Berita

Wang RM30,000 Lesap Dari Tabung Haji, Pesara Menangis Akaun Cuma Berbaki RM1800

Share

Wang RM30,000  lesap dari Tabung Haji, pesara menangis akaun cuma berbaki RM1800. Bukan mudah mencari wang hari ini namun saat kehilangan wang yang disimpan di dalam bank, ia satu perasaan yang cukup menghampakan. Tambahan wang itu ingin digunakan untuk menunaikan umrah.

Hasrat bekas pegawai kanan kerajaan bersama suami ingin mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan tidak kesampaian apabila wang lebih RM30,000 yang disimpan dalam akaun Tabung Haji didakwa lesap baru-baru ini.

Wang RM30,000 Lesap Dari Tabung Haji

Jabidah menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan wang simpanannya. – Foto ihsan NSTP/ Mohd Roji Kawi

Air mata Datuk Jabidah Monseri, 66, menitis apabila mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji secara dalam talian disyaki telah dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak 2018.

Memetik laporan Sinar Harian, jelas pesara ini, dia menyedari perkara itu pada 30 November tahun lalu selepas terjumpa semula buku akaun simpanan Tabung Haji ketika mengemas rumah.

“Saya jarang mengemas dan buku itu terjatuh dari almari. Saya fikir adalah dalam RM30,000 lebih dan saya beritahu suami, kita pergilah Tabung Haji boleh kita pergi buat umrah.

Pesara Menangis Akaun Cuma Berbaki RM1800

“Selepas buat semakan, saya hampir pengsan dan menitis air mata kerana akaun saya hanya berbaki kira-kira RM1,800,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jabidah berkata, dia dimaklumkan bahawa ada menggunakan kad ATM memandangkan gajinya sebelum ini dimasukkan ke dalam sebuah bank.

“Saya memang ada guna akaun Tabung Haji untuk masukkan wang anak-anak setiap bulan. Cuma saya silap sepatutnya selepas saya bersara, saya patut tutup akaun tersebut, tetapi manalah saya tahu.

“Tabung Haji ada menyarankan saya buat laporan polis dan saya ada buat pada Disember 2023 namun tidak ada apa-apa tindakan sehingga perkara ini didedahkan barulah saya mendapat panggilan telefon daripada pihak polis,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tidak Hanya Bank, YB Fahmi Fadzil Pula Dedah Tabung Haji Ibunya Lesap RM75,000 Dalam Tempoh 15 Minit

Ibu Ini Kata Simpan RM30 Sebulan Dari Usia Anak 6 Bulan, Lepas 17 Tahun Ada Lebih RM10K Dalam Tabung Haji

Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji

Susulan daripada itu, Jabidah berkata, dia diminta membuat laporan polis sekali lagi di Balai Polis Sungai Maong, di sini.

“Saya diminta datang ke balai polis berkaitan kes tersebut dan membuat laporan semalam. Saya maklumkan juga saya tidak pernah kehilangan kad ATM malah tiada sesiapa tahu nombor pin keselamatan saya termasuk suami.

“Jadi pihak polis memaklumkan akan menjalankan siasatan termasuk akan mendapatkan maklumat daripada pihak bank dan Tabung Haji,” katanya.

Sebelum itu, Jabidah memaklumkan hasil semakan pada penyata terperinci akaunnya mendapati wang simpanannya itu dikeluarkan menerusi 30 transaksi bermula 26 Februari 2018.

“Daripada apa yang saya lihat transaksi tersebut, saya hairan pada hari yang saya masukkan wang pada hari itu juga wang saya RM12,000 dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, hasil pemeriksaannya mendapati tujuh transaksi dibuat menerusi pemindahan dari Tabung Haji ke beberapa akaun bank manakala 23 lagi menerusi pengeluaran menggunakan mesin ATM.

Pemindahan pertama ke akaun bank pada 26 Februari 2018 berjumlah RM10,000 dan pada tarikh sama, satu pengeluaran sebanyak RM1,000 dibuat menggunakan kad ATM.

Selepas itu, enam lagi pemindahan dari Tabung Haji ke akaun bank dibuat pada 11 Mac 2018 (RM5,000), 7 Mei 2018 (RM6,000), 21 Mei 2018 (RM5,000), 30 Mei 2018 (RM4,000), 27 Jun 2018 (RM3,500) dan 1 Januari 2019 (RM5,000).

Pengeluaran menggunakan mesin ATM pula bermula 26 Februari 2018 dan berlarutan sebanyak 23 transaksi sehingga 21 Januari 2020 dengan setiap pengeluaran antara RM1,000 hingga RM1,500.

Jabidah berharap kejadian itu mendapat perhatian pihak berkaitan dan Tabung Haji dapat mempertimbangkan untuk bertanggungjawab mengenai kehilangan wangnya itu.

“Ia bukan angkara scammer, malah kad ATM saya juga tidak hilang. Jadi Tabung Haji perlu bertanggungjawab mengenainya,” katanya.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Published by
Almaswa Haji Che Ros