Wani Comel ‘Pergi’ Hari Yang Sama Anak Saya Meninggal, Kerana Covid-19

Share

Wani Comel yang suatu ketika dulu pernah dikenali dengan kisah masalah berat badannya telah meninggal dunia pada 19 Ogos kira-kira jam 9 malam. Sebelumnya pada hari yang sama, sahabat baik arwah, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga dijemput Ilahi. Keduanya disahkan positif Covid-19.

Berkongsi coretan duka, ibu arwah Nabihah mencatatkan,

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) 

Assalamualaikum

Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.

Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19. Allahuakbar.. Allahuakbar.
Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama.
Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah.

AL FATIHAH”

Kalau Bihah Tak Ada, Wani Akan Ikut Sekali

Sehari sebelum keduanya meninggal dunia, ibu Nabihah terdengar perbualan anaknya dan Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim. Kata anaknya pada Wani, “Boleh ke kita ni?”

Kemudian, ibu ini dengar Wani beritahu Nabihah yang mereka kena kuat. “Wani kata, kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali.

“Tak sangka mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama.”

Selepas 5 Hari Positif Covid-19, Wani Comel Pergi Jua

Difahamkan arwah Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam (Rabu), manakala arwah Nabihah meninggal di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4 pagi hari yang sama.

Penjaga arwah Wani, Muhammad Shah Rovinderjit memaklumkan yang arwah dijangkiti Covid-19 selepas sehari menerima suntikan vaksin kedua pada 13 Ogos lalu. Selepas lima hari positif, arwah akhirnya pergi juga.

Arwah Nabihah pula positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Keduanya kuarantinkan diri di rumah saja.

Mingguan Wanita : Al-Fatihah, semoga Allah menempatkan arwah Nurul Airawani Nazira dan arwah Putri Nur Rabiatul Nabihah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : wanicomel20, mstar

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer