Wan Maimunah menangis. Itulah reaksi pelakon senior Wan Maimunah apabila diberitahu terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
Pelakon drama yang terkenal dengan watak air mata itu juga begitu sebak selepas dimaklumkan Lembaga Tabung Haji perkhabaran gembira tersebut.
Wan Maimunah Menangis
Selepas mengetahui berita itu, Wan Maimunah terus melinangkan air mata dek kerana berasa sangat sebak. Malah dirinya juga tidak percaya akan menjadi tetamu Allah dalam tempoh yang sikit.
Seperti mana dipetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 62 tahun itu sangat syukur kerana doanya ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu dimakbulkan Tuhan.
“Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.
“Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.
“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.
“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.
Ads
“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” kongsi Wan Maimunah.
Wan Maimunah juga dijangka akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei ini.
“Tapi, saya kena berkumpul di hotel pada 9 Mei, barang pun tak sempat kemas lagi.
“Walaupun ke sana berseorangan, tapi saya yakin Allah akan jaga saya. Doakan semoga urusan ibadah haji saya berjalan lancar dan dipermudah semuanya,” luahnya,
Pada masa yang sama menerusi perkongsian di status Instagram rakan artis Wan Sharmila mendoakan agar Wan Maimunah akan mendapat Haji yang Mabrur.
“MasyaAllah rezeki Allah. Kepada Wan Maimunah.. Selamat menunaikan ibadah Haji. Semoga mendapat Haji Mabrur. Dan cepat kahwin,” tulis Wan Sharmila.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka dalam meniti usia warga emas, seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura, masih kekal aktif dan berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Tali pinggang hitam merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Taekwondo, dengan jumlah keseluruhan sembilan peringkat. Untuk mencapai tali pinggang hitam pertama, seseorang itu mesti mampu melakukan spar, bertahan menentang lawan dan memecahkan dua papan tiga inci dengan sebarang tendangan atau pukulan, menurut Active SG.
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada2018 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
Soh telah memenangi beberapa pingat di pertandingan Taekwondo dan kini memburu tali pinggang hitam kedua. Kakinya tidak lagi sakit dan dia tidak lagi perlu makan ubat.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.
Bukan mudah untuk meraih PHD dalam keadaan diri yang sarat hamil, menguruskan anak-anak, kerjaya dan rumahtangga. Semuanya memerlukan komitmen dan keazaman yang tinggi, serta kerjasama yang tak berbelah bahagi daripada suami tersayang.
Jika masih ingat dengan watak Anna Althafunnisa dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang dilakonkan oleh Oki Sentiana Dewi, 31, Pelakon dan Pendakwah terkenal dari seberang Indonesia ini berkongsi berita gembira, berjaya menggengam ijazah dalam Doktor Falsafah (PHD), pada 23 Oktober baru-baru ini. Lebih istimewa, berita gembira tersebut turut diraikan dalam keadaan diri yang sedang sarat hamil 8 bulan.
4 Tahun Habiskan Pengajian
Ternyata kejayaan tersebut bukan dalam tempoh yang singkat. Disamping pelbagai komitmen yang ada, 4 tahun pendakwah ini bertungkus lumus menyiapkan kajian dan penulisan Tesis PhD yang bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”.Sekaligus berjaya menjadi Doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.
Ustazah Dr Oki Setiana Dewi berkahwin dengan Ory Vitrio pada 2013. Setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata, Maryam Nusaibah Abdullah 6, Khadeejah Faatimah Abdullah,4 dan Ibrahim Muhammad Abdullah,3.
MW: Tahniah diucapkan buat Ustazah Dr Oki Setiana Dewi atas pencapaian ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain agar terus berusaha mencapai kejayaan dan mencari ilmu meskipun setelah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Baru-baru ini panas di media sosial apabila seorang individu telah berkongsi pengalamannya ditahan wad akibat minum Milo.
Kenyataan lelaki itu tular dan mendapat perhatian orang ramai, tambah-tambah lagi apabila Milo merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Berhubung dengan isu tersebut, baca penjelasan Dr Ezairy M.Sallih berkenaan Milo dan kaitan penyakit sinus…
MILO TAK SALAH
Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?
TIDAK.
1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.
2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.
3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.
4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.
5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.
6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.
7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!