Siapa sangka pada usia yang mencecah separuh abad, wanita ini kekal cergas, bertenaga dan masih mampu melakukan aktiviti lasak serta ekstrim seperti ‘Bungee Jumping’ ini. Bukan itu sahaja, terjunan sebanyak 23 kali dalam masa satu jam di jambatan setinggi 216 meter di Afrika Selatan sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia. Memang hebat dan luarbiasa semangat kentalnya.
Seorang wanita dari Afrika Selatan memecah Guinness World Records selepas melakukan terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ selama 23 kali dalam masa satu jam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Pecah Rekod Dunia
Linda Potgieter, 50, melakukan cubaan memecah rekod dunia itu di jambatan tertinggi di Afrika Selatan iaitu Jambatan Bloukrans (216 meter) merentasi Sungai Bloukrans.
Percubaannya itu turut dirakam untuk episod siri e-televisyen, Stumbo Record Breakers.
Ads
Wanita itu turut mengatasi rekod sebelumnya yang dicipta oleh Veronica Dean pada 2003, juga dari Afrika Selatan. Dean melakukan 19 terjun lelabah dalam masa satu jam di lokasi sama.
Rejim Latihan Ketat
Menurut Potgieter, dia bersiap sedia untuk melakukan rekod tersebut dengan bantuan jurulatih, Eugene Eloff yang melaksanakan rejim latihan yang ketat bagi meningkatkan keupayaan kecergasannya ke tahap tertinggi.
Ads
Meskipun melakukan latihan di gimnasium, Eloff mengaku bahawa cabaran tersebut memerlukan 90 peratus kekuatan mental dan hanya 10 peratus kekuatan fizikal.
“Kita boleh melakukan apa sahaja jika meletakkan keazaman yang kuat dalam minda,” kata Potgieter.
Wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang dengan tangkas menariknya ke atas jambatan selepas setiap terjunan.
Pengacara, Personaliti Telivisyen dan Penulis Lirik lagu-lagu puitis, Ahmad Fedtri Yahya,39, dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan. Fedtri cedera di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.
Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius pada anggota badan lain.
“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.
“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya.
Kecederaan Bahagian Muka
Menurut Anati, suaminya jatuh tersembam menyebabkan bahagian muka mengalami kecederaan.
“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdarah.
“Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembedahan untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.
Berita kemalangan ini juga dikongsikan menerusi laman sosialnya di Instagram oleh isteri Fedtri sendiri, Nurul Anati Ismail, 35, yang berkongsi gambar keadaan terkini suaminya selepas melakukan pembedahan. Anati turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan kesembuhan suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,”katanya.
Ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad,Imam Muda Asyraf,Mira Filzah, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Berita gembira daripada pasangan pelakon Shaheizy Sam,36 dan Syatilla Melvin 27 apabila baru sahaja mengumumkan bakal menerima anak kedua tidak lama lagi.
Ramai yang mengetahui, Syatilla pernah keguguran sebelum ini iaitu pada bulan Julai lalu. Redha dengan keguguran tersebut, ternyata pasangan ini dikurniakan rezeki anak sekali lagi.Lebih istimewa, berita kehamilan ini diketahui dan diumumkan pada tarikh hari lahir Sam sendiri.
Pasangan ini juga ada berkongsi gambar imbasan ultrasound bayi didalam Instagramnya sebentar tadi beserta kapsyen seperti berikut;
“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi.Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi birthday present kat baby besaq ni. Besday besday laki ku♥️ .Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rabb.”
Sebelum itu dalam posting terdahulu,isteri kepada Shaheizy Sam ini ada memberikan kek sempena hari jadi tersayang suami tersayang. Menariknya, kek tersebut dihiasi dengan ‘puntung-puntung rokok’, sebagai sindiran buat Sam yang merokok.
“Happy birthday my man♥️♥️♥️aku sayang kau sampai mati sezzy sam♥️♥️ . Anne thank you makbulkan hasrat aku nak cake paling sinis ni. I love you.”
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy 1 tahun 4 bulan.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Shaheizy Sam, serta tahniah buat pasangan ini bakal menerima anak kedua. Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.
Dalam era globalisasi digital sekarang, ramai wanita lebih selesa membeli belah secara atas talian melalui pelbagai platform e dagang. Salah satu yang menarik untuk diteroka adalah aplikasi e-dagang yang paling popular iaitu Taobao.
Raih Segalanya di Jualan Taobao Malaysia 11.11
Taobao bukan hanya sekadar platform beli-belah, tetapi ia juga destinasi di mana pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan.
Terbaru aplikasi ini telah melancarkan versi bahasa Inggeris untuk pembeli yang tidak fasih berbahasa Cina supaya mereka boleh membuat pembelian tanpa perlu menggunakan terjemahan Google.
Sebelum ini, aplikasi Taobao hanya memaparkan tetapan bahasa Cina dari awal penubuhannya. Namun, sejak September lalu pilihan bahasa Inggeris telah pun diwujudkan khusus untuk pengguna di Malaysia.
“Fikir Saja, Taobao Kan Ada”
Bagi merai pengguna baru bersempena jualan 11.11 akan datang, Taobao menawarkan pengalaman membeli belah lebih menarik untuk pengguna di Malaysia apabila ia kini boleh diakses di dalam bahasa Inggeris versi beta.
Raih Segalanya di Jualan Taobao Malaysia 11.11: “Fikir saja, Taobao kan ada”
Dengan tema “Fikir saja, Taobao kan ada” Jualan Taobao Malaysia 11.11, membolehkan pengguna meneroka pelbagai produk yang luar biasa, dari keperluan harian hingga aksesori yang unik.
Helmet lain dari yang lain
Di Taobao, apa sahaja yang anda bayangkan, pasti anda dapat temui. Daripada item fesyen untuk penampilan yang menonjol hingga helmet motosikal tema anak kucing bagi yang suka bergaya semasa menunggang, pilihan di Taobao adalah tanpa batas.
Helmet dengan tema yang unik seperti anak kucing ini tidak hanya berfungsi sebagai alat keselamatan, tetapi juga aksesori fesyen yang memikat. Dengan corak dan rekaan telinga anak kucing yang comel, ia pasti menarik perhatian orang di sekeliling dan memberikan imej yang ceria.
Rak beruang comel
Taobao juga menampilkan produk-produk lain yang pasti akan mencuit hati anda dan rakan-rakan. Bayangkan melengkapkan dekorasi ruang tamu anda dengan rak buku berbentuk beruang comel untuk suasana lebih ceria. Rak berbentuk beruang yang comel ini sesuai untuk menambahkan elemen manis ke dalam ruang rumah anda.
Beg kucing yang unik
Untuk pencinta kucing pula, terdapat beg bertemakan lebah yang menarik untuk si anak bulus. Dilengkapi dengan lubang kecil di bahagian hadapan, beg ini membolehkan si comel anda mengintai keluar dan melihat persekitaran.
Selain reka bentuknya yang unik dan comel, beg ini juga sangat praktikal untuk digunakan. Dengan ruangan yang selesa dan lubang pengudaraan yang cukup, kucing anda akan berasa selesa sepanjang perjalanan.
Bukan sahaja memudahkan anda untuk membawa kucing ke mana-mana, aksesori ini juga sangat sesuai untuk sesi fotografi yang pasti akan menceriakan akaun Instagram anda!
Promosi Hebat untuk 11.11 – Lebih Jimat, Lebih Meriah!
Sepanjang jualan 11.11, Taobao menawarkan pelbagai promosi hebat untuk pengguna Malaysia:
Penghantaran Percuma Setiap Hari: Rebut baucar penghantaran percuma setiap hari pada jam 10 pagi, bernilai RMB35 (bersamaan RM21) tanpa had perbelanjaan minimum!
Lebih Banyak Beli, Lebih Banyak Jimat: Dapatkan potongan RMB50 untuk setiap RMB300 yang dibelanjakan, bersamaan RM29 bagi setiap RM170 yang dibelanjakan.
Kod Promo Harian: Rebut kod promo bernilai sehingga RMB111 (bersamaan RM66) yang dikeluarkan setiap hari jam 9 malam di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
Kelebihan Pengguna Baru: Pengguna aplikasi Taobao baharu boleh menikmati faedah eksklusif bernilai sehingga RM90!
*Nilai promo sebenar ditentukan oleh kadar tukaran semasa.
Jualan 11.11 Taobao ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama bermula dari 21 Oktober pada 8 malam dan berakhir 11:59 malam pada 24 Oktober 2024 ini. Kemudian, untuk fasa kedua akan menyusul kembali pada 31 Oktober, 8 malam sehingga 11:59 malam 11 November akan datang.
Jangan lupa kunjungi Karnival G11.11LER Taobao x Tapak
Sempena jualan ini, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival G11.11LER! yang akan diadakan pada 7 hingga 10 November 2024 di Tapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur. Nikmati persembahan langsung, permainan menyeronokkan seperti mini bola sepak, gashapon, photobooth, dan peluang untuk memenangi kod promo dan barangan eksklusif Taobao.
Muat Turun Aplikasi Taobao Sekarang!
Bagi yang ingin turut serta dalam kemeriahan ini, aplikasi Taobao tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka tawaran menarik dan temui item-item unik hanya di Taobao 11.11 Sale!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!