaitu Jambatan Bloukrans (216 meter) merentasi Sungai Bloukrans.
Percubaannya itu turut dirakam untuk episod siri e-televisyen, Stumbo Record Breakers.
Wanita itu turut mengatasi rekod sebelumnya yang dicipta oleh Veronica Dean pada 2003, juga dari Afrika Selatan. Dean melakukan 19 terjun lelabah dalam masa satu jam di lokasi sama.
Menurut Potgieter, dia bersiap sedia untuk melakukan rekod tersebut dengan bantuan jurulatih, Eugene Eloff yang melaksanakan rejim latihan yang ketat bagi meningkatkan keupayaan kecergasannya ke tahap tertinggi.
Meskipun melakukan latihan di gimnasium, Eloff mengaku bahawa cabaran tersebut memerlukan 90 peratus kekuatan mental dan hanya 10 peratus kekuatan fizikal.
“Kita boleh melakukan apa sahaja jika meletakkan keazaman yang kuat dalam minda,” kata Potgieter.
Wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang dengan tangkas menariknya ke atas jambatan selepas setiap terjunan.
Mesti Baca:Semangat Luarbiasa, Ibu Anak 8 Berjaya Genggam PhD Biokimia Pergigian Usia 38 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:51 Tahun Menetap Di Terengganu, Wanita Perancis Gigih Siapkan Kajian PhD Kebudayaan Masyarakat!
Artikel Menarik:Jadikan Sebahagian Daripada Hidup, Wanita OBSES PIZA Pecah Rekod Dunia!
Mingguan Wanita: Meskipun usia mencecah separuh abad, masih kekal cergas bertenaga untuk melaukan aktiviti lasak dan ekstrim sebegini. Memang terbaik!
Sumber: Kosmo, Guinness World Records
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.